Hai semua....
Dah lama sangat aku tak jengah blog AOB ni, sampai dah hilang banyak info percutian. Sebelum memori aku terpadam, ni nak kongsi info pasal percutian di Pulau Tioman baru-baru ini. Actually ni kali ke 5 aku pi tioman, sebelum ni lupa nak cerita. Tapi kali ni aku kena catat kat sini sebab ada panduan ekstra utk korang yg teringin nak rasai pengalaman menyelam skuba. Haaaaa best tak?
Dah lama sangat aku tak jengah blog AOB ni, sampai dah hilang banyak info percutian. Sebelum memori aku terpadam, ni nak kongsi info pasal percutian di Pulau Tioman baru-baru ini. Actually ni kali ke 5 aku pi tioman, sebelum ni lupa nak cerita. Tapi kali ni aku kena catat kat sini sebab ada panduan ekstra utk korang yg teringin nak rasai pengalaman menyelam skuba. Haaaaa best tak?
22 Mei 2015
Trip kali ni kami pi 4 org, aku dgn bff naik bas dari KL, lagi 2 org naik keta dari JB. Semua ladies ok! Aku beli tiket bas sebulan awal seara online dari website (www.tbsbts.com.my). Tiket bas Transnasional dari TBS ke Mersing berharga RM38 sehala. Aku beli tiket kul 11.55mlm, untuk sehala saja, nak tau sebab apa? Nanti aku cerita ok?
Lepas keja aku terus balik umah, bersiap-siap, kul 9.45mlm terus ke Terminal Bersepadu Selatan. Lebih kurang kul 10.15 mlm, aku sampai di TBS. Park kereta kat tingkat atas, kawasan letak kereta yg besar, senang dan selamat. Ramai org parking kat sana, so takyah risau kalau korang sampai waktu mana pun, pasti ada org, tak sunyi. Bayaran parkir pun murah je, cuma RM4 sehari dan bayar masa nak keluar nanti.
Kalau beli tiket online, kita kena print confirmation emel, tunjukkan di kaunter tiket utk dapatkan boarding pass. Hahaha macam nak naik flight kan? Sebenarnya boarding pass tu adalah tiket sebenar yg membenarkan kita akses masuk ke ruang pelepasan. Ada banyak kaunter tiket kat TBS tu, jangan confuse tau. Utk sesiapa yg belum beli tiket, boleh je beratur kat mana2 kaunter 'All destinations'. Tapi kalau dah beli online, kita kena pi kat kaunter yg dinyatakan dalam emel. Utk tiket transnasional online, korang kena pi ke kaunter hujung sekali yg mengadap eskalator ke pintu 1 pelepasan. Ada 3 kaunter yg tertulis 'Online Purchase' dan disebelahnya adalah kaunter untuk redeem air percuma bagi pelanggan yg buat pembayaran melalui webcash. Aku memang bayar guna webcash sebab sebelum ni ada baki lebihan dari pembelian tiket pi Singapore aritu.
Lepas dah dapat boarding pass, kita boleh turun ke ruang pelepasan. Kalau korang first time di TBS, elok datang awal supaya tak kelam kabut. Lagipun bas kat TBS ni biasanya memang ikut masa yg ditetapkan sebab bas tak dibenarkan berhenti lama di situ. Oleh kerana kami ada byk masa, sempat la pi beli roti dan pi toilet. Bas kami sampai kul 11.40 dan bertolak tepat 11.55 mlm. Kami beli seat single, selesa sket nak tido atau tengok movie. Bas ni ada individual monitor utk setiap penumpang, boleh pilih nak tengok movie apa tapi takda suara kalau tak connect to earphone. Aku tak bawak earphone, so kena tengok movie tanpa suara hehehe nasib baik ada substitle.
23 Mei 2015
Bas ni menggunakan jalan endau rompin - mersing, jalan bengkang bengkok dan sunyi. Aku pernah drive sendiri ikut jalan ni, memang serammm sangat, sebab tu lebih senang naik bas. Bas sampai ke stesen Mersing kul 4.30pg, awal kan? Kat stesen bas tu memang sunyi, takda kedai yg beroperasi 24 jam dan takda teksi waktu macam ni. Tapi korang jangan takut, boleh jalan kaki je ke jeti. Kat kawasan jeti ada banyak kedai makan 24 jam dan hotel2 bajet. So apa lagi.....kami terus jalan kaki ke jeti, ikut je jalan tepi muara, terus sampai jeti. Jarak tak sampai 1km, lebih kurang 10min berjalan dgn badan dan beg berat. Kami singgah di restoran mamak yg berhampiran utk makan dan sewa hotel bajet. Sementara nak tunggu feri paling awal kul 11pg, jenuh gak nak melepak kat kedai. Lebih baik amik satu bilik utk rehat dan mandi. Harga sewa bilik sehari RM70, tapi kalau check in sekejap, dorang kenakan caj RM50 saja. Kami bayar sorang RM25, ok la kan....bilik selesa, bersih, ada tv, astro, aircond dan water heater.
