20 March 2012

2012 : Ho Chi Minh City - Hari 1

16 Mac 2012 - Hari Pertama

Destinasi percutian seterusnya ialah Ho Chi Minh City, Vietnam. Kali ni kami pi berlima tapi bukan dengan kengkawan sekerja. Hanya aku dgn Kak Mazni dari tempat yang sama. Sebenarnya kami berdua beli tiket AA ni dah lama, dapat harga promo. Cadangan asal memang nak pi berdua saja. Bila cerita dengan kengkawan, dorang pun nak join, so ramai sket ahli la rombongan kali ni. Kami stay kat Hoang Hai Long 2 (HHL2) Hotel, bersebelahan Pink Hotel. Kalau korang nak tau, Hoang Hai Long Hotel ni ada beberapa rangkaian di HCM, lokasi antara satu sama lain pun tak jauh sangat. Harga adalah berbeza, ikut lokasi dan jenis bilik. Aku pilih HHL2 ni sebab ini adalah hotel paling dekat dengan pasar Ben Thanh yang sediakan halal breakfast. Aku dah check sendiri dengan hotel, dorang memang ada halal certificate dari government dorang. Aku booking hotel ni melalui agoda.com. Lepas booking dan buat payment, aku terus emel hotel untuk pengesahan. Bukan tak percaya agoda, tapi aku memang sentiasa akan buat pengesahan dengan hotel sebelum sampai di sana, bimbang ada kesilapan, susah plak di negara orang nanti. Bila semua dah confirmed, baru bleh bercuti dengan senang hati.

Tiba di airport, semua urusan berjalan dengan lancar. Kami naik teksi Vinasun untuk ke hotel. Kenapa pilih Vinasun? Sebelum pi HCM, aku dah survey maklumat dari forumers kat cari.com, dorang yang cadangkan amik teksi Vinasun sebab teksi syarikat lain berkemungkinan boleh menipu. Oleh kerana kami berlima, terpaksa amik dua teksi untuk ke hotel. Kalau tak silap, caj teksi ni USD20 untuk satu kereta. Di HCM ni bagi aku lagi elok guna duit USD berbanding VND. Kalau guna duit USD, harga lebih murah berbanding guna duit VND. Dah la duit VND nilainya besar, macam duit ruppiah gak, memenuhkan dompet je.

Bilik yang aku dapat ni kat hujung sekali di tingkat 3. Bilik dan katil besar, rasanya boleh tido 4 orang. Peralatan dalam bilik pun moden dan berkeadaan baik. Toilet sebesar bilik stor umah aku tau. Memang selesa sangat. Lepas maghrib, kami keluar untuk ke pasar malam di keliling pasar ben thanh. Pasar malam ni dibuka setiap hari selepas kul 7 malam. Bila pasar ben thanh tutup, baru la pasar malam dibuka. Sebenarnya, kebanyakan peniaga di pasar malam ni adalah peniaga dari dalam pasar ben thanh tu gak, cuma harga yang dijual lebih murah sebab kena bersaing dengan peniaga-peniaga kecil yang turut sama berniaga di situ.


 Percaya tak....baju-baju ni sepasang harga USD12 - USD20 saja hehehehe
Beg-beg tiruan yang dijual kat pasar malam ni kualiti cap ayam. Kalau nak dapatkan yang gred AAA, kena beli kat kedai beg dalam pasar ben thanh. Itupun, kena pandai cari kedai. Biasanya peniaga takkan letak beg kualiti baik di depan kedai. Kena tanya tauke kedai, baru dia bawak keluar yang berkualiti. Tapi, korang jangan suka hati mintak peniaga bawak keluar macam-macam beg kualiti, pastu satu pun tak beli. Memang sah kena maki heheheeh
Buah-buah potong ni memang sedap, manis sangat. Aku beli 4 paket dan balik simpan peti ais dalam bilik. Satu pek tu berharga USD1. Kalau nak beli, cari la peniaga yang pakai tudung, sedap sket nak makan hehehe

Malam pertama di HCM, kami sekadar ronda pasar malam untuk cuci mata je, survey harga apa yang patut sebelum terjah pasar ben thanh esok. Dah penat ronda, kami singgah pekena kopi vietnam kat kedai Hjh Basiroh, berdepan dengan hotel. Kat sini ada jual nasi lemak, lauk pauk dan bihun sup. Harga makanan halal kat negara luar memang mahal dari tempat kita. Segelas kecik kopi ais harga USD1, semangkuk bihun sup USD3. Kalau nak guna duit RM pun boleh kat sini, semua peniaga terima, jadi takda masalah kalau korang tak cukup duit USD atau Dong. Kopi vietnam kat kedai ni memang super duper sedap! Aku pekena 2 gelas......pastu berjaga sampai pagi dalam bilik, tak mengantuk. Sib baik hotel ada provide chanel movie astro dan wifi free dalam bilik. Layannnnnnnn


No comments:

Post a Comment