Showing posts with label Adoi. Show all posts
Showing posts with label Adoi. Show all posts

22 February 2013

Masalah Sinus

18 Februari 2013

Aku dimasukkan ke Hospital Pantai, Pandan Indah kerana ada infection dalam hidung. Pada mulanya, aku sangka hidung tersumbat sebab selsema, jadi aku abaikan saja la. Makin lama, makin tersumbat dan akhirnya lubang hidung sebelah kanan tak berfungsi. Macam biasa la....selagi tak sakit teruk, selagi tu aku tak pi klinik. Tapi bila dah teruk, klinik pun tak dapat tolong, kena pi hospital gak huhuhu

23 September 2012

Pembedahan : Bisul

Hai semua...

Dari tajuk atas tu mesti korang dah tau aku nak cerita pasal apa kan? Hmm... mungkin bagi kebanyakan orang, bisul bukanlah satu penyakit yang ditakuti. Selama ini, aku langsung tak pernah amik tau pasal bisul. Tak pernah kena bisul pun. Tup-tup terkena kat diri sendiri...adoiiiiii sekali dapat, yang besar sekali mak!

Pada mulanya aku ingat naik jerawat kat bawah lengan. Nampak macam bintik kecik je, bila dah seminggu, ada air lak. Bila lengan bergeser dengan baju, bintik air ni pun pecah. Aku buat taktau jelah. Lepas beberapa hari, bintik yang pecah tadi tu bengkak dan membesar hari demi hari. Masa ni, memang sakit sepanjang masa. Rasa berdenyut-denyut siang dan malam. Aku ingat, spesies jerawat gak, jadi aku tak pi klinik pun. Bila dibiar...makin lama...makin besar dan makin sakit. Rasa lengan pun dah bengkak sangat. Tunjuk kat kengkawan...baru depa agak bisul. Aku tanya nak buat cemana, depa kata tunggu pecah sendiri. Kalau tanak tunggu pecah, pi klinik, doktor akan toreh bagi pecah dan picit sampai kuar semua nanah. Erkkkkk memang mengerikan.... Jadi aku amik keputusan untuk biar dia pecah sendiri.

10 May 2012

Alahan ubat antibiotik

Hai semua....

Aku nak cerita sket tentang satu perkara yang belum pernah terjadi pada diri aku iaitu....alahan ubat antibiotik. Awal bulan 5, aku asyik demam malam. Pi klinik, doktor bagi panadol, biasa la kan. Bila dah habis ubat, aku masih demam malam, siang ok je tau. Setelah beberapa hari berlarutan, aku pi klinik yang sama gak dan doktor bagi antibiotik. Balik rumah aku terus makan ubat dan tido. Awal pagi, aku sakit perut, cirit-birit dan muntah beberapa kali sehingga la ke pagi. Kebetulan hari sabtu tak bekerja, aku baring je atas katil sebab dah letih sangat. Masuk tengahari, aku masih ke toilet tak henti-henti.  Memang dah lembik seluruh badan ni. 

Lepas zohor, Kak Liza (housemate aku) hantar aku ke rumah kak Mazni di Ampang sebab keadaan aku dah lemah sangat. Sampai kat sana aku terus baring. Lebih kurang kul 10 mlm, aku masih sakit perut dan muntah. Dah takda apa yang keluar dari mulut ni kecuali air liur yang dah pahit. Bila dah semakin teruk, kak Mazni terus bawa aku ke unit kecemasan Hospital Pantai Pandan Indah. Sampai sana, terus masuk air dan setelah diperiksa oleh doktor bertugas masa tu, aku ditahan wad. Rasanya masa ni dah kul 11 malam, hospital pun sunyi dan seram semacam je. Memandangkan dah tak bermaya sangat, aku terima jelah segalanya hehehe

Keesokannya, doktor pakar datang (Dr Lim) dan periksa segala macam, amik ujian darah sekali. Perut aku masih sakit tapi dah tak pi toilet la sebab perut kosong. Macam-macam ubat yang aku kena telan, namun air botol tu masih mengalir ke dalam badan tak berhenti walaupun sekejap. Bila tangan kiri bengkak, nurse cucuk tangan kanan, bila kanan dah bengkak, tukar lak tangan kiri. Fuhhhh sakit gak la bila dah bengkak macam tangan popeye tu.