Kami check out dari hotel bajet kul 9.50pg dan terus ke jeti. Kena pi awal utk amik tiket sebab feri limited, kalau penuh kul 11, alamatnya kena tunggu next feri kul 3ptg. Tiket feri kami dah beli online sebulan awal, harga RM35 sehala, seorang. Tapi kalau beli online, ada extra caj RM5 seorang utk early booking dan gst. Kalau korang nak pi sana selain dari hari cuti, takyah beli tiket in advance, terus walk in ke kaunter jual tiket tu. Sekarang ni cuma ada satu company yg buat perkhidmatan feri tioman iaitu bluewater express. So takyah risau nak beli tiket kat mana2 pun sebab feri yg sama heheheh. Lepas dapat tiket feri, kita kena beratur pulak utk bayar caj taman laut sebanyak RM5 seorang. Lepas dah ada resit taman laut, baru kita boleh ke kaunter utk dapatkan boarding pass. Boarding pass feri tak sama dgn bas tau, dorang guna manila card laminate dan dicetak nombor. Tujuan boarding pass tu adalah utk mengetahui had jumlah penumpang yg boleh naik feri pada satu masa. Walaupun tiket kita ada seat no., ramai penumpang yg tak ikut seat, dorang berebut pilih tempat. Apa nak buat...inilah malaysian. Ni ada beberapa pesanan utk korang.....
1. Seeloknya, cari seat yg di bhgn depan feri, sebab bhgn depan tak banyak seat, tak banyak sangat bau badan org hahahaha
2. Makan pil mabuk laut satu jam sebelum naik feri. Kalau tanak, sila sediakan plastik utk muntah.
3. Pastikan korang dah tau jeti mana nak turun nanti. Feri akan berhenti di Kg Genting, Kg Paya, Kg Tekek, Kg Air Batang, Kg Salang. Kalau chalet/hotel korang kat Kg Juara, kena turun di Tekek dan naik teksi air (bot) ke sana.
4. Ada kawasan letak kereta utk sesiapa yg drive ke sana.
Trip kali ini kami stay di Berjaya Tioman Beach Resort, yg terletak di Tekek. Dari jeti mersing ke tekek amik masa hampir 2 jam. Sampai di jeti, kami terus naik free shuttle yg disediakan oleh hotel. Kalau korang nak ke chalet lain, ada banyak teksi prebet sapu kat situ, sangat mudah. Ada deretan kedai makan kat depan jeti, boleh makan dulu. Kalau nak sewa motor, ada ramai agent kat tepi2 jeti tu. Harga sewa motor RM25-40, kena pandai nego. Kami tak sewa motor sebab kali ni semua aktiviti di laut saja. For info, Berjaya Tioman memerlukan kita membayar deposit RM200 utk sebilik. Jgn terkejut pulak. Lepas check in, masuk bilik, letak beg dan terus jalan kaki ke restoran makngah yg ada di depan pintu masuk Berjaya. Ni bukan restoran mak sedara aku tau. Tak ingat nama restoran tu, cuma owner dia makcik yg penduduk situ panggil makngah. Lunch nasi hidang, menu masakan thai, memang terbaik! Bila dah kenyang, baru la balik hotel, rehat. Restoran ni dibuka dari tengahari hingga ke malam tapi sebelah malam, kami BBQ dinner kat Restoran Sri Nelayan, Berjaya Hotel. Saja nak lepak, makan sambil enjoy live band.
24 Mei 2015
Kami bangun awal, excited nak terjun laut. Awal2 dah tempah transport utk bawak kami ke East Divers, dekat dgn jeti tekek. Aktiviti hari ni adalah Discovery Scuba Diving (DSD) iaitu aktiviti menyelam utk org yg takda lesen. Kalau ada lesen pun apa salahnya nak temankan kawan2 buat DSD kan? hehehehe Harga DSD di East Divers adalah RM220 seorang. Kalau kat Berjaya, harga RM255, mahal sket. Sebelum kita dibenarkan buat DSD, kena isi borang kaji selidik kesihatan dan pengesahan diri. Borang akan disediakan oleh dive centre. Bila dah lulus semua soalan dan jawapan, kita akan diberikan taklimat tentang penggunaan peralatan menyelam dan cara2 komunikasi dalam air. Lepas taklimat, kita akan diberikan semua peralatan dan siap sedia utk ujian pertama iaitu shore dive, menyelam dari pantai. Hanya mereka yg lulus ujian shore dive dibenarkan utk buat boat dive. Seorang dive master akan mengiringi 2 penyelam DSD. Kalau utk 4 org, 2 org dive master akan ikut kita bersama. Sebelum menyelam, kita kena minum air sebanyak mungkin tau, takut rehydrate masa dalam air. Kat sini, kita boleh sewa underwater camera dgn harga RM80 utk jumlah gambar yg takda limit. Dive master akan jd photographer dlm air dan transfer semua gambar ke dalam cd utk kita bawak balik.
