21 May 2012

2012 : Johor Bahru & Singapore - Hari 2

18 Mei 2012 - Hari Kedua

Kalau korang nak tau, kat Tune Hotel ni ada kaunter bas Odyssey yang menyediakan bas untuk ke Singapore. Jadi, untuk mereka yang tak berapa besar bajetnya, elok stay kat Tune Hotel JB dan naik bas ke USS. Jauh lebih jimat berbanding stay kat hotel di Singapore. Tapi, kalau bajet besar, lagi bagus la korang stay kat Hard Rock Hotel kat dalam USS tu hehehe takyah susah-susah nak naik bas.


Bas ke Singapore ni ada 2 trip, yang pertama akan bertolak kul 7 pagi dan yang kedua kul 10 pagi. Kalau korang pilih bas trip pertama, korang kena balik bas yang trip pertama juga iaitu kul 7 mlm dari USS. Kita tak dibenarkan pi naik bas yang terawal dan balik bas yang terakhir. Oleh kerana excited sangat nak pi USS, kami semua pilih bas trip pertama tu. Kul 7 pagi dah tersengeh kat lobi hotel tunggu bas. Kami beli roti dan minuman di 7 eleven kat lobi hotel sebagai bekalan untuk breakfast dalam bas. Lebih kurang kul 7.10 pagi, kami semua bertolak menuju ke Singapore. Lebih kurang 45min, kami sampai di tempat imigresen. Bas berhenti depan pejabat dan kami terus turun untuk cop pasport. Takyah nak jalan jauh pun.
Siksa gak nak melepasi sempadan Singapore ni, jem teramat teruk. Tengok gambar tu. Kalau drive keta sendiri, senak la nak tempuh jem. Tapi kalau naik bas, ada lorong khas disediakan sebelah kiri tu, bas boleh jalan laju sket. Sampai kat border office, kami kena berlari turun untuk cop pasport kat imigresen Singapore. Kenapa kena lari? Dah semua orang lari.... aku pun lari la hahahahahaha

Aku pun heran gak kenapa semua orang turun bas (semua bas) berlari-lari macam kat dalam explorace tu. Agaknya depa kejar masa atau bas tanak tunggu kita lama-lama kot. Aku ikut je orang ramai. Depa lari, aku pun lari la (walaupun dorang lari laju, aku slow je). Lepas cop pasport, kami terus naik bas dan bergerak ke USS.

Trenggggggggggggg.................... dah sampai USS. Masa kami sampai ni, USS pun belum buka lagi. Tempat ni dibuka jam 9 pagi, tapi kami dah ada sana kul 8. Jadi, sempat la nak bergambar lentok liuk kat luar USS tu, sementara orang belum ramai kan....
Dari kiri: Kak Laila, Kak Mazni, Aku, Syarina & Kak Aya

Lepas dah puas posing, perut start lapar. Kat ruang legar pintu masuk USS tu ada disediakan food court untuk para pengunjung. Jadi, kami masuk pekena nasi lemak sorang sepinggan. Satu kedai je yang sediakan makanan halal, takda pilihan ok.  



Lepas abis makan, kami keluar semula ke pintu masuk USS. Mak aiiiiiiii orang dah ramai gila beratur nak masuk. Hari Jumaat pun macam ni keadaannya...kalau hari minggu lagi teruk la. Jadi, kalau sesapa nak datang USS hari Sabtu Ahad, elok beli express pass, korang boleh terus masuk laluan khas kat sebelah kiri sekali tu, takyah nak beratur panjang. Harga tiket express of course lagi mahal dari tiket biasa. Kami punya tiket slow ni pun dah dekat RM200 seorang huhuhu 
Masuk je pintu USS tu, jumpa lak woody dan wife tengah jalan-jalan. Kami group pertama yang dapat amik gambar dengan dorang. Orang lain baru nak start beratur hehehehe 
Sya tengah beratur di Guest Services Office untuk claim voucher diskaun 20% untuk beli makanan. Voucher ni diberikan untuk mereka yang beli tiket USS secara online dan menggunakan kad kredit maybank. Sya yang tolong buat semua untuk kami. Thanks Sya!
Apa nama karakter mamat hitam kat belakang kami ni ek? Dia ni bukan patung tau, dia adalah salah satu karakter yang bergerak sana sini untuk amik gambar dengan pengunjung. Tapi nak dapat amik gambar dengan satu karakter pun siksa gak beratur. Orang terlalu ramai la, pening. 

Yeayyyy Kungfu Panda

Cer teka....mana kaki aku?

Horeyyyyy masa untuk berjumpa Optimus Prime!


Inilah transformers ride kat USS, yang menjadi tumpuan ramai. Nak dapat naik pun susah, kena beratur panjangggggggg sangat. Nasib baik kami ada express ticket untuk sekali naik transformers ride ni, dapat pas express sebab beli tiket dengan kad maybank. Jadi, kami dengan poyo terus masuk ke express lane tanpa rasa simpati kat orang ramai yang tengah beratur heheehe

Untuk yang dah pernah naik ride ni mesti seronok pengalaman kan? Kalau yang belum pernah, pi la try. Rugi tak naik tau. Memang syiokkkkkkk sangat. Ride ni bukan ngeri macam roller coaster tu, umpama naik kereta sambil tengok wayang je. Boleh nampak Optimus Prime dekat depan mata hehehe
Aku tak sempat naik roller coaster ni sebab kena beratur panjang dan banyak lagi tempat yang kami tak sempat pi. Tiap-tiap satu tempat nak kena beratur 20-45min, memang tak sempat nak cover semua permainan yang ada. Aduhaiiiii cuaca lak panas terik sangat. Nak terjelir lidah ni. Dah la air semua mahal dalam USS tu, coke sebotol pun 4 dollar. Kalau nak murah sket, korang kena beli bekas minuman yang dorang jual, ada pelbagai bentuk karakter. Bekas minuman ni harganya 20 dollar, boleh refill air berkabornat dengan harga 2 dollar. Tapi kalau convert duit kita, apa benda pun jadi mahal kat sini huhuhu
handsome kan mat saleh ni?


haaaa yang ni roller coaster yang agak memualkan. banyak mengundur. kalau tak tahan muntah, jgn naik tau


Lepas tengok show penyamun kena tembak, kita boleh bergambar dengan pelakon

seiras tak?


Oleh kerana orang terlalu ramai, semua tempat jadi sangat terhad untuk kita. Kena berebut sana sini, boring gak. Tapi, sebelum balik, kami nak naik transformers ride lagi sekali. Kali ni, takda express ticket tau, kena beratur sejam 15min untuk dapat giliran. Fuhhhhhh bila dah dapat naik ride tu, kami dah takda rasa apa-apa, angkara terlalu letih beratur (berdiri tau).

Lebih kurang kul 6.40ptg, kami keluar dari USS dan menuju ke stesyen bas di bawah USS tu. Tepat kul 7.15mlm, kami bertolak balik ke Tune Hotel.


No comments:

Post a Comment