06 June 2010

2010 : Gold Coast - Hari 2

30 April 2010 (Jumaat)


8 jam perjalanan......fuhhhhh......rasa separuh lumpuh berada dalam flight. Tapi bila nampak je tanah Australia dari tingkap flight ni... terus hilang rasa lenguh. Tiba di Coolangatta Airport pada jam 8.25 pg, cuaca dah terang benderang.



Sampai di airport GC, pemeriksaan imigresen dorang agak ketat, terutama apabila menerima pelancong yg bertudung mcm kami ni. Susah betul nak lepasi pemeriksaan. Selain beg, kami pun diperiksa ketat, tak cukup dgn mesin scanner badan tu, dihantar pulak sekor anjing pendek untuk hidu-hidu kami. Terkejut gak bila anjing dtg dekat dgn kaki, hidu sana sini. Ntah apa si pendek tu nak cari pun aku taktau. Eeeeiiii geli dan takut. Sesiapa yg bawa makanan berasaskan susu, semua dirampas. Sib baik maggi cup aku selamat hehehehe

Kira-kira 30 min baru kami semua melepasi pemeriksaan imigresen. Pergh... lega rasa. Keluar je dari kawasan tu, kami terus ke kaunter pelancongan yang ada kat depan pintu keluar airport. Kat situ ada macam-macam info tentang GC. Oleh kerana kami semua dah plan awal-awal itinerary dan list down apa yang kami perlukan kat sana, takda sebarang kesulitan yang kami hadapi. Semua berjalan lancar. Kami beli tiket bas Freedom Pass (unlimited ride untuk 5 hari). Harga AUS$91 utk dewasa. Lepas beli tiket, kami terus naik bas utk ke hotel di Surfers Paradise. Bas memang dah siap sedia depan pintu airport untuk dinaiki.



Lebih kurang 30 min perjalanan, kami tiba di destinasi. Bas ni turunkan kami kat hentian yang tak jauh dari hotel. Cuma kami perlu jalan kaki beberapa tapak untuk ke Courtyard Marriott Hotel. Hotel ni bersebelahan Hard Rock Cafe. Tiba di hotel, kami tak dibenarkan check-in sebab masa untuk check-in adalah pukul 12 tghari jam Australia. So, disebabkan tanak buang masa, dalam keadaan yang belum mandi pagi, kami tinggalkan beg kat hotel dan mulakan aktiviti ikut itinerary yang aku sediakan tu.



Aktiviti pertama bermula dengan menaiki Aquaduck, kenderaan 2 alam ni.
Aquaduck ni adalah kenderaan 2 dalam 1, boleh gerak atas darat dan air (http://www.aquaduck.com.au/). Untuk yang pertama kali ke GC, memang elok sangat naik Aquaduck. Itik besi ni akan bawa kita jenjalan sekitar Surfers Paradise selama sejam dan sepanjang perjalanan, kita akan diberi taklimat tentang tempat-tempat sekitar. Tiket berharga AUS$35. Pemandangan di sini memang cantik....semua kelihatan mewah. Kami dibawa melintasi rumah kediaman orang-orang kaya di sana termasuklah rumah Jackie Chan.




Lepas naik Aquaduck, kami lunch kt restoran kebab. Kat GC ni susah nak cari makanan halal di waktu siang kecuali kebab. Untuk yang suka makan makanan Arab, boleh la dok sini lama sket. Kedai kebab merata-rata, leh jumpa kat tiap-tiap jalan di GC. Tapi awas, bukan semua kedai kebab adalah halal. Tengok logo halal dulu sebelum beli.

Lepas makan kebab, baru la kami ke hotel untuk check-in. Masuk je bilik, terus mandi dan stunt atas katil sorang satu. Bilik besar....ada 2 katil besar.....sesuai untuk VVIP size cam aku. Pakej Air Asia + Hotel ni untuk twin sharing, so satu bilik besar ni untuk 2 orang jelah.

Bila dah landing atas katil yang empuk ni......mata pun terpejam. Bila tersedar..... terus tengok jam tangan, dah kul 5.30ptg, cadangnya nak gi main ombak, bila tinjau ke luar tingkap, rupa-rupanya dah gelap gelita.... terlupa lak nak adjust jam, waktu di sana lebih cepat 2 jam dari negara kita. Gambar di bawah ni diambil pada jam 5.35 ptg dari bilik aku di tingkat 11.


