20 May 2012

2012 : Johor Bahru & Singapore - Hari 1

17 Mei 2012 - Hari Pertama

Tujuan utama percutian kali ni adalah untuk berjumpa Optimus Prime di Universal Studio Singapore. Dah lama aku tingin nak pi USS tapi hari ni baru tercapai hasrat. Hari ni Khamis, lepas keja, aku dengan Kak Mazni terus ke Putrajaya Sentral, park keta kat tempat berbumbung, pastu naik ERL ke Salak Tinggi. Dari Salak Tinggi ke LCCT, kami naik bas yang disediakan. Sampai kat LCCT, nampak Syarina dan Anas (suami) dah ready menunggu kat pintu daftar masuk. Kak Laila pun dah sampai, tapi Kak Aya langsung tak nampak muka. Bila kol dia rupanya masih dalam bas menuju LCCT. Jadi kami terpaksa tinggalkan Kak Aya dan terus masuk balai berlepas sebab pintu masuk flight dah dibuka. Bila semua penumpang dah siap amik tempat duduk, flight attendant pun dah mula mengira jumlah penumpang, Kak Aya pun masuk dalam flight dengan termengah-mengah. Fuhhhhh sib baik tak kena tinggal.

Kami tiba di  airport JB lebih kurang kul 9 malam, 2 buah kereta dah sedia menunggu. Baiknya anak buah Kak Laila yang sudi jemput kami semua untuk dibawa ke Tune Hotel di Danga Bay. Sebelum ke hotel, kami singgah makan kat gerai di Danga Bay. Cantik betul Danga Bay ni waktu malam kan.... tapi harga makanannya mahalllllll sangat. Lepas makan minum, kami terus ke Tune Hotel untuk check-in. Bilik kami dah booking dan bayar awal-awal, jadi takda masalah nak check-in lewat. Bila dah check-in, masing-masing masuk bilik, mandi, tido.








No comments:

Post a Comment