TENTANG PENULIS


Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua pembaca.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini. Sebenarnya, penulisan di blog ini telah melalui beberapa fasa kehidupan. Ada entri yang saya tulis ketika usia awal 20an, 30an dan 40an. Masa yang panjang kan. Tetapi hanya sedikit sahaja penulisan saya di blog ini. Masih banyak perkara yang tidak saya kongsikan dengan kalian.

Dari babak kehidupan seorang pekerja makan gaji, hinggalah ke dunia perniagaan. Terlalu banyak cerita yang tak diluahkan. Rugi juga menyimpan semuanya di kotak ingatan sendirian. 

Kali ini saya bertekad untuk menulis di blog secara konsisten, setiap hari. Kalau tidak pun, biarlah 2-3 tulisan seminggu. Mungkin perjalanan hidup saya hanyalah biasa-biasa saja, sama seperti orang lain di luar sana. Tetapi jika ilmu pengetahun dan pengalaman kita dapat dikongsi dengan lebih ramai orang, bukankah lebih berguna?

Moga ada yang memberi manfaat.



Wan Fazlina Wan Fhuad
22.05.2019