Masuk hari kedua di wad, doktor bagitau yang aku alergik pada ubat antibiotik. Tapi tak semua ubat tau, hanya kumpulan microlydes (betul ke ejaan ni?). Heran gak kenapa boleh alergik ubat plak sedangkan dah berlambak ubat antibiotik yang aku dah telan sepanjang hidup ni. Bila difikir-fikir, baru aku pasan, sejak aku buang hempedu, memang ada perkara yang berbeza pada diri, termasuklah daya tahan penyakit. Aku lebih mudah dapat demam, batuk, selsema, cirit-birit dan muntah. Ada gak aku tanya doktor yang operate aku dulu tu, adakah ini kesan sampingan setelah takda hempedu? Dr Mani kata tak semestinya. Ada ramai pesakit dia yang takda kesan apa-apa pada badan selepas pembuangan hempedu. Hanya sebilangan kecik je ada kesan berbeza.  Kalau korang nak tau, sejak buang hempedu.....aku dah tak boleh makan kobis, tauge dan makanan yang terlalu pedas. Kalau makan gak, perut terus kembung macam belon dan mudah cirit birit. Alahaiiiii


Setelah dok wad 4 hari, aku akhirnya dibenarkan balik horeyyyyyyyy memang sakit jiwa dok kat hospital. Makan ubat lebih kerap dari nasi hehehehe keseluruhannya, aku dimasukkan air sebanyak 18 botol. Banyak kan? So kalau korang kena masuk air sebotol dua tu takyah la nak ngada-ngada tunjuk sakit sangat sebab aku kena lebih dari tu (poyo ke ayat aku ni?). 4 hari dok wad, kak Mazni la yang ulang alik datang melawat, tapi sebelah malam jelah sebab dia balik keja pun dah lambat. Mak dengan abah memang taktau keadaan aku masa ni, saja tanak bagitau, takut depa risau dan kelam kabut nak datang KL lak. Kesian kat semua orang yang bersusah payah untuk aku.....

16 November 2011

Pembedahan : Buang Hempedu

Hai semua....

Sorry dah lama tak update blog AOB ni. Kepada pembaca setia, TERIMA KASIH kerana tak jemu bertanya cerita terkini AOB. Untuk makluman korang semua, aku baru saja keluar hospital 3 minggu yang lalu kerana menjalani pembedahan membuang hempedu dan appendic. Lepas pembedahan, aku bercuti sakit di kampung selama 17 hari. Meh aku citer cemana berlaku.....

Sebenarnya aku ni memang selalu sangat sakit perut, angin. Rasanya sejak remaja lagi aku dok sakit perut kembung ni. Bila pi klinik, doktor bagi ubat angin dan gastrik, alaaaa.... ubat putih yang meloyakan tu. Selalunya memang ok je pas sapu bam CNI. Tapi sejak 12/10/11, perut aku makin kembung dan banyak angin. Pinggang pun makin sakit. Makan ubat pun tak berkesan. Bila masuk makanan sket, terus perut kembung, rasa sengkak semacam. Dari klinik di Puchong, aku pi pulak ke klinik di Cyberjaya. Doktor kata aku gastrik dan kena telan ubat putih tu kerap sket. Telan punya telan, perut dah macam belon. Heran tul....

Pada 19/10/11, lepas lunch nasi dengan lauk masak kerutuk itik, perut aku makin sakit dan makin besar macam orang mengandung 3 bulan. Balik office terus muntah. Perut makin kembung dan sakit. Lepas je keja, aku terus pi Klinik Fauziah kat Ampang untuk amik ubat yang lebih baik. Sampai kat klinik lebih kurang kul 7 malam. Bila doktor check, dia terus suspek ada batu dalam hempedu. Pada mulanya memang aku tak caya sangat cakap doktor tu sebab dia cuma pegang-pegang je perut aku dan terus cakap ada batu. Biar betullllllllllll!



