10 February 2011

2011 : Persediaan ke Beijing

Percutian aku kali ni sangat best. Bercuti di musim sejuk. Kali ni aku bersama kawan-kawan ke Beijing, China. Macam biasa.... kami tetap setia dengan Air Asia hihihihi. Beli flight tiket je, ground package kami beli berasingan. Kali ni sengaja kami pilih musim sejuk sebab tak pernah rasa salji kat Malaysia. Kalau ada pun, salji kat Genting Snow World dan Mines Wonderland je hehehe.

Kami beli tiket ni 8 bulan lebih awal untuk dapat harga promo RM620 seorang untuk pergi dan balik. Harga ground package pulak kami dapat dengan RM1000 seorang untuk 8 hari 7 malam. Murah kan? Harga ni untuk special tour tau, 1 transport, 1 driver dan 1 tour guide untuk layan kami berlima je, bukan kongsi dengan orang lain. Di Beijing nanti kami akan stay kat Dong Fang International Hotel di Wangfujing Street, betul-betul di pusat bandar. Kalau korang berminat nak amik pakej sama cam kami, aku leh rekemen travel agency ni kat korang, emel kat aku ok?



Masa mula-mula beli tiket dulu, macam-macam komen dan pendapat yang aku dengar tentang Beijing ni. Rasa suspen gak sementara menunggu tibanya hari berkenaan. Hari demi hari berlalu dengan cepat. Segala komen dan pendapat orang tentang negara China buat aku lebih bimbang. Mana tidaknya... lebih banyak aku baca blog dan website, lebih banyak lak komen negatif tentang Beijing. Toilet kotor, udara banyak habuk, peniaga bagi duit palsu, makanan tak sedap, barang belian rosak dan macam-macam lagi. Pendek kata... memang menakutkan! (tapi panjang tak kata tau).

Memandangkan percutian kali ni di musim sejuk, aku buat research (chewah!) selama 3 bulan sebelum tarikh bercuti. Macam-macam maklumat yang aku dapat. Bermula dari latar belakang Beijing dan tempat-tempat yang nak dilawati..... hinggalah ke maklumat losyen pelembab kulit yang sesuai untuk musim ni. Maklumat yang aku ada boleh buat buku panduan tau hehehehehe
Sebelum tiba hari yang dinanti, aku dah ready dengan tiket, hotel confirmation, itinerary dan contact person kat sana. Salinan pasport pun dah siap tinggalkan satu copy kat cousin di sini, mana la tau kot-kot dah sampai Beijing nanti tiba-tiba kena rompak dan pasport hilang, at least aku bleh dapatkan salinan dari Malaysia.
Untuk memudahkan korang yang berminat nak ke Beijing, sebelum beli tiket, sila check cuaca di sana melalui link ini http://www.travelchinaguide.com/climate/beijing.htm

Persiapan aku untuk 8 hari percutian musim sejuk adalah seperti berikut:
  1. Influenza vaccination (RM60 je kat klinik biasa)
  2. Olive Oil - brand Ginvera (kalau dah ada olive oil, tak perlu body lotion lagi)
  3. Body lotion - brand Vaseline (utk musim sejuk)
  4. Lip Balm
  5. Vicks (yang sedut melalui hidung tu)
  6. Panadol/Pain killer/ubat gastrik
  7. Minyak gamat botol kecil
  8. Plaster
  9. Koyok panas - untuk sakit urat tu
  10. Balm CNI
  11. Winter jacket - 1 helai
  12. Long John (thermal dress) - 1 pasang
  13. Stokin (wool) - 2 pasang - untuk musim sejuk
  14. Stokin (acrylic) - 4 pasang - untuk elak kaki lembab dan berpeluh
  15. T-shirt lengan panjang - 2 helai
  16. Sweater - 1 helai
  17. Jeans - 2 helai
  18. Hiking shoes - 1 pasang (klau ada winter boots lg bagus)
  19. Sarung tangan

16 comments:

  1. banyaknya nak kena prepare? mesti kah bawak benda2 tu semua?

    ReplyDelete
  2. tak semestinya...ikut keadaan. kalau musim sejuk, perlu ada brg2 ni semua, tp kalau musim lain, bawak ikut kesesuaian.

    ReplyDelete
  3. Slm.boleh bg contact no pakej...bila tarikh sis pegi? Taknak time salji yg tebal tue..email ke ctahyus@gmail.com kalau tak susahkan sis.

    ReplyDelete
  4. ctahyus@gmail.com,
    saya dah emel info.

    untuk sesapa yang berminat nak amik pakej ke Beijing, boleh call Twin Travel & Tours 03-41431414. harga bergantung kpd bilangan orang dan tarikh travel.

    ReplyDelete
  5. salam..sy akn ke beijing next week..tp xlame 9-13hb nov jer...tp rase mcm tkut pn ad nk ke sna..huhu..stkt ni sgla persiapn bju dll dan siap..tp sy xpsti cuaca ms itu..mgkin sjuk dlm 10-15clcius je..akk g sna btl2 musim sjuk ke?

