06 June 2010

2009 : Kota Kinabalu - Hari 1

4 Julai 2009

Percutian 3 hari 2 malam ke Kota Kinabalu, Sabah. Aku dan kawan-kawan beli pakej yang dijual oleh Air Asia Go Holiday (flight + hotel) dengan harga RM122 seorang. Murah kan? Memang murah sangat....

Kami bertolak dari LCCT sebelah pagi dan sampai KK lebih kurang jam 2.30 petang. Dari airport kami naik teksi ke 1 Borneo untuk check in di Tune Hotel. Walaupun hotel ni tak besar mana, bilik pun ngam-ngam untuk tido..... tapi kalau nak dibandingkan harga pakej ni.... balik kampung aku pun tak lepas tau....

Gambar ni aku copy dari internet je. Kalau nak amik sendiri dari depan hotel ni....takut kena langgar keta je.... hehehehe



Ni pandangan dalam bilik. Oklah kan? Asal bleh tido sudah ler. Bilik ni dilengkapi kipas angin. Kalau nak tuala dan set mandian cam atas katil tu, kena bayar extra, nak tengok TV dan ekon pun kena bayar extra.... ikut berapa jam kita nak guna. Bayar apa yang kita perlu je. Tapi kalau rasa sayang sangat duit tu, tido guna kipas dan pandang dinding je pun boleh hihihihi Lepas check-in, kami keluar jalan-jalan di 1 Borneo Hypermall, betul-betul bersebelahan hotel. Kat sini ada macam-macam.... shopping mall ni lebih kurang saiz Pavillion KL. Kami lunch di food court kat tingkat 3.
Lepas lunch...kami jalan-jalan dalam shopping mall. Bas ni disediakan untuk pengunjung yang ingin ke bandar KK atau dari bandar KK ke 1 Borneo. Kami memang nak naik bas ni tapi tiket dah habis untuk beberapa trip seterusnya. So, kami amik keputusan untuk dapatkan kereta sewa untuk jalan-jalan. Kat depan ni ada ramai driver teksi... kami tanya je dorang. Lepas sejam, kereta kancil yang kami nak pun sampai hihihihi sewa RM80 untuk 24 jam.

Dengan berbekalkan peta bandar KK di tangan, aku bawa kawan-kawan ronda bandar KK. Kami dinner di food court tepi laut area waterfront. Food court biasa je....tapi harga semua mahal nak mampus! Kerang bakar sepinggan kecik berharga RM12, bukan leh makan kulit pun!


Lepas dinner, kami balik hotel dan tido.....

No comments:

Post a Comment