30 May 2013

2013 : Pulau Pangkor

Hai semua...

Cuti kali ni aku plan untuk ke Pangkor. Ini adalah kali ketiga aku ke sana dan ketiga-tiga kali ini juga aku pi sana dengan family. Cuma kali ni mak, abah dan adik pi sana untuk majlis kenduri kahwin sedara kami di Lumut, bukan untuk holiday di Pangkor. Kebetulan pulak aku dengan kak Mazni memang dah booking chalet awal-awal lagi, jadi aku tambah satu lagi chalet untuk depa.



24 Mei 2013 - Hari pertama

Seawal 7 pagi, aku dengan kak Mazni bertolak ke Lumut melalui jalan Kuala Selangor - Tg. Karang - Teluk Intan - Setiawan - Lumut. Kalau ikut jalan lama ni, jaraknya lebih dekat berbanding ikut highway. Cuma biasanya orang tanak ikut jalan lama sebab banyak pancaroba dan tak boleh nak laju. Kalau korang malas nak ikut jalan lama, boleh ikut highway utara-selatan, dari KL exit Batu Gajah - Setiawan -Lumut, perjalanan amik masa dalam 4 jam. Kalau ikut jalan lama macam aku, perjalanan dalam 3 jam je. Yang bestnya ikut jalan Kuala Selangor ni, kita boleh singgah makan cendol bakar yang ada drive-thru. Best wooooo

Sampai Lumut, aku terus ke rumah Sarah....adik angkat aku yang bertugas di hospital kat Lumut. Sarah dah siap amik cuti untuk sambut kami sekeluarga. Ada mee rebus special plak tu! Aku dengan kak Mazni berehat dulu kat umah Sarah sementara menunggu abah, mak dan adik sampai.

Lebih kurang kul 3 petang, depa pun sampai. Lepas makan dan rehat seketika, kami terus ke jeti Pangkor untuk ke pulau. Kami parking kereta kat parking berbumbung di bangunan bertingkat sebelah jeti.  Kadar sewa kat sini ialah RM10 untuk 24 jam, taklah mahal sangat kan? Kalau korang bawak beg ala-ala budak AF tu, takyah la risau sebab bangunan ni ada lif hehehehe

sumber: wikipedia
Tiket feri ke pulau berharga RM10 seorang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Perjalanan dari jeti ke pulau amik masa dalam 1/2 jam je dengan 2 perhentian. Hentian pertama....kat jeti Sg. Pinang dan hentian kedua...jeti Pangkor. Hentian pertama tu untuk penduduk tempatan tau, korang yang nak pi Pangkor, jangan turun kat situ lak, jauh lak nak ke kawasan chalet/hotel korang nanti. 







Sampai kat jeti Pangkor, kami naik van pink untuk ke chalet di Pasir Bogak. Harga teksi pink ni adalah RM10 untuk ke Pasir Bogak dan RM20 untuk ke Teluk Nipah. Actually dekat je jarak dua tempat ni tapi mungkin nama yang berbeza, caj pun beza la kan....hehehehe kat Pangkor ni takda teksi warna lain tau, ada van warna pink ni je nak ke mana-mana pun. Kalau korang nak ronda satu pulau pun boleh, sewa je teksi ni dengan drivernya sekali. Tapi aku tak sure harga sewa untuk ronda pulau sebab kami hanya lepak kat chalet saja hari pertama.

Kami stay kat Pangkor Village Beach Resort.....yang betul-betul ada di penghujung pantai Pasir Bogak. Pemiliknya...Kak Wati, memang baik dan senang nak berurusan. Aku amik satu chalet saiz standard dan satu lagi family chalet (ada 2 katil queen dan mengadap laut). Chalet standard ni sewanya RM150 satu malam untuk musim cuti sekolah dan chalet family berharga RM230 semalam. Kalau korang nak pi Pangkor, aku memang recommend sangat Pangkor Village Beach Resort ni sebab dia ada pantai sendiri, takyah bercampur dengan orang ramai, ada kafe sendiri, ada permainan air sendiri, ada dewan dan juga dorm untuk korang yang datang dengan rombongan atau untuk tujuan kursus. Untuk family, memang sesuai sangat amik chalet family tu, berdepan pantai dan ada tempat bbq di depan setiap chalet.
chalet famili yang ada 2 katil besar
chalet saiz standard, ada 2 katil single

Pengusaha chalet ni....Kak Wati, ada sediakan kereta dan motor untuk disewa. So kalau korang nak jenjalan ronda pulau, boleh la sewa kereta atau motor. Aku tak sure lak berapa harga sewa kereta tapi untuk motor, harganya RM20 untuk 24 jam. Aku sewa motor sehari saja untuk ronda pulau.

