16 November 2011

Pembedahan : Buang Hempedu

Hai semua....

Sorry dah lama tak update blog AOB ni. Kepada pembaca setia, TERIMA KASIH kerana tak jemu bertanya cerita terkini AOB. Untuk makluman korang semua, aku baru saja keluar hospital 3 minggu yang lalu kerana menjalani pembedahan membuang hempedu dan appendic. Lepas pembedahan, aku bercuti sakit di kampung selama 17 hari. Meh aku citer cemana berlaku.....

Sebenarnya aku ni memang selalu sangat sakit perut, angin. Rasanya sejak remaja lagi aku dok sakit perut kembung ni. Bila pi klinik, doktor bagi ubat angin dan gastrik, alaaaa.... ubat putih yang meloyakan tu. Selalunya memang ok je pas sapu bam CNI. Tapi sejak 12/10/11, perut aku makin kembung dan banyak angin. Pinggang pun makin sakit. Makan ubat pun tak berkesan. Bila masuk makanan sket, terus perut kembung, rasa sengkak semacam. Dari klinik di Puchong, aku pi pulak ke klinik di Cyberjaya. Doktor kata aku gastrik dan kena telan ubat putih tu kerap sket. Telan punya telan, perut dah macam belon. Heran tul....

Pada 19/10/11, lepas lunch nasi dengan lauk masak kerutuk itik, perut aku makin sakit dan makin besar macam orang mengandung 3 bulan. Balik office terus muntah. Perut makin kembung dan sakit. Lepas je keja, aku terus pi Klinik Fauziah kat Ampang untuk amik ubat yang lebih baik. Sampai kat klinik lebih kurang kul 7 malam. Bila doktor check, dia terus suspek ada batu dalam hempedu. Pada mulanya memang aku tak caya sangat cakap doktor tu sebab dia cuma pegang-pegang je perut aku dan terus cakap ada batu. Biar betullllllllllll!



Dengan muka yang tak yakin langsung, aku pun terus buat ujian ultrasound. Pastu....OMG! memang sah ada batu saiz 2cm dalam hempedu! Doktor kata batu dah besar sangat dan kena buat operation segera. Then, klinik buat surat refer aku ke Pantai Hospital Ampang. Malam tu juga kena pi hospital. Apa lagi....muka aku terus bertukar purple la....takuttttttttttttttt

Sampai di Pantai, aku pi ke bahagian emergency. Tunggu punya tunggu, datang sorang MO dan terus nak soh aku masuk wad malam tu gak. Aku cakap tanak sebab tak bawak baju dan kelengkapan. Lepas kawtim apa yang patut, dia benarkan aku balik umah dan soh aku datang seawal pagi esoknya untuk terus berjumpa pakar. Aku pun setuju la. Keesokan pagi, kul 8 aku dah terpacak kat klinik pakar Pantai Hospital. Masuk je dalam bilik doktor, dia terus soh aku sign beberapa borang untuk masuk wad segera dan kena operate kul 3 petang. Mak aiiiiiii.....panik betul.....semua segera. Sib baik masa tu aku pi dengan Kak Mazni. Dia yang banyak tanya doktor itu dan ini. Aku memang dah blur sangat.....otak ni macam dah stop dari berfikir. Aku sign je apa-apa borang yang doktor bagi dan bersedia untuk dibedah.

Bila memikirkan takda siapa yang boleh temankan aku di hospital untuk pembedahan dan takda siapa juga nak jaga aku selepas pembedahan, Kak Mazni cadangkan untuk aku balik operation di Kedah. Time tu baru aku kol abah untuk ceritakan apa yang berlaku dan abah minta balik segera. Aku pun setuju dan minta Pantai buat surat rujukan ke Kedah Medical Centre (KMC). Sementara tu, aku dah siap-siap makan ubat tahan sakit untuk bertahan sebelum sampai ke Kedah. Sebelum balik, member aku dah tolong buat appointment dengan doktor di sana untuk cepatkan proses.

