20 September 2011

2011 : Kedah & Hatyai - Hari 3

Alang-alang dah bawak kawan-kawan sampai Kedah, kami plan nak pi Hatyai 1 malam.  Hotel kat sana memang kami dah book kat Agoda.com. Lebih kurang kul 8.00 pagi kami bertolak dari umah aku menuju ke Bukit Kayu Hitam. Perjalanan amik masa lebih kurang 40 minit untuk sampai ke Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam. Kompleks ni adalah tempat pemeriksaan imigresen Malaysia, bersempadan dengan Thailand. Kalau korang nak pi The Zon Bkt Kayu Hitam pun kena melalui pemeriksaan imigresen ni jugak.

Untuk yang nak pi Thailand, kena cop pasport kat sini. Tapi kalau setakat nak pi Kompleks Bebas Cukai je, takyah cop pasport, korang senyum je kat imigresen dalam kotak tu dan terus jalan.


Lepas cop pasport, kami terus drive masuk ke The Zon, satu-satunya kompleks bebas cukai kat BKH ni. Kompleks ni ada sediakan banyak parking untuk sesapa yang tanak ke Thailand dengan keta sendiri. Bayaran parking untuk kereta semalaman di sini ialah RM12.00. Rasanya harga ni sama untuk semua jenis keta termasuklah yang bawa BMW cam aku hehehehe Kami ke Hatyai dengan MPV Bang Ya. Kat sini ada banyak pilihan kereta untuk ke Hatyai, korang boleh pilih nak naik van, MPV atau teksi biasa. Kalau nak bajet, korang leh naik teksi yang berkongsi dengan orang lain, lebih murah. Tapi untuk yang travel ramai macam kami, lebih elok tempah satu MPV, lebih selesa dan takyah campur dengan orang lain. Kami bayar Bang Ya RM60 untuk perjalanan dari BKH ke Hatyai. Sampai di imigresen Thailand kat Danok tu, kami kena turun untuk cop pasport dan berjalan kaki beberapa langkah untuk melepasi pemeriksaan imigresen Thai. Masa nak cop pasport tu, kita kena selitkan duit RM2 kat dalam pasport sebagai syarat tersembunyi untuk memudahkan proses pemeriksaan. Driver MPV yang kami sewa tu memang dah bagitau awal-awal, so kami pun dah siap sedia. Kalau korang tak letak duit RM2 tu dalam pasport, proses pemeriksaan akan jadi rumit dan imigresen akan mula cari pasal. Kita pi tempat orang, terpaksalah ikut cara orang.

Perjalanan dari Danok ke Hatyai amik masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang jalan kami cuma dapat tengok suasana kampung dan infrastruktur jalan yang agak berbeza dengan negara kita. Korang tengok kabel elektrik di kiri jalan tu......agak berserabut dan tak sekemas di tempat kita kan?

Dalam kul 11.30 pagi kami dah sampai di New Season Hotel Hatyai. Kat Thailand, perbezaan waktu sejam lebih awal dari kita, so kami memang sampai awal kat sana. Tapi pihak hotel baik hati, dorang benarkan kami check-in lebih awal dari sepatutnya...... fuhhh legaaaaa!


Lokasi hotel ni agak strategik, kedudukannya di Prachatipat Road.....tak jauh dari tempat-tempat utama pelancong. Restoran Salma dan Restoran Hamid pun berdekatan ni je. Tapi kalau korang nak makan, takyah la pi Restoran Salma, tak sedap langsung. Lagi senang kalau korang naik tuk-tuk (teksi kat sana) dan minta driver tu bawak korang pi restoran muslim.

Inilah bilik kami. Katil besar dan semua kemudahan dalam bilik lengkap. Memang selesa.



Inilah pemandangan sekitar hotel dan jalan utama hehehehe lagi baik takyah pandang!

Kat sebelah hotel ni ada gudang jual beras dan pulut. Beras dan pulut kat sini memang gred terbaik dan harga murah sangat. Untuk yang minat makan pulut, kena try beli beras pulut siam, sedap woooooo! Tapi jangan beli banyak sangat tau, nanti kena bayar cukai kat imigresen Malaysia. Inilah Tuk-tuk, pengangkutan utama di sini. Bayarannya cuma 20THB (RM2) je sorang untuk ke mana saja lokasi di Hatyai. Kebanyakan driver tuk-tuk ni tak pandai berbahasa Inggeris, jadi kalau nak naik tuk-tuk, pastikan kita pandai sebut nama tempat yang kita nak pi.