Kami dinner kat chalet je, order makanan kat Kak Wati dan makan di chalet bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa hehehehe makanan kat sini sedap dan harganya berpatutan. Takyah susah-susah nak kuar cari kedai makan kan....


25 Mei 2013 - Hari kedua

Lepas sarapan di kafe chalet (order makanan sehari lebih awal), kami terus ke tepi pantai untuk pakej snorkelling. Actually, bukannya nak snorkelling pun, saja nak naik bot untuk ronda pulau dan mandi-manda. Ikut pakej snorkelling, kita akan dibawa ke 2 tempat iaitu ke kawasan tepi pantai untuk rehat dan mandi, kemudian ke kawasan batu karang untuk snorkelling. Kami pi ke kawasan mandi saja, lepas tu, soh orang bot tu hantar kami balik ke chalet sebab nak pi kenduri kat Lumut lak.

Lepas mandi dan bersiap-siap, kami naik van pink untuk ke jeti. Mak, abah dan adik terus check-out chalet. Lepas kenduri, depa terus balik Kedah, aku dengan kak Mazni kembali ke chalet untuk 1 malam lagi. Tapi, malam kedua ni memang kami berdua macam ayam berak kapur la, sunyi semacam bila mak, abah dan adik dah balik. Terus jadi tak best dok situ. Kami naik motor ronda-ronda pulau, makan kat Teluk Nipah, beli ikan kering kat kilang satay ikan, pastu balik chalet dan tido.



26 Mei 2013 - Hari ketiga

Esok pagi, kami check-out dan balik ke Lumut untuk balik ke KL. Hari ini kami ikut highway, dengan harapan nak cepat sampai KL, tup-tup, jem teruk sebab public holiday, 5 jam baru sampai KL. Adoiiiii

Sampai di sini saja percutian kami di Pangkor kali ini. In shaa Allah....kami akan kembali ke sini lagi. Kalau korang nak stay kat chalet ni, boleh emel aku untuk dapatkan no.tepon pemiliknya ye.

10 comments:

  1. salam..boleh tak share no fon akak yg incharge chalet kt tmpt awk bcuti tu..thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh call Pangkor Village Beach Resort 05-6852 227. Kak Wati adalah owner.

      Delete
    2. salam sis... saya nak tnye pengalaman sis tinggal kat chalet ni ok ke... sebab kami office nak buat family day nak stay sni..
      x perlu bayar deposit ye tuk booking... sebab dah kol katanya x perlu deposit...

      Delete
  2. thanks info..tgh servey chalet kt sna

    ReplyDelete
  3. hi, family chalet tu ade bilik ke atau masuk terus katil jer?

    ReplyDelete
  4. Banyak tak tempat menarik di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi orang yg first time pergi, mesti akan rasa menarik. Tapi kalau untuk peminat laut mcm sy ni, pergi 5-6 kali pun masih rasa menarik.

      Delete
  5. MNE BES...PASIR BOGAK @ TELUK NIPAH??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka tempat yang ramai orang, banyak kedai makan (walking distance), lebih sesuai stay kat Teluk Nipah. Ada banyak kedai makan berderetan tepi pantai dan chalet banyak pilihan. Cuma, utk mereka yang tak suka tempat ramai orang, sangat sesuai stay kat Pasir Bogak, terutama kat chalet ni, ada pantai persendirian, senang nak kuak lentang.

      Delete
  6. Terima kasih sudi kongsi info2 penting ni. Saya tengah cari chalet ni hihi. Kalau naik van pink tu bayo rm10 seorg k atau mmg rm10 je tak kisah pun berapa penumpang nya?

    ReplyDelete