Nak dipanjangkan cerita, tiket flight ke Kedah haritu pulak semua penuh. Nak tak nak, kena balik dengan keta gak. Keluar dari Pantai, kami terus balik ke umah aku di Puchong untuk amik kain baju dan anak aku yang berbulu tu... Lara Farhana. Lebih kurang jam 2 petang, kami bertolak balik ke Kedah. Sampai di Alor Star kul 7.30 malam dan kami terus ke KMC untuk jumpa doktor yang in-charge, Dr Manisekar. Selepas sejam pemeriksaan, Dr Mani minta untuk aku terus dimasukkan ke wad sebab kena buat pembedahan keesokannya. Lepas dah buat pendaftaran wad dan pakai gelang KMC, aku minta kebenaran doktor untuk balik umah sekejap untuk bagitau hal ni kat mak dan abah. Sampai umah, aku terus mandi dan siapkan beg untuk check-in di KMC hehehehe
Aku sampai di KMC lebih kurang kul 11.40mlm dan terus ke wad tingkat 5. Masuk je wad, nurse terus datang bagi ubat tahan sakit dan ubat angin. Pastu pasang drip.....Sepanjang malam aku tak dapat tido lena. Makcik kat depan aku tu kuat betul berdengkur, bergema satu bilik. Selain dari main game kat galaxy, aku cuma dok tengok salur drip ni yang kejap-kejap tersumbat, bengkak cam tangan popeye.

Bila hari dah siang, baru rasa best sket sebab dapat tengok kat luar tingkap kereta yang lalu lalang. Bosan gila dok hospital ni. Nak tengok tv pun tak bleh sebab orang sebelah asyik hala tv tu kat dia sorang je huhuhu

Lebih kurang kul 7.30pg, mak abah dan kak Mazni sampai. Pastu pak lang, mak lang dan pak long pun sampai. Dah tengok orang ramai-ramai ni lagi rasa panik nak operate hari ini. Kul 10pg nurse datang dapatkan sign aku untuk beberapa borang bagi proses pembedahan nanti. Aku sign jelah semua, apa lagi nak fikir. Kalau boleh, nak soh dorang operate secepat yang mungkin. Lagi tunggu, lagi takut. Kul 10pg nurse datang untuk bawak aku pi buat ultrasound. Kali ni ujian ultrasound dibuat menyeluruh ke semua organ dalam perut ni. Time tu aku masih berharap bahawa batu dalam hempedu ni takda.... tapi ternyata harapan yang sia-sia la, batu memang jelas nampak dalam hempedu huwaaaaaaaaaaa

Kul 11.30 pg aku dah bersiap sedia untuk ke bilik operation. Bila dok terbaring atas katil ni, rasa jauh sangat perjalanan nak sampai ke bilik bedah. Saspen......

Semua yang ada datang temankan aku sampai ke bilik bedah. Sampai di pintu bilik bedah, cuma mak sorang yang dibenarkan masuk ke dalam. Itupun sampai ke stage pertama je....iaitu sesi bertukar katil dan penyerahan urusan kepada staf di bilik bedah. Masa kat dalam tu, aku disoal beberapa soalan untuk kenalpasti identiti pesakit. Lepas semua selesai, aku disorong ke stage kedua....iaitu di bilik pengasingan untuk tenangkan diri. Oleh kerana aku dah memang dalam keadaan yang tenang, blood pressure pun cun, dorang terus sorong aku ke bilik bedah. Punya la lajunya dorang sorong, rasa cam kat dalam drama omputeh ER tu pulak hehehehe

Masuk dalam bilik bedah, aku diangkat ke katil besi yang tersedia di bawah lampu yang besar-besar dan lengkap peralatan pembedahan. Aku tengok sana sini.... ramai gak staf dalam tu, rasanya ada dalam 8 orang yang akan kendalikan operation aku ni. Bila tengok dorang kelam kabut pasang alat itu ini, aku lagi bertambah takut. Beberapa minit lepas tu, pakar bius pun sampai. Lepas perkenalkan diri, Dr Amin terus explain kat aku yang dia akan bagi 3 suntikan ubat bius untuk bagi aku lena dengan nyenyak. Lepas masuk suntikan pertama, aku rasa mcm ada air sejuk yang bergerak dalam sel kulit. Lepas suntikan kedua, mata kiri aku terus tertutup otomatik. Yang kanan masih terbuka hehehehe dan lepas suntikan ketiga......padam terus zZzZ


Gambar ni aku amik dari Laman Kesihatan di internet. Aku nak tunjukkan kat korang inilah pembedahan yang aku buat, dikenali dengan nama Laparaskopik Kolesistektomi iaitu satu kaedah yang dijalankan menggunakan laparoskop - sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. Teknik ini juga dipanggil sebagai Teknik Lubang Kekunci (Key Hole Surgery) di mana pundi hempedu dan batu berkenaan dibedah dengan menggunakan peralatan laparoskopik tanpa membuat luka yang besar pada badan. Kaedah ini tidak akan meninggalkan parut yang besar dan lebih cepat sembuh.