Program kami seterusnya ialah berjalan-jalan di Surfers Paradise Beachfront Market (pasar malam tepi pantai). Pasar malam ni hanya ada pada setiap hari Jumaat & Sabtu.
Kalau korang ke GC pada hari Sabtu, boleh la gi pasar malam di tepi pantai ni bertemankan suara ombak yang kuat memukul pantai. Kebanyakan jualan di sini adalah hasil kerja tangan penduduk tempatan. Ada jual souveniers, pakaian, makanan kering, ada service refleksologi, ada pelukis potret, dan macam-macam lagi. Kat kawasan ni dilarang untuk amik gambar, kalau amik gak, ada orang yang akan datang kat kita dan minta kita delete gambar yang kita dah amik. Gambar di atas ni member aku sempat click satu ni je. Kat pasar malam ni aku beli 6 keychain bulu kangaroo untuk souvenier, harga AUS$15 untuk satu keychain, aku beli untuk koleksi peribadi saja, bukan nak aniaya binatang ada poket kat perut tu.
Lepas jalan kaki ke pasar malam lebih kurang 2km....kami dinner di Restoran Maharani, satu-satunya restoran orang melayu di GC, kebetulan lokasinya berhadapan dengan hotel kami. Senang la nak makan nasi.....nyam...nyam....
Kat restoran ni memang ada jual masakan melayu, ada nasi dan lauk pauk, roti canai, mee goreng dan banyak lagi. Aku rasa sesiapa yang datang dengan pakej muslim pun akan dibawa ke restoran ni sebab ni je satu-satunya restoran masakan melayu. Malam ni aku makan nasi ayam yang berharga AUS$18 (RM54) huhuhu kalau kat Malaysia dah leh beli ayam 5 ekor. Tapi takpalah kan? Adat merantau....kena sesuaikan diri di tempat orang..... (ayat untuk motivasi diri).

Yang tak bestnya.....tuan punya kedai ni.... sombong betul! Memang melayu yang dah lupa daratan. Mana tidaknya....sebaik saja kami jengah masuk ke dalam restoran tu, dalam gaya yang slow motion kami tengok setiap sudut dalam restoran tu, belum sempat nak pilih meja, si pakcik sombong ni (dia soh panggil abang) terus cakap.... 'if u all nak cari makanan yang murah-murah, sini bukan tempatnya'. Kami berempat tergamam gak, tak faham apa yang berlaku, malu pun ada.... sebab ada sekumpulan melayu lain dalam restoran. Dengan perasaan yang separuh marah (takleh marah penuh sebab perut lapar), aku cakap kat pakcik tu..... 'we all mampu bayar apa yang u jual kat sini, so any problem?' Kami terus duduk. Tak lama lepas tu dia datang bawa menu dan bagitau kat kami....air kosong atas meja tu diberi percuma dan makanan kat sini tak bleh dikongsi-kongsi. Agaknya dia ingat kami 4 orang ni nak share sepinggan nasi goreng je ke? Hampeh tul orang tua ni! Dia ingat kami datang GC untuk keja jadi pengutip taik kangaroo ke? *%$#@ Kami semua dah mula geram....tapi kami tetap order makanan dan minuman masing-masing, takkan nak makan kebab lagi malam ni?

Bila makanan dah sampai, kami makan je tanpa sepatah kata, walaupun tak sedap. Si pakcik ni datang....cuba nak berbudi bahasa lak....bercerita tentang sejarah dia mula berniaga di GC...bla...bla...bla.... ada aku kesah??

Lepas makan, kami terus bayar dan blah dari situ. Itulah kali pertama dan terakhir kami ke restoran tu. Makanan mahal....kami boleh bayar....tapi kalau takda budi bahasa, memang tak dapat dibeli kat mana-mana!

Oleh kerana malam masih muda, kami yang muda remaja ni pi bersiar-siar di kawasan sekitar hotel. Ada macam-macam kedai kat sini, ada branded outlet, ada kedai biasa, ada free magic show, live band di jalanan dan tempat berhibur (disko). Kami jalan kejap je.....bila dah semakin ramai orang kat sana, kami terus balik ke hotel, bimbang gak keselamatan sebab kami dalam kumpulan yang kecik je.

No comments:

Post a Comment