Shore dive akan memakan masa lebih kurang 2 jam. Kita akan berjalan dari pantai ke dalam laut, tahap kedalaman akan ditambah dari masa ke semasa, bergantung keyakinan dan pernafasan penyelam. Kalau tetiba rasa takut, senang nak timbul di permukaan air sebab tak jauh dari dasar. Bila dah lulus shore dive, kami dibawa utk boat dive di Pulau Renggis. Actually memang ada banyak pulau utk menyelam di Tioman cuma Renggis adalah yg paling dekat, tak perlu naik bot lama2. Lagipun kawan kami yg 2 org tu tanak teruskan utk boat dive, dorang pilih nak snorkelling saja (takut la tu!). Renggis memang tempat utk snorkelling bagi mereka yg stay di Tekek dan Salang. Boat dive kami amik masa hampir sejam lebih, saja dive master bagi masa lebih kat kami yg nampak pro dalam air tu hehehehe
Pengalaman berada dalam laut sedalam 18m memang best! Kalau korang tak pernah menyelam dan ada tahap keberanian, eloklah try! Cuma sekarang ni Tioman tak secantik dulu, air kurang jernih dan batu karang banyak dah rosak. Selesai semua, kami dihantar balik ke hotel.
Lepas makan di restoran makngah, kami sambung berenang di pool hotel. Saja nak berjakuzi dan santai2 tengok pemandangan yg indah. Dah puas kuak lentang, kami balik ke bilik dan berehat. Maka selesailah hari kedua kami di Tioman.
25 Mei 2015
Lepas check out hotel jam 12tghari, kami lepak di tepi pantai sementara menunggu shuttle bus utk ke jeti. Oleh kerana tiket feri kami kul 3ptg, sempatlah lunch kat restoran makngah yg ada kat depan jeti. Kami makan nasi hidang, lauk macam2 gak, sedap!
Lepas lunch, kami berjalan ke jeti, beratur utk dapatkan boarding pass. Haaaaa kali ni feri lambat sampai, delay sejam lebih. Ramai yg komplen sebab terlepas bas, tapi aku ok je, belajar dari pengalaman lalu, sebab tu tak beli tiket bas ke KL awal2. Feri dr tioman sampai ke jeti mersing lebih kurang kul 6.15ptg dan bas akhir ke KL adalah kul 6ptg. Makanya, kena bermalam di hotel bajet sekali lagi. Member kami yg bawa kereta tu pun stay kat hotel gak sebab mabuk laut, tak boleh drive balik JB.
Lepas lunch, kami berjalan ke jeti, beratur utk dapatkan boarding pass. Haaaaa kali ni feri lambat sampai, delay sejam lebih. Ramai yg komplen sebab terlepas bas, tapi aku ok je, belajar dari pengalaman lalu, sebab tu tak beli tiket bas ke KL awal2. Feri dr tioman sampai ke jeti mersing lebih kurang kul 6.15ptg dan bas akhir ke KL adalah kul 6ptg. Makanya, kena bermalam di hotel bajet sekali lagi. Member kami yg bawa kereta tu pun stay kat hotel gak sebab mabuk laut, tak boleh drive balik JB.
Kat depan jeti mersing tu ada travel agency yg jual tiket bas ke KL tapi bukan Transnasional, bas S&S International. Kami beli tiket kat sini je, malas nak jalan kaki ke stesen bas utk dapatkan tiket Transnasional. Harga tiket S&S ialah RM42. 50, lebih mahal dari Transnasional sebab bas ni ikut highway terus ke TBS.
26 Mei 2015
Check out hotel kul 7.30 dan sarapan pagi di restoran hotel tu jugak. Lepas makan, kami terus berjalan ke jeti utk tunggu bas di depan office travel agency. Bas datang pick up kami kul 9.15pg dan terus ke KL. Berakhirlah sudah percutian kami kali ni. Sampai TBS, terus bayar parking dan balik umah. Bayaran parking adalah RM16 untuk 3h 2mlm.
Harap info panjang lebar kat atas ni boleh membantu sesiapa yg first time nak ke Tioman atau nak buat DSD. Untuk yang berminat nak amik pakej sama dgn kami, boleh tgk FB: East Divers Resort.
Harap info panjang lebar kat atas ni boleh membantu sesiapa yg first time nak ke Tioman atau nak buat DSD. Untuk yang berminat nak amik pakej sama dgn kami, boleh tgk FB: East Divers Resort.
Bersama 3 dive master dari East Divers |
East Divers Resort juga ada sediakan pakej untuk PADI scuba diving course untuk mereka yang ingin lebih serius menjadi penyelam skuba. Dorang juga ada chalet di tepi pantai untuk disewa. Kawasan memang best, sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan.
Jumpa lagi di cerita akan datang....tataaa...
Assalamualaikum.. selamat malam..
ReplyDeleteMaaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)
jika tuan puan ingin mendapatkan ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
© www.percutianpulautioman.blogspot.com