Inilah hasil pembedahan perut aku....batu dalam hempedu dan appendic. Lepas selesai operation, Dr Mani terus bawak hempedu ni untuk ditunjukkan kat mak dengan kak Mazni yang ada diluar bilik bedah. Nampak biji hitam tu? Itulah batu (warna hitam) yang ada dalam hempedu aku dan yang terbelah tulah pundi hempedu. Yang kecik kat sebelah kanan tu adalah appendic. Masa operation, Dr Mani tengok appendic pun dah bengkak, jadi dia decide untuk buang sekali appendic. Alang-alang dah tebuk lubang, buang jelah apa yang patut hehehehe
Setelah 2 jam pembedahan, aku dikejutkan oleh suara-suara nurse yang memanggil-manggil aku berulang kali. Mata dan mulut memang tak boleh buka, tapi aku boleh angguk kepala bila dengan dorang panggil. Lepas tu, terus tak sedar semula sehingga ke malam. Bila aku sedar, mak, abah, adik dan Kak Mazni dah ada di sisi. Time tu aku cuma boleh buka mata tapi tak boleh bercakap. Mulut boleh gerak tapi tak dapat sebut perkataan pun. Luka di perut memang terasa sakit sangat. Malam tu memang aku kena teruskan puasa sehingga esok. Mak dengan kak Mazni terpaksa tido kat wad sebab aku tak dapat bergerak dan perlukan bantuan.

Keesokannya, aku minta discharge. Walaupun masih sakit, aku nak balik umah gak sebab dah tak tahan terbaring di hospital. Lagipun kesian kat mak dan kak Mazni yang dok jaga aku kat situ. Dorang lagi bosan....dok kat kerusi je siang dan malam.

Lepas discharge, aku berehat di umah untuk 3 minggu dan setiap minggu kena pi hospital jumpa Dr Mani untuk follow-up. Dalam seminggu lepas pembedahan, aku memang tak bleh bergerak sangat. Nak bangun dan tido pun kena dipapah, sakitnya Tuhan saja yang tau. Terasa macam ada pisau kat isi perut, bila bergerak sket, terus rasa dihiris luka. Selama berada di rumah, makan minum semua kena pantang. Hari-hari mak masak haruan dan aku cuma boleh minum air kosong. Camtulah kisah aku yang kehilangan hempedu...... sekarang ni, aku masih kena pantang makan dan ada jenis-jenis makanan yang aku dah tak dibenarkan makan selama-lamanya.

Inilah Dr Manisekar, pakar bedah yang menjalankan pembedahan Kolesistektomi Laparaskopik dan Appendicectomy ke atas aku. Doktor ni adalah Consultant Surgeon dari Hospital Besar Sultanah Bahiyah Alor Setar dan beliau merupakan visiting surgeon untuk beberapa hospital swasta dan kerajaan di sekitar KL dan Selangor juga. So kalau korang atau ada sedara mara yang nak dapatkan khidmat beliau, boleh hubungi terus no. henfon yang ada kat bawah tu. Mungkin boleh berjumpa beliau di mana-mana hospital milik KPJ atau hospital besar kerajaan.
Bawah ni aku letakkan sket maklumat tentang penyakit batu dalam hempedu untuk korang pengetahuan korang. Mana la tau kot-kot ada yang mempunyai simptom macam aku, boleh la cepat-cepat pi check kat klinik. Jangan tangguh.

Maklumat di bawah ni diperolehi dari petikan Laman Kesihatan dalam internet. Sumber maklumat adalah daripada Dr Hairol Azrin Othman, Pakar Runding Pembedahan, Pusat Perubatan UKM.

Fungsi hempedu
Hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu.

Biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi. Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal. Dalam keadaan ini, pundi hempedu mestilah dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang.

Simptom batu dalam hempedu

Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan. Bagaimanapun, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom tersebut.

Ada 2 jenis kesakitan yang disebabkan oleh batu hempedu:

1. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak.

2. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik.

Simptom-simptom

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

2. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertuukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. Selalunya rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, ia akan menular ke belakang atau bahu kanan. Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang itu mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu, ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.

3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Ada kalanya batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui kuktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil. Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

4. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, wana kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap dan demam panas dan sejuk, sila dapatkan rawatan kecemasan.

Faktor-faktor risiko

1. Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.

2. Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.

3. Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekaligus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.

4. Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Jenis-jenis batu karang hempedu

1. Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80% batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

2. Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

3. Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Kalau korang ada simptom-simptom yang dinyatakan di atas, pi la cepat-cepat jumpa doktor dan buat ujian ultrasound. Kadang-kadang kita tak amik kisah sangat pasal sakit yang kecik-kecik ni tapi bila dah jadi besar, bertambah susah nak merawat. Actually batu karang dalam hempedu ni boleh dirawat tanpa pembedahan sekiranya batu-batu masih kecil. Amalkan makan lobak putih.....In Shaa Allah batu-batu kecil akan dibuang melalui air kencing saja. Tapi kalau dah besar, kena la buang hempedu macam aku ni. Batu  tu bleh disimpan buat cincin kahwin nanti hehehehehe

13 November 2015

Terima kasih kpd semua yg bertanya dan komen tentang pembedahan membuang hempedu. Ramai juga yg emel aku personally, nak tahu keadaan aku selepas takda hempedu ni. Untuk memudahkan semua, mai sini aku nak habaq.....

Untuk 3 bln pertama selepas buang hempedu, aku masih menghadkan pergerakan, elak dari membuat kerja-kerja berat seperti angkat pasu, angkat almari, angkat katil dan semua yg berat2. Tapi kerja-kerja biasa mcm kemas umah, cuci kereta, angkat fail pejabat, memasak, cuci bilik air, aku dah boleh buat mcm biasa. Dari segi pemakanan, memang aku pantang makan makanan yg berlemak dan bersantan selama 8-9 bln. Nak tau kenapa aku pantang? Sebabnya.....kalau belasah gak makan semua tu, aku terus kena cirit birit untuk beberapa hari. Kalau tak pantang, jenuh masuk toilet. Ada 1 benda yg aku tak boleh makan sejak selepas buang hempedu sehingga pertengahan 2014, iaitu taugeh. Kalau 'ter'makan sikit pun, perut terus kembung mcm nak pecah. Senak. Jenuh lumur minyak angin dan makan ubat, baru ok sket.  Tapi sekarang semua dah boleh makan mcm biasa. Dah tak rasa apa-apa.....sampai kadangkala terlupa yg aku dah takda hempedu hehehehe

Nasihat aku kat korang yg dah ada batu dalam hempedu, tolong dapatkan nasihat doktor (beberapa doktor) tentang simptom2 yg dialami dan cara mengatasinya. Kalau dah scan, boleh nampak batu dalam hempedu tu, tak payah la korang nak pi cuba kaedah perubatan tradisional atau alternatif lain yg didakwa oleh sesetengah orang dapat menyembuhkan penyakit ini tanpa perlu pembedahan. Kaedah alternatif biasanya mengambil masa yg lebih panjang dan dalam tempoh tersebut, korang terpaksa tanggung rasa sakit. Orang ramai boleh cakap apa saja, boleh bagi cadangan mcm2, tapi yg tanggung kesakitannya hanya tuan punya badan. Kalau korang yakin dan memang nak elak dari kehilangan hempedu, boleh la cuba.

Alhamdulillah....setelah 4 tahun berlalu....aku masih sihat malah makin cergas dari sebelum ini. Jadi korang janganlah takut untuk hadapi apa saja yg bakal berlaku. Tambahkan pengetahuan dan yakinlah dengan apa yg korang buat, In Shaa Allah....semuanya akan pulih seperti sediakala.



55 comments:

  1. info yg sgt berguna dan membantu. thanks dear

    ReplyDelete
  2. Semoga siht sejahtera selepas ini...mesti makan yg berkhasiat ya....

    ReplyDelete
  3. salam, jaga diri wan yer ..... makan ubat dan makanan yang berkhasiat. Moga cepat sembuh ....

    ReplyDelete
  4. eh samalah... saya pun dah buang hempedu... saya lagi awal operate... akhir bulan 3 2011... tapi alhamdulillah saya tak de pulak rasa macam kena hiris pisau kat perut tu... sebaik sedar dari operation... saya muntah then boleh bergerak seperti biasa... alhamdulillah...

    moga wan tidak lagi sakit2 selepas ini... amin...

    http://dialoguda.blogspot.com/2011/04/akhirnya-hempedu-dibuang.html

    ReplyDelete
  5. Saya salah seorang yang telah dibuang pundi hempedu.Dibedah pada 06/06/2012 di UKM Specialist Centre oleh DR Hairol Azrin Othman.

    ReplyDelete
  6. Assalam,
    Baru jer lepas bedah buang hempedu 2 hari lepas 18/7/2012 di Hospital Pakar KPJ Penang, dah discharge dan sekrg ni baring di katil dan tak boleh banyak, kesakitan masih terasa. kesian kat anak2, umi sakit dan tak boleh masak untuk sahur dan buka puasa.

    ReplyDelete
  7. saya pon dah takde hempedu. operate 13.6.12 yang lepas. tapi malangnya, luka pembedahan terpaksa dibuka selepas seminggu operation sebab ada infection. menyebabkan hampir 2 bulan luka terbuka dan akhirnya bercantum. mula-mula kena buat kaltostat dressing. hampir sebulan lebih. kemudian sambung dressing biasa buat kat rumah je. parut pon tak cantik. macam termasuk ke dalam. selain dari tu, tengah2 bahagian perut ditebuk untuk T-tube cholangiogram. tiub dimasukkan utk alir keluar cecair hempedu. selama 6 minggu duduk ngan tiub je. baru bukak 2 minggu lepas.

    ReplyDelete
  8. Sya dh buang pundi hempedu 15/3/2012?..buat open surgey doktor try buat key hole tp x berjaya last2 kena open gak sakitnya hya tuhan yg tahu n doktopn ckp kita leh mkn ape2 saje cam bese so i bedal je la tp skg rase ngilu kt bahagian abdomen kanan dh terase blk n angin pn dh mula byk blk sama cam sblum operate dlu i bimbang sgt2 i skg ni kena batu dlm hati lak....hu hu hu bimbang sgt2 ni xkan nk kena belah balik perut nih x spi setahun pn...hu hu hu

    ReplyDelete
  9. good info..saya ada kenal sorang trainer ni.. de pon ade batu jugak tapi de pilih tidak melalui operation. sebab kesakitan de tuh 90% jugak hampir tak boleh memegang ape pon bile dah sakit. de ambil pendekatan dgn minum extra vrigin oil + lemon panas dan jugak extract epal ijau selama seminggu. yang herannya batu2 de yg besar 2-3cm tu boleh hancur kecil2 dan keluar dgn selamat melalui du***.. (sambil tunjuk gamba batu2 kecil de tu kat saya)so de pesan even nak mkn ape2 sahj..kene bersenam..ye senamaan tu sgt2 penting which saya pon kdg2 amat malas nak buat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon bertanya macam mana amalkan pendekatan tu...maksud saya cara makan virgin oil dgn lemon dgn jus epal tu...mohon email ke saya roslanatwork@gmail.com

      Delete
    2. MAAF SAYA NAK BERTANYA PSL PETUA NI. saya pun baru tau sy de batu kat hempedu, de 4 biji. doc suruh buat operation, tp kalau boleh sy xnak operation. yela, sy ni atlit aktif dkm badminton, hari ahad ni lak sy de pertandingan bdmtn. skrg xsakit, sbb mkn antibiotik yg clnc bagi. betul ke petua ni boleh membuang batu dari hempedu tanpa operation? Mohon emel saya di cass_zee@ymail.com.... sharing is caring. bantu lah saya

      Delete
  10. terima kasih kerana... info ni...saya pun tgh cari maklumat tentang penyakit ni...tapi bukan saya yg kena...ayah saya yg kena....ni tgh tggu temujanji dgn doc...dkt hospital selayang....harap2 ok lah...terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Thx for sharing. Saya pun masih lg teragak2 nk proceed wt d op ke x esp bila baca ada bbrp pesakit yg mengalami masalah angin slps op. Saya mmg ada masalah angin yg teruk...so risau dh ni..takut nnt masalah lain pulak yg dtg..hmmm..

    ReplyDelete
  12. Saya bru lepas menjalani operatiaon 3 hari yg lepas.. sy ingin tahu jenis makanan yang perlu dielakkan selepas tiada lagi pundi hempedu.. kerana doc cakap makan sj seperti biasa. Tapi sy takut penyakit akan datang balik... tolong share ye.. janedward8790@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Salam, sya br disahkan ada batu dalam hempedu. Sebesar 0.5cm doktor pakar bg masa kat sya utk operation..skrg nie sya try buT rawatan traditional dgn minum air rebusan serai selama 9 hari...skrg nir br masuk hari ke 6 ...hrap2 bt tu hilang dgn sendirinya..doakan ye takutnya nak jalani operation klu ada apa2 petua boleh kita kongsi

    ReplyDelete
  14. T.kasih atas info yang diberi...sgt2 berguna pada saya

    ReplyDelete
  15. Asalam..
    Terimakasih atas catitan
    Saya sekarang masih di dalam wad di PMC Melaka. DR beri peluang untuk buat keputusan sama mau operate or tak tapi jangan lama sangat.. sedang dalam delima untuk yang terbaik buat diri sendiri.
    Artikel ni banyak membantu pemahaman saya tentang sakit batu karang di hempedu.. terimakasih admin

    S

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kpd semua yang memberi komen. Maaf lambat reply. Tak sangka lak ramai yang senasib dengan saya. Alhamdulillah, selepas 6 bulan, saya dah tak rasa apa-apa, sampai terlupa yang saya dah takda hempedu. Doktor pesan, lepas buang hempedu, tak bleh makan makanan yang berlemak dan berminyak. Kalau makan tak pantang, takut beri kesan buruk pada hati plak nanti. Tapi, saya memang dah lupa diri....hentam makan serba-serbi erkkkkkkk

    ReplyDelete
  17. Salam...hai...sy pn baru 2 bulan lepas buang hempedu..time raya lak tu...tp sy mcm risau sbb masih rasa pedih perit n ngilu kt bahagian abdomen kanan...hempedu sy bernanah dan dah ada infection...biasa pembedahan tebuk 3 lubang ni doc ckp xperlu jahit tp sbb sy pnye dh bernanah luka takkn cantum dgn sendiri..kene jahit kt pusat dan sebab batu hempedu tu besar dia koyakkn sket pusat dan pecahkan batu tuk keluarkan..2 hari kene pakai tiub dr hempedu tuk kuarkan baki nanah...dh clear baru boleh discharge...

    Makanan apa yg tak boleh makan ek..ade spesifik diet tak? Sy nk tau...huhu..skrg ni rasa pedih perit lg la kt abdomen kanan...agak2 normal tak? Sbb br 2 bulan lebih operate...sy sgt risau....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yemmy,
      untuk beberapa bulan selepas pembedahan, perut memang akan terasa nyilu dan pedih. kita akan terasa perut semakin sensitif dengan banyak perkara. paling penting, kena jaga makan minum. kalau ikut nasihat doktor, orang yang takda hempedu ni, langsung tak dibenarkan makan yang berlemak seperti santan, susu, bahagian lemak pada daging dan ayam dan macam-macam lagi. banyakkan makan menu yang berasaskan rebus sahaja (tanpa minyak). ini yang sebaik-baiknya. tapi, hanya sebilangan kecil je yang boleh berpantang macam ni kan.... so, selagi rasa saki dalam perut tu, selagi tu kena pantang betul-betul ye. kalau dah tak rasa sakit, boleh la nak makan apa saja tapi cuba dalam kuantiti yang sikit dulu. saya pun dulu terpaksa pantang selama 3 @ 4 bulan sebab kalau tersalah makan (pedas/lemak/berminyak), perut terus sakit dan cirit birit. so, kalau tanak pantang, sendiri yang rasa sakit hehehehehe

      saya dulu pun doktor belah sket kat pusat untuk masukkan alat operation. memang ada kesan jahitan dan kalau gosok pusat tu kuat-kuat, memang rasa sakit sampai sekarang walaupun dah hampir 2 tahun pembedahan tu.

      untuk pemakanan, sekarang ni saya memang tak pantang langsung kecuali kobis dan tauge. yang lain semua saya makan. maklumlah, bila tak rasa sakit, memang kita lupa yang kita sebenarnya dah takda hempedu hehehe

      Delete
    2. Alhamdulillah...thank u sgt2 dear admin sebab share info ni... ;) sy kene cari info sendiri kt blog2 and google sebab doctor yg operate sy entahla...consultation yang menghampakan...semua bantai boleh je...semua ok je..huhu..tapi yelah sebab dia tak rasa kn...hanya yang dah penah alami je faham..

      Tp mmg susah betul nk berpantang...pantang jumpa je yang ada..maklum la selera dah pulih..hehehe..

      InshaAllah mmg akn berhati2 bab makan lepas ni..thanks again! Muaahh! ;)

      Delete
  18. berapa kos untuk buang batu karang di kmc? saya bercadang untuk hantar ayah saya dekat kmc untuk buang batu karang dalam kidney

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kpd yg bertanya...

      Kos pembedahan dan penginapan di wad berjumlah RM14,400. Kos ini akan berbeza bergantung kepada jenis pembedahan dan tahap kritikal sesuatu penyakit. Mungkin kalau untuk pembuangan batu karang dalam buah pinggang agak berbeza dengan hempedu. Kalau buang batu saja, murah sket,, tapi saya buang hempedu dan appendiks sekali.

      Untuk makluman, Dr Manisekar adalah pakar bedah di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan hanya akan ke KMC untuk pembedahan yang tertentu sahaja. Jadi, bayaran perkhidmatan untuk doktor pelawat dan doktor tetap di KMC juga berbeza. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat Dr Mani, boleh terus hubungi beliau untuk temujanji di KMC atau hospital besar.