    ReplyDelete
  6. Takda apa yg nak ditakutkan....beijing best. Klau dh ada kelengkapan yg cukup, cuaca sejuk bukanlah satu masalah besar. Bln Nov ni baru permulaan musim sejuk di sana, plg sejuk pun mgkin sehingga 4celcius je. Klau dh masuk bln Dis dan Jan, mmg blh capai -10celcius. Akak gi sana penghujung Jan, mmg sebelah malamnya suhu -10. Utk pastikan kulit tak meragam dlm cuaca sejuk, pastikan seluruh anggota badan disapu olive oil. Jgn guna losyen pelembab sebab losyen yg ada di pasaran kita tak sesuai dgn cuaca sejuk kering di sana. Selamat bercuti!

    ReplyDelete
  7. Salam..sis..influenza vaccination tuk apa?sy nk k beijing bkn 1 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suntikan vaksin influenza ni sesuai diambil sebulan sebelum berangkat ke negara orang. suntikan ni hanya untuk mengelak dari terkena jangkitan selsema atau tersumbat salur pernafasan. masa kami gi sana dulu, memang heboh dengan H1N1, jadi mmg kena amik suntikan ni. tapi kalau badan dah biasa dengan cuaca sejuk kat negara luar, tak amik pun takpa

      Delete
    2. Ooo...sy 1st time g musim sejuk2x..trip sy pd 4jan ni..sblum ni g musim summer.klu sy amik suntikan ni skrg..blh lg k?..n klu dh bli olive oil tu, mmg dh ok k klu xbli body lotion?.
      btw sis, sy mmg suka baca blog sis..detail explanation blh ikut cara sis g travel...

      Delete
    3. fungsi vaksin tu amik masa dalam 3-4 minggu untuk bertindak 100%. kalau nak travel tak sampai lagi sebulan, tak amik pun takpa, membazir je sebab by the time ubat tu nak berfungsi, awk mgkin dh blk sini. in shaa Allah takda apa2 jangkitan penyakit kt sana. lagipun gi sana time sejuk ni, kita sentiasa pakai glove kan? badan pun dah balut abis mcm ketupat, kuman pun susah nk berjangkit hehehehe

      klau awk beli olive oil botol besar, mencukupi utk lumur seluruh badan (klau berlaku gatal2 kulit). tak perlu ada lotion sbb lotion hanya utk melembabkan kulit dlm suhu yg biasa, klau dh cecah minus celcius, mmg lotion pun tak membantu. tp klau kulit awk jenis yg x sensitive, mgkin tak berlaku kekeringan teruk. klau nk jimat, bwk olive oil botol kecik, pastu bwk sebotol kecil minyak gamat. kedua-duanya membantu utk hilangkan gatal akibat kelupas kulit dgn cepat.
      terima kasih krn sudi singgah ke blog AOB. ada byk lg destinasi yg tak sempat akak nk cerita kat blog ni....tunggu ye.

      Delete
    4. Ooo....camni mmg xamik la vaksin tu..then sy bli olive oil la 2btl n minyak gamat..myk gamat ni xda jenis 2x special kan?sorry byk tnye pulak..kulit sy mmg sensitif..lg risau, takot bibir pun kering n pecah, sbb sy skrg alergic ng lip bam ni, lipstick pun sy xpkai.sy ada jugak bc blog kakak ni, dia mmg ckp body lotion ngara kita xsesuai.kena bli kat sana, ada 1 brand tu, dia ckp halal.
      waa..bestnya xsabar tggu akk cerita, sy mmg suka travel2x ni...len kali blh ikut cara akak..dulu sy travel g beijing n newzalnd pun plan sdr..n sy amik travel agency direct kt sana terus, byr siap2x, hotel boking agoda, pastu g jer k sana..

      Delete
    5. minyak gamat apa brand pun takpa. akak guna yg sticker kuning tu, harga singgit sebotol. bila dh gatal sgt, kulit jd terkopek dan pedih, masa tu mmg kena sapu minyak gamat. tp hal ni berlaku kt akak je, kwn2 yg lain takda masalah apa. dorg sapu olive oil dan lotion khas utk winter time (blh beli kt farmasi di sana)

      akak setuju...klau plan sendiri lg best, blh adjust ikut keperluan. tapi, ada negara yg mmg wajib kena amik package mcm beijing ni. klau kita gi sendiri, susah nk lawat tpt2 yg famous tu, masalah communication dan harga. klau negara omputeh, takda masalah nk gi sendiri2 je.
      selamat bercuti ye

      Delete
    6. Betul sgt akak...terima kasih byk2x ats info..nanti akak upload la lg trip2x akk..suka baca..n ada rezki, blh follow cara akak...:)

      Delete
  8. Salam. Boleh kongsikan details preparation n tour agen ke email sy? dark_brutal@yahoo.com. ..

    ReplyDelete
  9. Salam. Boleh kongsikan maklumat mengenai travel agent tersebut?.. sy plan ke beijing pd bulan april ni seramai 20 org. boleh emelkan ke almt emel sy nasribakhtiar@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Salamm kalu bukan februari hujung masihbmusim sejuk atau tidak

    ReplyDelete