11 February 2011

2011 : Beijing - Hari 1

22 Jan 2011 - Sabtu

Kami bertolak pada jam 8.30 pagi dari LCCT menaiki pesawat D72612 ke Tianjin. Waktu di China adalah sama dengan Malaysia, so takyah susah-susah nak adjust jam tangan. Semangat berkobar-kobar ni.....


Tiba di Tianjin Binhai International Airport pada jam 2.40 petang. Kami dah siap-siap pakai kelengkapan sejuk sebelum flight mendarat. Excited sangat kan....at least taklah kelam kabut nak masuk toilet airport untuk tukar baju winter. Aku dah siap pakai long john satu set, seluar jeans, tshirt lengan panjang, sweater dan winter jacket. Bila masuk ke dalam airport baru kami sarung glove dan serkup kepala dengan penutup di jaket. Kami tak beli snow cap, ingatkan nak beli kat Beijing nanti huhuhu sejuk gak otak seketika....



Proses pengesahan pasport di imigresen amik masa dalam 20 minit (sebab orang ramai). Bila keluar je dari pemeriksaan imigresen, driver dan tour guide dah menunggu kat pintu sambil pegang kertas yang tertulis nama salah sorang dari kami. Dengan confidentnya...kami terus p kat dorang. Keluar je dari pintu airport......baru terasa sejuk yang teramat. Time ni suhu -3 celcius dan angin kuat. Fuhhhh..... dalam beberapa saat....muka aku rasa cam dah takda pipi....semua rasa kebas. Bercakap pun keluar asap.....Nak keluarkan kamera untuk amik gambar airport pun tak terdaya...jari takleh nak gerak. Kaki pun tak tentu arah berjalan. Tak dapatlah kami merakamkan gambar kenangan di sini.
Perjalanan dari Tianjin ke Beijing amik masa dalam 2 jam dengan kenderaan biasa. Kalau nak cepat lagi, boleh naik bullet train, murah dan cepat (30min je). Tapi kami tak dapat try sebab pakej kami dah termasuk dengan transport dari Tianjin ke Beijing. So, terlepas peluang ni. Kalau korang nak ke Beijing nanti, boleh la try naik bullet train ye. Check jadual perjalanan bullet train kat sini http://www.beijingchina.net.cn/transportation/train/train-to-tianjin.html


Dah ada dalam van rasa lega sket sebab ada heater. Perjalanan ke Beijing melalui highway yang bersih ni...tak terasa masa berlalu. Di kiri kanan jalan kelihatan pokok-pokok yang dah tinggal ranting je, takda daun. Sungai semua dah beku. Ada juga nampak beberapa orang penduduk sekitar yang pecahkan beku sungai tu untuk memancing.
Gambar ni diambil dari dalam van yang ditutup tingkap, image kurang jelas. Cuba korang tengok di hujung bawah batang pokok-pokok ni berwarna putih kan? Aku ingatkan dorang letak pemantul cahaya takut kambing langgar pokok. Rupa-rupanya semasa winter, pokok-pokok ni akan disapu bahan untuk mengelak pokok ini mati akibat cuaca yang terlalu sejuk.

Perjalanan ke Beijing ambil masa kira-kira 2 jam. Sampai di Beijing, kami terus di bawa untuk menyaksikan acrobatic show. Dalam keadaan letih dan mata yang hampir tertutup, kami terpaksa ikut apa yang diarahkan oleh tour guide.


Kat depan dewan acrobatic show ni ramai peniaga jalanan. Ni salah sorang yang sedang menjual ubi keledek bakar. Dalam cuaca sejuk, memang sedap makan ubi panas-panas. Tapi aku tak beli la sebab nak masuk tengok acrobatic, takut berangin lak perut makan ubi. Ada yang dengar bunyi bom dalam dewan tu nanti hehehe


Dalam dewan ni memang penuh orang. Walaupun tempat tertutup, masih terasa sejuk, macam dalam peti ais. Time ni aku dah pakai 4 helai baju termasuk jacket kembung tu.