      Delete
  19. assalamualaikum "aku org bujang.."..bagus sangat2 sbb share info sebegini..saya pun baru lepas operate buang batu dihempedu pada 9 oktober 2013 di KPJ Ampang Puteri ...dah sebulan lebihlaa..mmg dr. saya pun gitau pantang pedas/lemak dan berminyak(goreng2 laa)..tapi kenapa u gitau kat Yemmy tu u pantang kobis dan tauge.juga ..nak tahu sbb saya suka mkn kobis dan tauge tu..

    ReplyDelete
  20. W'salam Hazah. Terima kasih kerana sudi singgah di blog AOB yg lama2 sekali baru nk update ni heheheh
    Actually, kobis dan tauge tu bkn makanan yg mesti dipantang. Sy yg hadapi masalah setiap kali mkn kobis atau tauge. Jadi, sejak buang hempedu sehingga la sekarang, sy mmg tak bleh mkn kobis dan tauge. Kalau 'ter'makan, perut akan serta merta kembung dan susah nak keluarkan angin yg byk tu. Masalah ni bkn terjadi kpd semua org yg buang hempedu. Biasanya, selepas buang hempedu selepas setahun, kita dah tak rasa sakit walau mkn apa pun. Tp kalau ada yg sakit jika termakan benda-benda tertentu, kena terus la pantang sampai bila2.
    Selamat menjaga kesihatan ye....

    ReplyDelete
  21. Saya ada symptom ni..aritu detect appendix. .dh buang.skrg perut msh skt lps mkn atau minum terus mengembung besar sblh knn..Mcmn keadaan kamu lps buat opprate? Msh skt atau prt kembung x. Sy nk buat appointment doc blk 8hb ini..minta pandangan sbb saya dh menahan skt ni hmpir 2 thn lbh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayu,
      Maaf lambat reply. Harap bayu semakin sihat.
      Alhamdulillah, sy semakin sihat sekarang dan hampir lupa yg sy takda hempedu hehehe
      Masalah sakit dalam perut selepas operation tu adalah perkara biasa. Ia hanya amik masa beberapa minggu atau 2-3 bulan sekiranya kita tersalah makan (pedas/berminyak). Selepas tu, semuanya kembali seperti sedia kala. Jangan takut untuk buat operation ni kerana makin lama kita simpan batu dalam hempedu, makin berat kesakitan yang kita akan tanggung. Sy harap bayu telah dirawat.

      Delete
    2. askm..saya br je detect ada batu hempedu sebesar 1.5cm..sekarang dh rasa tak lalu nk mkn pe2. 20hb ni buat rawatan lagi..klu msh tak boleh kena buat opprate sebab makin kerap demam,pucat pitam dan sakit setiap masa.

      Masih risau utk opprate bila dengar org kata buang hempedu mkin mudah mendapt penyakit.. gelisahnye.. (-.-)

      Delete
    3. W'salam.
      Bayu, jgn ditangguh operation buang batu dlm hempedu tu. nnt lg teruk nk tahan sakit. saiz 1.5cm tu agak besar dan x blh simpan lg. cepat buang, cepat sembuh, kenapa nk tahan sakit lama2?
      jgn takut dgn apa 'ORANG KATA', byk cerita yg dah ditokok tambah. bayu kena tahu fungsi hempedu dan kita akan fhm apa kesan yg akan kita hadapi selepas kehilangannya. kenalpasti jenis batu karang yg ada tu supaya kita blh elak dari memakan benda2 yg x blh diterima oleh badan. sy hanya mengalami sakit perut bila tersalah mkn lemak, minyak berlebihan. itupun hanya utk 6-7 bulan pertama selepas buang hempedu. skrg sy sgt sihat, malah lebih sihat dari sebelum ini.
      kenali penyakit ini dan jgn bergantung pd apa yg org cakap. sy doakan bayu cepat sembuh.

      Delete
  22. Salam..
    Thn lps dan tahun ni (skrg sy d hosptal pntai air keroh) dr bt ultrasound utk tgk organ dalaman sy.
    Asalnye sy kena ulser usus.
    Hasil US td dr mdapati ada gelembung sebesar 6mm. Saiz sama spt mn mula2 bt US pd thn 2013.
    Adakah ianya batu d hempedu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous...
      Hasil dari ultrasound berkenaan mungkin boleh mengesan beberapa penyakit dalam perut, tidak semestinya gelembung berkenaan adalah batu di hempedu kerana anda tidak akan dapat menahan kesakitan selama setahun sekiranya batu telah bersaiz 6mm.

