06 June 2010

2009: Pulau Redang - Hari 2

8 Julai 2009
Kul 7.30 pagi kami dah turun untuk bersarapan. Pastu naik ke bilik semula untuk bersiap apa yang patut sebelum memulakan aktiviti snorkelling hari ni. Pagi ni kami akan ke Marine Park cam gambar di bawah.

Gambar atas ni aku amik dari internet tau. Hanya untuk memberi gambaran keseluruhan pemandangan di Marine Park.


Kami dah ready nak pi snorkelling. Kamera yang aku pegang tu amat sesuai untuk amik gambar dalam air, kami sewa khas dari pihak resort. Kalau tak silap.... (ingatan aku pun bukan kuat sangat)....kami bayar RM80 untuk 24 jam. Kamera ni leh tangkap 100 keping gambar dan semua gambar akan dimasukkan dalam sekeping CD untuk simpanan kita.



Dah nak bertolak ke Marine Park. Bot ni akan dikongsi dengan orang lain gak yang menginap di resort yang sama dengan kami.




Kamilah orang bujang yang hidup dalam kesederhanaan....







Gambar dari kiri.... yang besar sekali tu.... aku ler.... Filzah, Safarina, yang duduk dari kiri....Nur Aishah, CT Fatimah, Aishah junior dan Mazni.


Dah sampai Marine Park..... horeyyyy! Kami dah siap beli roti luput tarikh untuk menjamu ikan-ikan di sini (roti luput tarikh dijual dengan harga RM4 sebungkus, lagi mahal dari roti baru)


Dah bersedia nak snorkelling....


Celup je muka dalam air, ikan bawal putih ni dah jeling....


Kalau nak tengok ikan dengan lebih dekat, pegang je roti kat tangan....jangan lepas. Ikan-ikan tu akan datang serbu kita cam artis popular tau.....


Kak Mazni.... leh buka mulut dan ngap je ikan tu kalau nak rasa ikan segar hihihihi



Aik....cam bengang je ikan ni tengok aku amik gambar dia.... tak suka publisiti kot....


Kat kawasan tengah agak dalam.... kita boleh nampak pelbagai jenis batu karang dan ada besi-besi buruk yang ditinggalkan kat sini.... mungkin untuk jadikan rumah ikan. Tengah skodeng ikan-ikan kecik.... nampak lak si kerapu besar ni..... takut gak ler....(aku yang takut). Ikan ni jauh ke bawah.... aku cuma zoom kamera dari atas je. Tak berani aku nak selam ke bawah, saspen wooooo biasa tengok yang dah dimasak 3 rasa je.... hihihihi


Penyu ni cuma kelihatan dari jauh.... tapi aku minta tolong brader yang escot kita orang ni amik gambar dengan lebih dekat. Dia leh turun bawah tanpa oksigen tank.



Dah abis lawatan ke Marine Park. Sekarang balik ke resort untuk makan tengahari, mandi dan solat. Trip snorkelling seterusnya akan bermula pada jam 2.30 petang nanti.



Dah tersadai keletihan...... tapi kena teruskan dengan trip seterusnya juga.... rugi lak kalau tak pi.


Trip seterusnya....


Petang ni 4 buah bot bergerak serentak ke tempat snorkelling yang sama. Mesti ikan-ikan pun pening nanti.... sebab majoriti trip ni bawa kaum yang tak suka mandi pagi..... huhuhuhu

Pandangan dari dalam air.....nampak gaya cik montel tu?


Haaaa.... jangan tiru aksi ni di rumah.... hanya boleh dilakukan oleh mereka yang biasa simpan nafas dalam perut je.... (tu yang kembung semacam) hihihihi


Dua jurutera ni la rakan karib aku di jabatan.....


Kawasan ni lebih dalam.... air pun gelap semacam. Rasa seram nak selam ke bawah.... tak nampak sangat terumbu karang yang warna-warni, cuma ikan je ada pelbagai jenis.....



Nampak tak ikan nemo tu? Ikan ni dok kat dasar laut.... dari atas nampak kecik sangat, tapi aku minta tolong brader bot tu selam ke bawah untuk amik gambar lebih dekat..... kot-kot leh nampak nemo senyum hehehe


Safa dengan Aishah dah lama naik atas bot.... dah tak larat nak telan air laut hehehehe kami maintain snorkelling walaupun ombak semakin kuat... nak tertanggal ketiak berenang ke bot...

Dah sampai jeti.... boleh stunt ke laut.....


Jernih kan air kat sini? Leh nampak pasir di bawah.... sebenarnya kaki kami tak jejak lagi ni... masih dalam.... sebab tu kena pakai life jacket.

Gaya istimewa untuk majalah URTV hehehehe......



Sambung snorkelling di kawasan depan resort.....
Kalau korang ada swimming gogle sendiri.... takyah la guna snokel dan life jacket.... leh selam dan amik gambar pelbagai aksi cam kami.....



Buaian ni disediakan untuk bersantai sambil melihat matahari terbenam....

Kala senja melabuhkan layarnya.... maka terpancarlah warna keemasan.....


Lepas dinner, kami jalan-jalan sekitar pantai. Ada banyak resort dan chalet lain di sepanjang pantai ni. Kami berjalan kaki hingga ke hujungnya....sambil cuci mata *^^*


Live band dari Cyberjaya.... hihihihihi (pakai tudung tapi tak pakai baju)


Ni live band yang sebenar.....dari Filipina. Kita boleh berehat sambil dengar nyanyian dorang....jangan lupa order minuman tau.... kalau tanak order, korang tengok live band dari Cyberjaya tu jelah hihihihi

Lebih kurang kul 10.00 malam.... kami dah balik bilik dan zZzZzZ

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment