Tengok je tajuk kat atas tu mesti korang dah tau aku gi mana kan? Untuk semua pembaca blog, aku minta maaf sebab dah lama tak update aktiviti orang bujang. Sejak balik dari Beijing awal tahun haritu, aku tak pi jalan mana-mana pun kecuali aktiviti wajib tiap bulan iaitu ..... balik kampung. Aku nak simpan cuti secukupnya untuk trip-trip yang akan datang..... Guangzhou, Yiwu, Krabi, Bali dan Ho Chi Min hihihihihi
Baru-baru ni aku dihantar untuk kursus High Performance Work Team selama 3 hari 2 malam di Felda Residence, Trolak, Perak. Memang best! Jom aku nak citer....
14 Mei 2011 - Hari 1
Kami berkumpul di kawasan pejabat kira-kira jam 8 pagi. Lebih kurang 25 orang kakitangan SPAN yang terlibat termasuk dari HQ, pejabat wilayah di utara, timur dan selatan.

Sampai kat Felda Residence, kami tak dibenarkan untuk masuk ke bilik sebab masa untuk check-in adalah selepas jam 12 tengahari. Jadi, sebaik saja sampai, kami terus dibawa ke bilik taklimat bagi memulakan program team building ni.


Dimulakan dengan sesi memanaskan lemak di badan hihihihihi


Para peserta diberikan taklimat pengenalan kursus oleh trainer kami.... Mr Teoh. Lepas taklimat pengenalan, kami diberikan ujian personaliti sebagai langkah pertama untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Hasilnya...... aku dalam kategori 'commander' wakakakakaka memang ganassssssssss
















boleh sy tahu cost utk team building ni? 3h 2mlm..
ReplyDeleteterima kasih
Wahhh.. cantiknya tempat ni.. saya pernah jugak join team building, tapi di Port Dickson :) memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.. jemput baca entry saya..
ReplyDeletehttp://miaqaisarah.com/2015/04/20/team-building-supermom-di-port-dickson-day-1/