Lepas check-in dan segarkan diri kejap, kami terus memulakan lawatan kami di Hatyai. Cam best je ayat ni kan? Actually bukan ada banyak tempat untuk dilawat pun, sini kan tempat shopping, hanya untuk shoppaholic jelah hehehehe

Kami memulakan langkah dengan berjalan kaki di kawasan sekitar. Tempat pertama yang kami pi ialah di Santisuk Market. Kat sini ada banyak kedai yang menjual makanan kering, beg dan kain baju. Kat sini aku tak beli apa-apa pun, cuci mata je, almaklumlah..... baru sampai Hatyai, mata dok kelabu asap lagi heheheheSebelum sampai di Santisuk Market, ada satu kedai fabrik yang boleh kita tempah baju dan seluar dan siap dalam masa 24 jam. Inilah salah satu kedai yang popular di kalangan pelancong luar. Harga kat sini taklah murah sangat, ikut kualiti fabrik yang kita nak. Paling murah pun harga yang aku tanya untuk sehelai seluar ialah RM80, itupun jenis fabrik yang tak berapa elok....macam kain kapan je hehehe aku pun heran naper banyak sangat recommendation dari forumers di cari.com pasal kedai ni. As fo rme, nothing special....





Ni salah satu kedai beg kat Santisuk Market. Kedai-kedai kat sini lebih kurang kat Jln TAR, sempit dan terlampau banyak barang. Untuk aku yang saiz XXL ni memang tak sesuai dok lama-lama dalam kedai.... berpeluh!




Ada banyak jualan souvenier kat tepi-tepi jalan ni. Kalau nak beli, eloklah korang tawar menawar dulu dan buat perbandingan dengan kedai lain. Kebanyakan peniaga jual benda yang sama dengan harga berlainan. So, kena pandai cantas!



Untuk penggemar rojak, jangan lupa try rojak kat Thailand ni tau. Buah mangga bulat yang rapuh dan masam, dicicah dengan kuah pedas manis tu.... perghhhhhh memang terangkat bumper belakang tau hehehehehe


Lepas dah abis tinjau segala kedai di Santisuk Market, kami pi lunch kat Restoran Salma. Bagi aku masakan kat sini tak sedap langsung, tak seperti yang digembar-gemburkan oleh dorang yang dok story mory kat internet tu. Indah khabar dari rupa....


Dengan hati yang kecewa dan keletihan, kami tempah sebuah tuk-tuk untuk bawak kami pi Klonghae Floating Market. Sewa tuk-tuk 400THB untuk perjalanan pergi balik. Actually kalau kita naik tuk-tuk yang berkeliaran tu lebih murah tapi banyak tempat singgahan lak nanti. Takut terlambat sampai sana dan susah nak dapat tuk-tuk lain untuk balik ke hotel. Sebab tu kami tempah tuk-tuk untuk antar, tunggu dan bawak kami balik ke hotel. Dalam perjalanan ke sana, tuk-tuk kami benti kat sini untuk isi minyak. Senang je dorang jual petrol kan?


Setelah siasatan dijalankan, kami baru tau bahawa gerai jual petrol ni rupa-rupanya dijual secara haram dengan harga yang lebih murah. Sebotol petrol ni dijual dengan harga 20THB (RM2). Bekalan minyak haram ni diperolehi dari negara kita la. Sebab tu dorang bleh jual murah dari harga sebenar. Ish..ish...ish... dalam keadaan terkawal pun boleh gak terlepas keluar petrol subsidi dari negara kita ye.....

Isi petrol tanpa sebarang penjagaan keselamatan..... guna corong minyak masak je.

Dari dalam tuk-tuk....
Inilah suasana di Klonghae Floating Market. Ramai peniaga yang baru sampai.... pengunjung pun tak ramai lagi....

Salah satu benda unik yang aku jumpa kat sini.... jambangan ros yang dibuat dari daun pandan. Kreatif kan? Memang sah wangiiiiiii


Kuih muih yang dorang jual memang kelihatan pelik di mata kita sebab takda jual kat sini. Salah satunya kuih ni.... cantik kan? Macam kuih sepit dan yang warna oren/kuning tu inti kelapa kot...

Pengunjung dah makin ramai datang.... Di kiri kanan jalan nak ke floating market ni ada banyak gerai-gerai jualan. Macam-macam ada, kain baju, souveniers, buah-buahan, makanan basah kering, barang hiasan, barang rumah dan banyak lagi.....