Dengan muka yang tak yakin langsung, aku pun terus buat ujian ultrasound. Pastu....OMG! memang sah ada batu saiz 2cm dalam hempedu! Doktor kata batu dah besar sangat dan kena buat operation segera. Then, klinik buat surat refer aku ke Pantai Hospital Ampang. Malam tu juga kena pi hospital. Apa lagi....muka aku terus bertukar purple la....takuttttttttttttttt

Sampai di Pantai, aku pi ke bahagian emergency. Tunggu punya tunggu, datang sorang MO dan terus nak soh aku masuk wad malam tu gak. Aku cakap tanak sebab tak bawak baju dan kelengkapan. Lepas kawtim apa yang patut, dia benarkan aku balik umah dan soh aku datang seawal pagi esoknya untuk terus berjumpa pakar. Aku pun setuju la. Keesokan pagi, kul 8 aku dah terpacak kat klinik pakar Pantai Hospital. Masuk je dalam bilik doktor, dia terus soh aku sign beberapa borang untuk masuk wad segera dan kena operate kul 3 petang. Mak aiiiiiii.....panik betul.....semua segera. Sib baik masa tu aku pi dengan Kak Mazni. Dia yang banyak tanya doktor itu dan ini. Aku memang dah blur sangat.....otak ni macam dah stop dari berfikir. Aku sign je apa-apa borang yang doktor bagi dan bersedia untuk dibedah.

Bila memikirkan takda siapa yang boleh temankan aku di hospital untuk pembedahan dan takda siapa juga nak jaga aku selepas pembedahan, Kak Mazni cadangkan untuk aku balik operation di Kedah. Time tu baru aku kol abah untuk ceritakan apa yang berlaku dan abah minta balik segera. Aku pun setuju dan minta Pantai buat surat rujukan ke Kedah Medical Centre (KMC). Sementara tu, aku dah siap-siap makan ubat tahan sakit untuk bertahan sebelum sampai ke Kedah. Sebelum balik, member aku dah tolong buat appointment dengan doktor di sana untuk cepatkan proses.

Nak dipanjangkan cerita, tiket flight ke Kedah haritu pulak semua penuh. Nak tak nak, kena balik dengan keta gak. Keluar dari Pantai, kami terus balik ke umah aku di Puchong untuk amik kain baju dan anak aku yang berbulu tu... Lara Farhana. Lebih kurang jam 2 petang, kami bertolak balik ke Kedah. Sampai di Alor Star kul 7.30 malam dan kami terus ke KMC untuk jumpa doktor yang in-charge, Dr Manisekar. Selepas sejam pemeriksaan, Dr Mani minta untuk aku terus dimasukkan ke wad sebab kena buat pembedahan keesokannya. Lepas dah buat pendaftaran wad dan pakai gelang KMC, aku minta kebenaran doktor untuk balik umah sekejap untuk bagitau hal ni kat mak dan abah. Sampai umah, aku terus mandi dan siapkan beg untuk check-in di KMC hehehehe
Aku sampai di KMC lebih kurang kul 11.40mlm dan terus ke wad tingkat 5. Masuk je wad, nurse terus datang bagi ubat tahan sakit dan ubat angin. Pastu pasang drip.....Sepanjang malam aku tak dapat tido lena. Makcik kat depan aku tu kuat betul berdengkur, bergema satu bilik. Selain dari main game kat galaxy, aku cuma dok tengok salur drip ni yang kejap-kejap tersumbat, bengkak cam tangan popeye.