Acrobatic show ambil masa lebih kurang sejam setengah. Memang best! Terlopong mulut tengok aksi-aksi berani dorang ni. Bertambah terlopong bila tengok hero china yang hensem tu hihihi

Ni dah hampir selesai show. Kat luar dewan tu, ada meja jualan souveniers dan winter clothes. So, untuk sesiapa yang ke Beijing musim winter, boleh la beli kat gerai tu. Murah (dah tentu kena tawar) dan berkualiti. Barang-barang kat sini macam snow cap, long john, glove memang kualiti bagus berbanding yang dijual kat tepi-tepi jalan di luar bangunan. Kat sini aku beli snow cap (cam org mongolia tu) dan long john. Long john yang aku bawak dari Malaysia memang tak bleh tampung kesejukan pada masa tu. Rasanya kualiti yang dijual kat negara kita tak menepati keperluan cuaca sejuk di Beijing. Bazir je duit beli yang beratus ringgit di Sharafali's kat Jalan TAR tu. Lebih baik beli jaket kat bundle dan beli yang betul-betul sesuai kat Beijing. Murah dan berkualiti.
Lepas acrobatic show, kami dibawa ke restoran untuk makan malam. Restoran ni kat Wangfujing area... dekat je dengan hotel yang kami nak check in nanti. Ni aku dah pakai snow cap baru hehehehe harganya 10yuan je (RM5). Topi ni memang selesa sangat bila pakai, rasa cam kepala berbalut kain lembut. Cuma tak berapa cantik dilihat..... sekali pandang cam rambut anak gorila je hihihihihi

Inilah ahli rombongan aku... kami p berlima je, aku, Mazni Che Ismail, Nor Atikhah Mohd Norani, Mazni Alina Mohamad dan si kecil yang comel tu...Nur Hana Batrisyia Hishamudin.


Ha... yang berdiri senyum simpul tulah tour guide kami. Namanya Tracy Liu Xiao Yun. Boleh berbahasa Inggeris, Rusia dan China. Baik sangat dan suka bercerita. Dia akan pastikan makanan kami dihidangkan dulu barulah dia beredar ke meja tour guide.

Selesai dinner, kami terus dibawa ke Dong Fang International Hotel untuk check-in. 5 stars hotel di tengah bandar. Urusan check-in dan amik kunci dibuat oleh tour guide, so takda masalah. Cuma kami perlu bayar deposit 200 yuan untuk setiap bilik sebagai tanda jaminan yang kami tak akan curi barang-barang hotel untuk bawa balik ke Malaysia hehehehe
Actually kami yang pilih hotel ni, hasil dari kajian aku melalui berita di internet, hotel ni ada di lokasi yang strategik.... mudah nak ke mana-mana walaupun tanpa tour guide. Konon-kononnya...kami plan nak jalan-jalan sendiri je di kawasan persekitaran lepas tour, tapi bila masuk hotel je terus rasa tanak kuar lagi dari bilik..... sejuk sangat. Time ni suhu dah cecah -10c grrrrrrrr

Kami dapat 2 bilik di tingkat 8. Dari tingkap bilik boleh nampak Forbiden City dan Wangfujing Street. Sebaik saja kami masuk bilik, datang 2 orang pekerja hotel untuk menampal arah kiblat sebagai panduan untuk kami. Bagus kan? Dorang memang menghormati kita yang Islam ni.


TV dalam bilik ni ada 24 channel, ada 4 channel bahasa Inggeris. Jadi, takda masalah untuk yang susah nak lelapkan mata, boleh tengok movie sampai pagi.


Malam pertama..... tak dapat lena langsung sebab terlalu sejuk. Mana tidaknya..... aku salah adjust heater dan air-cond. Kedua-dua controller tu sama je, takda label apa-apa, aku hentam jelah. Aku slow heater dan kuatkan air-cond....... apa lagi..... berzikir sakan la aku dengan kak mazni duduk bersila atas katil malam tu hihihihihihi

POST SEBELUM INI

6 comments:

  1. Masih belum sempat ke Beijing lain,insyaallah akan sampai masanya juga sibuk dok mentiapkan Ride sekitar Indonesia....Jom..jalan

    ReplyDelete
  2. zmah..thanks for comment.
    kena p beijing gak satu hari nanti, mmg syurga beli belah.

    ReplyDelete
  3. mak long nak g lagi beijing byk benda x sempat beli..FM x sempat beli

    ReplyDelete
  4. Dah tempah tiket utk bulan Nov. nanti
    tentu sejuknya...

    ReplyDelete
  5. Assalam, nak tyer...ni guna travel agent ape yer? Braper charge? Tqvm

    ReplyDelete