Haaaa... yang kat atas ni aku taktau apa benda. Sekali tengok macam rojak, tapi bila tengok betul-betul, bukan rojak. Ada ulam kacang botol, bawang besar, nenas, udang kering, fish cake, serbuk kelapa dan kuah cicah. Mungkin spesies kerabu kot......

Mesti korang tau benda ni kan? Hehehehehe.... telur mata kerbau versi mini. Ni telur puyuh...sebekas tu sekali ngap masuk mulut je. Tengok cantik...tapi tak lalu nak makan kan?

Inilah floating market yang popular di Hatyai.... Dorang panggil Klonghae. Ni pandangan dari atas jambatan sebelum turun ke lokasi sebenar. Japgi kita turun....


Nasi ayam kuning yang popular di Thailand. Pi kedai mana pun ada menu ni....

Kakak ni jual kuih cara.... tapi takda lauk. Dimasak panas-panas tau.....

Yang ni pulak....kerabu rumpai laut. Nampak cam bihun letak cili padi. Berani cuba? hihihihihi

Gambar atas ni adalah bekas air untuk laicikang. Sebekas tu berharga 20THB, bekas boleh bawak balik umah buat letak pokok kaktus hehehehe

Ada macam-macam design bekas air yang diperbuat dari tanah liat. Semuanya berharga 20THB, sama ada beli bekas kosong, ataupun yang dah siap berisi air.

Ni aku punya..... air oren ultraman.... waaaacaaaaa!

Somtam....





Haaaa....mesti korang tertarik tengok benda ni kan? Warna-warni yang menyelerakan. Ini adalah jeli berinti yang dibentuk macam buah dan sayur. Memang menarik sangatttttt!

Ni jeli yang Batrisya beli. Menarik kan? Dalam jeli ni ada inti manis....taktau apa benda.... aku tak try pun. Batrisya cakap sedap je.... hihihihi

Makcik ni jual telur masin je. Pelik gak....taktau nak dimakan dengan apa. Maybe orang kat sini makan telur masin camtu je kot....

Sotong bakar ni fresh....memang terasa kesegaran sotong dan telur kat dalamnya.....nyam...nyam...... dicelup dalam sos pedas....fuhhhhh terangkat!

Bila dah makan pedas....kena la minum air. Hari ni saja aku minum 5 bekas teh ais..... semua dalam bekas buluh ni. Teh kat sini memang sedap....

Lepas dah kenyang perut...kami pun berjalan balik ke tuk-tuk. Kawasan kiri kanan jalan tadi semua dah dipenuhi peniaga dan pengunjung. Salah satu jualan yang takda kat tempat kita.... inilah dia....... jeng...jeng...jeng..... ulat beluncas, belalang, lipas dan banyak lagi serangga........

Yang ni pulak....bunga periuk kera yang disumbat pulut dan kelapa. Taktau la nak makan benda ni cemana....

Sebagai kenangan....kami semua tempah key ring sorang satu. Semuanya diperbuat dari kayu. Boleh pilih design dan nama yang nak dilekatkan pada kayu tu. Aku beli key ring bentuk blackberry hehehehehe

Dah ready nak balik..... driver tuk-tuk ni dah tarik muka masam sebab kami melebihi waktu yang ditetapkan heheheheheh


Dari floating market, kami terus balik ke hotel. Barang dah sarat...memang tak bleh nak singgah mana-mana lagi. So, kami balik bilik dan rehat kejap. Pas maghrib....kuar lagi.... pi massage pulok!


Massage kaki dan scrub.... tengoklah keadaan aku ni....macam orang praktis taekwondo wakakakaka
Kedai massage ni kepunyaan Mr Michel.... orang Malaysia. Dah 5 tahun dia berniaga di Hatyai. Dalam kedai ni ada bendera Malaysia terpampang besar. So, kalau korang pi Hatyai, boleh la singgah sini ye. Pakej urut yang ditawarkan pun murah dan tempat sangat selesa, siap dapat tengok dvd filem Hantu Kak Limah.


Lepas urut kaki dan mata.... rasa segar bugar.... So, kami minta Micheal panggilkan tuk-tuk untuk bawa kami pi pasar malam. Micheal kata pasar malam kat sana memang murah dan macam-macam ada.....


