Tak sangka ye....dalam diam-diam blog AOB ni ada peminat sendiri. Terima kasih kepada mereka yang selalu emel bertanya perkembangan terkini AOB dan tak sabar-sabar nak tau cerita AOB seterusnya. Cerita terkini.....tentang percutian aku di Krabi dari 24-26 Sept yang lalu. Jom tengok....
Kami beli tiket ni kira-kira 8 bulan yang lalu, masa baru balik dari Beijing dulu. Aku dengan geng jenjalan beli pakej ni dari Air Asia Go Holiday untuk tiket dan hotel. Tak mahal sangat.... sesuai dengan kemampuan aku yang tak berapa mampu ni hehehehehe
Jam 10.00 pagi aku dah kuar umah untuk pi sarapan kat Restoran Embun Urai di Puchong. Lepas bekfes aku dengan Kak Mazni terus ke Putrajaya Sentral untuk naik ERL ke LCCT. Kali ni aku park keta kat parking berbumbung yang disediakan kat Putrajaya Sentral, tempat parking yang luas dan selamat untuk keta kita. Bayarannya cuma RM2 untuk sekali masuk atau RM5 untuk parking melebihi 15 jam. Jadi, untuk keta aku bermalam 3 hari 2 malam di situ, kena bayar RM15 la. Ok kan?
Dari Putrajaya Sentral kami beli tiket ke LCCT. Kaunter akan bagi 2 tiket, satu untuk ERL ke Salak Tinggi dan satu tiket lagi untuk bas Plusliner ke LCCT. Kalau korang nak tau, tiket bas ke LCCT ni hanya dijual kat kaunter ERL Putrajaya ni je tau. Kat Salak Tinggi takda jual tiket bas. So, kalau korang nak pi LCCT dari Putrajaya, kena beli siap-siap tiket LCCT. Dari Putrajaya ke Salak Tinggi amik masa dalam 5-6 min je.
Bila sampai kat Salak Tinggi, turun je escalator, bas plusliner dah sedia menunggu kita. Apa lagi...naik jelah. Lebih kurang 15 min....sampai kat LCCT. Oleh kerana kami dah buat web check-in, sampai LCCT kena cop pengesahan di kaunter customer service dulu sebelum dibenarkan terbang. Bila dah selesai semua.... boleh la berkawat masuk ke flight hehehehe
Perjalanan dari LCCT ke Krabi amik masa sejam lebih. Tapi bila sampai sana, waktu Thailand lambat sejam dari Malaysia, rasa cam perjalanan 10min jelah hehehehe
Lepas mandi, kami terus sewa motor dari hotel. Harga cuma 250THB untuk 24 jam. Murah je kan? Isi minyak 50THB, boleh ronda seluruh Aonang Beach.
Kami lunch di restoran India muslim kat tepi kedai jahit ni. Makan nasi dan 3 jenis lauk-lauk biasa, mahal nak mampus dan tak sedap langsung. Masa tengahari tu kami dah lapar sangat, cari kedai makanan Islam pun tak jumpa. Asyik nampak kedai mamak dan arab. Lepas makan, kami ronda jauh sket.....
Antara souvenier yang unik.... tuk-tuk replica yang diperbuat dari tin minuman. Aku beli satu je untuk diri sendiri, 100THB sebiji. Mahal gak kan?
Fridge magnet ni pun berharga 100THB sepeket.
Kami ronda sana sini sampai tak sedar masa berlalu.......sehinggalah kelihatan mentari merah melabuhkan layarnya...... chewahhhhh
Aku dengan Syarina....ex housemate yang dah mengakhiri zaman bujangnya....
Lepas maghrib, kami ronda lagi... kali ni lagi meriah. Penuh gerai jualan di kiri kanan jalan dan gerai makanan Islam pun banyak. Rupa-rupanya dorang ni berniaga sakan waktu malam. Sib baik hotel yang kami sewa ni berdekatan dengan semua tempat ni. So, senang la kami nak balik hotel dan kuar balik berulang kali.
Gerai ni di antara deretan gerai di tepi jalan kat Aonang Beach. Ada banyak gerai makanan Islam kat sini, so takda masalah nak makan apa-apa pun. Harga pun tak mahal sangat, sama je kat warung di tempat kita. Yang paling istimewa....makanan wajib try di Krabi....Pancake (a.k.a. roti canai) wakakkakaka
Tengoklah menu dia.... macam-macam jenis pancake ada. Malam pertama kat Krabi, kami memang makan pancake gerai kakak ni. Sedap betul!!! Rotinya garing.... macam biskut.
Cara buat pancake ni sama macam mamak buat roti canai tapi pancake lebih nipis dan garing, kemudian dipelbagaikan dengan inti yang beraneka jenis. Takda kat tempat kita tau....
apa nama hotel tu? mcm best jer
ReplyDelete