Bila hari dah siang, baru rasa best sket sebab dapat tengok kat luar tingkap kereta yang lalu lalang. Bosan gila dok hospital ni. Nak tengok tv pun tak bleh sebab orang sebelah asyik hala tv tu kat dia sorang je huhuhu

Lebih kurang kul 7.30pg, mak abah dan kak Mazni sampai. Pastu pak lang, mak lang dan pak long pun sampai. Dah tengok orang ramai-ramai ni lagi rasa panik nak operate hari ini. Kul 10pg nurse datang dapatkan sign aku untuk beberapa borang bagi proses pembedahan nanti. Aku sign jelah semua, apa lagi nak fikir. Kalau boleh, nak soh dorang operate secepat yang mungkin. Lagi tunggu, lagi takut. Kul 10pg nurse datang untuk bawak aku pi buat ultrasound. Kali ni ujian ultrasound dibuat menyeluruh ke semua organ dalam perut ni. Time tu aku masih berharap bahawa batu dalam hempedu ni takda.... tapi ternyata harapan yang sia-sia la, batu memang jelas nampak dalam hempedu huwaaaaaaaaaaa

Kul 11.30 pg aku dah bersiap sedia untuk ke bilik operation. Bila dok terbaring atas katil ni, rasa jauh sangat perjalanan nak sampai ke bilik bedah. Saspen......

Semua yang ada datang temankan aku sampai ke bilik bedah. Sampai di pintu bilik bedah, cuma mak sorang yang dibenarkan masuk ke dalam. Itupun sampai ke stage pertama je....iaitu sesi bertukar katil dan penyerahan urusan kepada staf di bilik bedah. Masa kat dalam tu, aku disoal beberapa soalan untuk kenalpasti identiti pesakit. Lepas semua selesai, aku disorong ke stage kedua....iaitu di bilik pengasingan untuk tenangkan diri. Oleh kerana aku dah memang dalam keadaan yang tenang, blood pressure pun cun, dorang terus sorong aku ke bilik bedah. Punya la lajunya dorang sorong, rasa cam kat dalam drama omputeh ER tu pulak hehehehe

Masuk dalam bilik bedah, aku diangkat ke katil besi yang tersedia di bawah lampu yang besar-besar dan lengkap peralatan pembedahan. Aku tengok sana sini.... ramai gak staf dalam tu, rasanya ada dalam 8 orang yang akan kendalikan operation aku ni. Bila tengok dorang kelam kabut pasang alat itu ini, aku lagi bertambah takut. Beberapa minit lepas tu, pakar bius pun sampai. Lepas perkenalkan diri, Dr Amin terus explain kat aku yang dia akan bagi 3 suntikan ubat bius untuk bagi aku lena dengan nyenyak. Lepas masuk suntikan pertama, aku rasa mcm ada air sejuk yang bergerak dalam sel kulit. Lepas suntikan kedua, mata kiri aku terus tertutup otomatik. Yang kanan masih terbuka hehehehe dan lepas suntikan ketiga......padam terus zZzZ


Gambar ni aku amik dari Laman Kesihatan di internet. Aku nak tunjukkan kat korang inilah pembedahan yang aku buat, dikenali dengan nama Laparaskopik Kolesistektomi iaitu satu kaedah yang dijalankan menggunakan laparoskop - sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. Teknik ini juga dipanggil sebagai Teknik Lubang Kekunci (Key Hole Surgery) di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah dengan menggunakan peralatan laparoskopik tanpa membuat luka yang besar pada badan. Kaedah ini tidak akan meninggalkan parut yang besar dan lebih cepat sembuh.

Inilah hasil pembedahan perut aku....batu dalam hempedu dan appendic. Lepas selesai operation, Dr Mani terus bawak hempedu ni untuk ditunjukkan kat mak dengan kak Mazni yang ada diluar bilik bedah. Nampak biji hitam tu? Itulah batu (warna hitam) yang ada dalam hempedu aku dan yang terbelah tulah pundi hempedu. Yang kecik kat sebelah kanan tu adalah appendic. Masa operation, Dr Mani tengok appendic pun dah bengkak, jadi dia decide untuk buang sekali appendic. Alang-alang dah tebuk lubang, buang jelah apa yang patut hehehehe
Setelah 2 jam pembedahan, aku dikejutkan oleh suara-suara nurse yang memanggil-manggil aku berulang kali. Mata dan mulut memang tak boleh buka, tapi aku boleh angguk kepala bila dengan dorang panggil. Lepas tu, terus tak sedar semula sehingga ke malam. Bila aku sedar, mak, abah, adik dan Kak Mazni dah ada di sisi. Time tu aku cuma boleh buka mata tapi tak boleh bercakap. Mulut boleh gerak tapi tak dapat sebut perkataan pun. Luka di perut memang terasa sakit sangat. Malam tu memang aku kena teruskan puasa sehingga esok. Mak dengan kak Mazni terpaksa tido kat wad sebab aku tak dapat bergerak dan perlukan bantuan.

