06 June 2010

2009 : Pulau Redang - Hari 1

8 Julai 2009

Hari ini aku bersama kawan-kawan ke Kuala Terengganu untuk bercuti di Pulau Redang. Kami bertolak menaiki penerbangan terawal Air Asia dari LCCT ke KT. Ahli rombongan aku kali ni ialah....Filzah, Safarina, CT Fatimah, Mazni, Nur Aishah dan Aishah junior.

Untuk percutian kali ni, kami amik pakej oleh Redang Pelangi Resort (3 hari 2 malam). Pakej berharga RM360 seorang termasuk penginapan (quad/triple sharing), makan minum 3 kali sehari, snorkelling trip 2 kali sehari, bas dari airport ke Jeti Merang dan bot dari Merang ke pulau. Murah kan? Erm... memang berbaloi....kami cuma perlu tambah kos penerbangan sendiri je.
Ni tengah tunggu bot datang amik kami di Jeti Merang.

Bot laju ni kecik je.... rasanya leh muat dalam 20 orang. Perjalanan dari jeti ke pulau tak terasa panjang pun..... sebab aku rasa hanya beberapa minit je aku duduk di kerusi bot tu.... yang selebihnya... terhenjut-henjut bontot tak jejak kerusi hihihihi


Dah sampai...... Ni peta Pulau Redang. Korang boleh click image ni untuk besarkan gambar. Boleh jadikan panduan....kat mana kawasan yang sesuai untuk berenang, menyelam dan tenggelam hihihihihi


Inilah Redang Pelangi Resort. Chalet dekat dengan pantai. Selesa dan kemudahan pun lengkap.

Ni pandangan dalam bilik kami. Aku berkongsi dengan Filzah, Safarina dan Mazni. Pintu coklat tu adalah bilik air yang dilengkapi water heater. Bilik tidur ni juga ada TV, aircond, almari solek dan safe box. Jadi, kita takyah risau nak simpan beg duit dan barang berharga yang lain. Set password sendiri.... dan simpan tanpa was-was!

Sampai sana terus check-in dan masuk bilik. Tukar baju dan turun untuk makan tengahari. Lepas makan dan solat zohor, kami pi snorkelling kawasan berhampiran. Kat depan chalet tu ada beberapa kawasan yang cantik untuk snorkelling. Kita boleh pi sendiri, tak perlukan bot. Setakat nak warm-up tu ok la.... kena berlatih pernafasan.....sebelum ke kawasan yang lebih dalam.


Petang ni kami cuma mandi laut dan snorkelling sendiri je. Ada gak kami join group lain main volleyball.... tapi aku tak amik gambar sebab camera tinggal dalam bilik. Bila maghrib, kami mandi dan turun untuk dinner, pastu lepak di kawasan rehat tepi pantai..... sambil karaoke lalalalalala

No comments:

Post a Comment