06 June 2010

2010 : Gold Coast - Hari 1

29 Apr 2010 (Khamis)

Buat pertama kalinya nak terbang dgn Air Asia X, rasa excited sangat! Oleh sebab nak nikmati perjalanan yang panjang, kami pilih Gold Coast, Australia, sebagai destinasi pertama percutian di luar negara. Memang dah lama aku idam nak pi GC dan tercapai gak hasrat nak p sana dgn adanya pakej Go Holiday dari Air Asia. Kami beli tiket flight secara online dengan hotel sekali.... lebih kurang RM1500 seorang. Percutian aku kali ni dengan member-member ofis, 10 org semuanya. Pakej kami bermula dari 29 April - 5 Mei 2010 (6 hari 5 mlm). Memang best sangat!!!


Bersedia untuk check-in di LCCT untuk penerbangan ke Coolangatta, Australia.
Punya la excited nak p oversea.....amik gambar untuk passport jadi kembang setaman lak.


Perjalanan dari LCCT ke GC dengan flight DJ2702 mengambil masa 8 jam. Kami bertolak pada jam 9.25 mlm dan tiba di Coolangata Airport Gold Coast pada jam 8.25 pg keesokannya. Nampak macam lama kan? Sebenarnya perjalanan 8 jam je, cuma perbezaan masa di sana (cepat 2 jam) menjadikan angka tu banyak hehehe walau apa pun, perjalanan ni memang meletihkan...rasa cam dah hilang kepala lutut ni... lenguh sangat... walaupun flight Air Asia X ni lebih besar dari flight yang bawak aku balik Aloq Staq, tapi saiz tempat duduk tetap kecik untuk orang yang saiz VVIP cam aku ni hehehehe

1 comment:

  1. Hai..seronok baca cerita jln2...saya nak jadik follower ye...

    ReplyDelete