1 May 2010 (Sabtu)
Kul 8.45 pagi kami dah berkumpul di lobi hotel. Ikut itenerary, hari ini kami akan ke Dreamworld, salah satu taman tema yang popular di sana. Kat lobi hotel ni ada kaunter pelancongan, boleh beli semua tiket ke tempat-tempat menarik sekitar GC. Bagitau je mana tempat yang kita nak pi, pastu sediakan ongkosnya hehehehe. Harga yang dijual kat sini adalah sama yang dijual secara online.
Kawan-kawan serombongan aku ni tak banyak songeh, dorang ikut je apa yang aku tulis dalam itinerary, so semua aktiviti berjalan lancar. Ikut itinerary, setiap orang kena beli tiket One Day Pass (AUS$72) untuk masuk ke Dreamworld dan Escape Pass (AUS$119.95) untuk ke Sea World dan Movie World. Bila dah beli tiket, ejen ni akan call Tourist Shuttle, bas khas yang akan bawa kami ke semua taman tema. Dia akan bagitau jadual bas dan kita yang decide nak pilih waktu mana. So, kami pilih trip bas paling awal untuk ke sana dan trip paling akhir untuk balik ke hotel.

Inilah bas Tourist Shuttle yang disediakan khas untuk jemput dan hantar pelawat yang beli tiket ke theme parks. Kami tak perlu bayar untuk tiket bas sebab kami dah beli Freedom Pass masa tiba di airport semalam. Dengan Freedom Pass tu, kami boleh naik Tourist Shuttle dan bas biasa untuk ke mana saja destinasi yang bas pergi, tanpa limit untuk selama 5 hari.
Game pertama yang kami main, Moto Coaster. Benda ni adalah roller coaster yang dibuat bentuk motorbike. Laju gak....cam nak pecah silikon hihihihihi pas pusing satu round, terus rasa nak termuntah. Gambar ni diambil dari kamera yang dipasang kat situ, time ni motor baru nak bergerak, tu yang masing-masing tersengeh je, lum tercabar kewibawaan hehehehe. Setiap permainan ada disediakan rakaman kamera, kalau kita nak gambar kenangan, bayar je AUS$20 untuk sekeping gambar bersaiz B5.
Lama gak kami makan dan rehat kat sini. Lepas makan nasi dengan kari daging lembu, teringin lak nak makan aiskrim. Dengan confident....aku pi amik semangkuk benda ni. Ingatkan aiskrim coklat......sekali dah suap penuh mulut.....erkkkkk rupa-rupanya...........aising kek! Nak luah terasa malu....nak tanak, aku telan gak terbeliak-beliak mata. Kawan-kawan dah tergelak-gelak. Eeeeeiiiiiii apa la sengal sangat aku ni.....
Lepas dah isi perut penuh, baru la bersemangat nak jalan-jalan. Nak pi jumpa para sahabat ni......

Ni game kedua dan yang terakhir kami main kat sini. Masa tak mencukupi untuk main semua game sebab kena beratur lama tunggu giliran untuk main satu-satu game. Logride ni cam sampan.... leh naik 4 orang sekaligus. Sampan ni akan ditarik ke tempat tinggi, kemudian diterjunkan ke atas air. Bedebusssss basah lencun dari paras pinggang ke kaki.....huhuhu Gambar ni diambil dari rakaman kamera kat situ, bayar lagi AUS$20 untuk sekeping.
Sampai hotel, kami rehat dan mandi. Pas maghrib, kami kuar lagi.....untuk dinner di restoran berdekatan. Malam aktiviti bebas....takda dalam itinerary. So, masing-masing ikut suka nak p mana-mana.
Malam ni aku, Kak Mazni, Dany dan Cik CT nak makan malam di Restoran Golden Legends, yang terletak tak jauh dari Restoran Maharani yang kami pi semalam. Restoran ni dimiliki oleh Dato' Ismail, rakyat Malaysia yang mempunyai perniagaan di sana. Restoran yang mempunyai sijil Halal ni menyediakan masakan chinese muslim. Kawasan makan di sini lebih besar, kita boleh pilih nak dok kat dalam kedai atau kat kawasan pejalan kaki ni. Untuk menikmati makanan sambil skodeng kawasan berdekatan, kami pilih meja yang di luar.
Restoran ni popular dengan masakan seafood. Bagi yang berminat, anda boleh pilih nak makan makanan laut yang ada dalam akuarium ni atau yang dah ada dalam peti ais kat dapur dorang.

Malam ni kami aku makan koteow goreng (AUS$22), Kak Mazni makan nasi goreng kampung, Dany dan Cik CT makan bihun goreng singapore. Teh tarik pun ada. Masakan kat sini memang sedap, jauh lebih sedap dari restoran semalam. Walaupun harga mahal sket....tapi layanan dan kepuasan yang kami dapat....memang best!
Malam ni aku, Kak Mazni, Dany dan Cik CT nak makan malam di Restoran Golden Legends, yang terletak tak jauh dari Restoran Maharani yang kami pi semalam. Restoran ni dimiliki oleh Dato' Ismail, rakyat Malaysia yang mempunyai perniagaan di sana. Restoran yang mempunyai sijil Halal ni menyediakan masakan chinese muslim. Kawasan makan di sini lebih besar, kita boleh pilih nak dok kat dalam kedai atau kat kawasan pejalan kaki ni. Untuk menikmati makanan sambil skodeng kawasan berdekatan, kami pilih meja yang di luar.
Lepas makan, kami jalan-jalan kawasan sekitar. Kami dah start beli souvenier untuk sedara mara dan kawan-kawan rapat. Ada banyak kedai kat sini, boleh pilih yang mana kita suka. Harga pun boleh tawar-menawar.
POST SEBELUM INI
kat dreamworld ada kangaroo ker?
ReplyDelete