Ni kat pintu masuk pasar malam dorang. Susun atur tempat ni macam uptown kat tempat kita tapi mak aiiiiiiiii berlambak gerai jualan. Setakat 2-3 jam kat sana memang tak cukup!



Kasut jari buaya ni dijual dengan harga RM7 sepasang. Kasut dewasa tau. Barang-barang yang dijual kat sini semuanya murah-murah belaka. Boleh tawar-menawar lagi. Memang gila betoi la..... tapi sayangnya masa kami tak cukup. Kami sampai sana dah kul 8 malam dan pasar malam ni ditutup jam 9.30 malam huhuhuhu

Bila pasar malam dah tutup...kami pun naik tuk-tuk untuk balik ke kawasan hotel. Kami minta tuk-tuk benti di depan Grand Plaza Hotel untuk makan. Kat depan hotel ni ada banyak gerai makanan Islam, ada yang ready made, ada yang boleh dimasak kat situ macam tomyam dan sebagainya. Mula-mula aku beli bungkus nasi kuning dan ayam goreng panas ni..... sedapppppp!
Pastu kami melintas jalan dan lepak di gerai masakan panas kat depan tu pulak. Kawan-kawan nak makan makanan panas dan udang besar ni. Aku pun buka bungkusan nasi kuning kat sini gak ler... pastu belasah makan nasi goreng Kak Mazni pulok! hihihihihihihi
Udang ni dah separuh masak. Tapi bila kita nak beli, dia akan bakar sampai masak sepenuhnya dan dimakan dengan sos pedas manis. Udang galah ni dijual dengan harga RM5 sekor. Kalau dibuang kepala dan ekor, mungkin nilai isi udang ni lebih kurang singgit je hehehehehe
Untuk peminat pulut, boleh try makan pulut mangga Rabiah ni. Sangat popular di kalangan pelancong Malaysia yang pi sana. Tengok pulut dia....lemak betul.... dan buah mangga nampak kuning keemasan. Mesti sedap.... Aku tak try la sebab tak suka makan mangga masak. Kalau korang tak sure tempat ni kat mana, korang boleh cari hotel kat bawah ni. Waktu siang, depan hotel ni ada jual barang-barang souveniers je, takda tempat makan. Tapi bila malam menjelang.... depan hotel ni memang happening. Sekelip mata bertukar jadi Petaling Street!


Lebih kurang kul 11 malam (waktu Malaysia) kami naik tuk-tuk balik ke hotel. Actually tempat ni dekat je dengan hotel tapi kami dah letih nak jalan kaki.... naik jelah tuk-tuk RM2 tu hihihihi

Baca post sebelum ini

9 comments:

  1. Assalam..
    Antara blog tentang Hatyai yang sy dah search, awk punye yang sangat2 terbaik dan terperinci..
    terima kasih di atas pengalaman yg diberikan..hehehe

    ReplyDelete
  2. setuju... antara blog yg byk info.. cuma tercari2 ada tak kat sana tulisan Hat Yai yg besar2..mcm welcoming sign la org kata utk begambar..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah br sampai sini dan.menikmati 1st night. Mmg nak sgt makan pulut pauh rabiah..Rupa2 hotel kami (BURI sriphu) jauh dr situ. Thanks kak fod info. Malam Esuk WJJIB ku serang..heheheehe

    ReplyDelete
  4. Ni..org bujang. Saya nak tanya skit. Saya nak p hatyai nak tidoq semalam dua di sana, tapi tak berani psai ada kes bom meletup baru2 ni. Jadi boleh cik beri sikit gambaran sbenar. T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun plan nk p hatyai masa cuti krismas baru2 ni. Tp bila sy call pej imigresen bkt kayu hitam, depa tk galakkan rakyat m'sia p sana masa tu sbb risiko tinggi. Tp depa tidak melarang. Klau berani blh ja nk p sana. Ada kwn2 sy yg bwk famili bercuti di sana masa tu, alhamdulillah selamat. Apa2 pun,elok la call imigresen sana utk kepastian

      Delete
  5. penceritaan yg ringkas padat & gambar2 yg menarik

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..byk2 entri sy baca org bujang punya lbh detail cerita ttg Hatyai..dial dgn byk gambar. Seronok baca.

    ReplyDelete
  7. assalam, nak tnya, berapa sewa van utk satu hari? and driver dia pandai ckp malay x?then, bole x driver tu jdi tour guide kita. tq:)

    ReplyDelete
  8. Salam. Nombor bang ya tu boleh call tak?

    ReplyDelete