Keesokannya, aku minta discharge. Walaupun masih sakit, aku nak balik umah gak sebab dah tak tahan terbaring di hospital. Lagipun kesian kat mak dan kak Mazni yang dok jaga aku kat situ. Dorang lagi bosan....dok kat kerusi je siang dan malam.

Lepas discharge, aku berehat di umah untuk 3 minggu dan setiap minggu kena pi hospital jumpa Dr Mani untuk follow-up. Dalam seminggu lepas pembedahan, aku memang tak bleh bergerak sangat. Nak bangun dan tido pun kena dipapah, sakitnya Tuhan saja yang tau. Terasa macam ada pisau kat isi perut, bila bergerak sket, terus rasa dihiris luka. Selama berada di rumah, makan minum semua kena pantang. Hari-hari mak masak haruan dan aku cuma boleh minum air kosong. Camtulah kisah aku yang kehilangan hempedu...... sekarang ni, aku masih kena pantang makan dan ada jenis-jenis makanan yang aku dah tak dibenarkan makan selama-lamanya.

Inilah Dr Manisekar, pakar bedah yang menjalankan pembedahan Kolesistektomi Laparaskopik dan Appendicectomy ke atas aku. Doktor ni adalah Consultant Surgeon dari Hospital Besar Sultanah Bahiyah Alor Setar dan beliau merupakan visiting surgeon untuk beberapa hospital swasta dan kerajaan di sekitar KL dan Selangor juga. So kalau korang atau ada sedara mara yang nak dapatkan khidmat beliau, boleh hubungi terus no. henfon yang ada kat bawah tu. Mungkin boleh berjumpa beliau di mana-mana hospital milik KPJ atau hospital besar kerajaan.
Bawah ni aku letakkan sket maklumat tentang penyakit batu dalam hempedu untuk korang pengetahuan korang. Mana la tau kot-kot ada yang mempunyai simptom macam aku, boleh la cepat-cepat pi check kat klinik. Jangan tangguh.

Maklumat di bawah ni diperolehi dari petikan Laman Kesihatan dalam internet. Sumber maklumat adalah daripada Dr Hairol Azrin Othman, Pakar Runding Pembedahan, Pusat Perubatan UKM.

Fungsi hempedu
Hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu.

Biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi. Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal. Dalam keadaan ini, pundi hempedu mestilah dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang.

Simptom batu dalam hempedu

Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan. Bagaimanapun, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom tersebut.

Ada 2 jenis kesakitan yang disebabkan oleh batu hempedu:

1. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak.

2. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik.

Simptom-simptom

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

2. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertuukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. Selalunya rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, ia akan menular ke belakang atau bahu kanan. Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang itu mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu, ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.

3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Ada kalanya batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui kuktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil. Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

4. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, wana kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap dan demam panas dan sejuk, sila dapatkan rawatan kecemasan.

Faktor-faktor risiko

1. Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.

2. Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.

3. Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekaligus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.

4. Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

1. Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80% batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

2. Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

3. Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Kalau korang ada simptom-simptom yang dinyatakan di atas, pi la cepat-cepat jumpa doktor dan buat ujian ultrasound. Kadang-kadang kita tak amik kisah sangat pasal sakit yang kecik-kecik ni tapi bila dah jadi besar, bertambah susah nak merawat. Actually batu karang dalam hempedu ni boleh dirawat tanpa pembedahan sekiranya batu-batu masih kecil. Amalkan makan lobak putih.....In Shaa Allah batu-batu kecil akan dibuang melalui air kencing saja. Tapi kalau dah besar, kena la buang hempedu macam aku ni. Batu  tu bleh disimpan buat cincin kahwin nanti hehehehehe