      Delete
    2. saya baru buang hempedu 2 hari lepas.masalahnye angin yang selalu saya alami x hilangla selepas buang hempedu.nape ye..0173010258

      Delete
    3. sebelum buang pun sy kena gak.tapi lepas buang x hilang2 pulak.nape ye.sy silap mkn ke?

      Delete
    4. hi....saya pon mcm tu gak....buang hempedu 21.1.15 lepas.....lepas tu ok...tapi, silap makan skit..abis angin satu badan.....siap dpt acid reflux lagi....dugaaaaann.....

      Delete
  23. saya sblm buang hempedu selalu dapat simtom2 yg x selesa dlm bdn sy.cntoh badan sebelah berangin sampai naik kekepala, sakit dade x hilang2, mulut pahit, mudah lapar, mkn mcm x hadam, perut sebu, perut kembung n lain2.tapi knp ye lepas sy buang hempedu simtom tu x hilang2 lg.ape perlu sy buat ye.ade x sesape pernah mengalaminya.saya tertekanla.cmne nak merawatnye ye.0173010258

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2015..dah lama dah..2018..kira dah 3 tahun...sya pun rasa mcm ni..dah sebln lebih operate msh rasa mcm cpt maduk angin..sejuk2..bdn mmg x selesa spt sblm operate...bole share ke keadaan sue fandy sewaktu tu

      Delete
  24. Perkongsian ilmu yg sgt berguna.terima kasih kepada penulis. Suami sy akan jalank pembedahan buang batu hempedu sebesar 5mm.walaupun kecik, sy agak risau dgn complication slps operation kerana 2 org terdekat dalam ahli keluaraga kami menjalani pembedahan yg sama tetapi meninggal dunia selepas pembedahan.semoga semuanya ok2 sahaja..doakana kami ye..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. mqaizerm...

      cuba puan dapatkan maklumat dari hospital mengenai punca kematian dua orang keluarga terdekat puan yang dikatakan meninggal selepas menjalani pembedahan tersebut. Apa yg saya ketahui dari pembacaan dan maklumat beberapa doktor pakar, buang hempedu tidak menjejaskan fungsi organ dalaman yg lain. cuma fungsi hempedu yg menapis lemak dalam badan akan terjejas sebab hempedu dah tadak. jadi kena elak makanan yg berlemak dan berminyak agar tidak memudaratkan organ yg lain.
      sy doakan moga suami puan kembali sihat mcm sy. amin...

      Delete
  25. Sye juga ade batu dlm hempedu baru je diagnose.Dr decide utk buat operation pada january 2016 di HUKM..tp dgr post-op y sakit & xbole bangun buat sye ragui nk menjalani op..ank berusia 1thn dan msh breastfeed lagi buat sye takut..AOB bole bge pendapat post-op buang hempedu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan,

      Doktor bagitau nak buang batu dalam hempedu atau buang hempedu? Kalau saiz batu masih kecil, operation hanya boleh dibuat melalui kaedah laser, batu akan pecah hancur dan tidak menjejaskan hempedu. Tapi kalau saiz batu dah besar dan tak dapat menyelamatkan hempedu, mungkin hospital akan gunakan cara operation yg sama dengan saya.

      Sy cadangkan puan dapatkan nasihat beberapa doktor perubatan tentang perkara ini. Sy tak pasti tentang kesan ubat bius dan ubat tahan sakit yg diberikan semasa dan selepas pembedahan, samada menjejaskan susu badan atau tidak.

      Dari pengalaman sendiri, sy cuma rasa lemah dan sakit selepas pembedahan sehingga 3-4 hari, menghadkan pergerakan selama seminggu, mengelak kerja-kerja berat selama 3 minggu, dan jalani hidup seperti biasa selepas tu. Cuma dari segi pemakanan, sy terpaksa elak makanan yg pedas, berminyak dan berlemak kerana perut masih tak dapat terima. Kalau makan jugak, sy akan sakit perut dan cirit birit.

      Sebenarnya, kesan selepas pembedahan adalah berbeza antara individu, bergantung juga daya tahan masing-masing. Kalau yg jenis jarang sakit dan nak manja2, mmg akan rasa lemah dan sakit berbulan-bulan hehehehe gurau ja.... Tuan empunya badan lebih tahu apa yg dia boleh mkn, apa yg dia mampu buat. Bila rasa sakit, elaklah perkara tersebut. Untuk sementara saja. Bila dah betul2 sembuh, kita blh buat semua perkara mcm biasa. Cuma klau boleh, kena elak makanan berlemak selamanya.

      Delete
    2. Sye bru je berumur 17 tahun, tpi doctor dh kte kemungkinan yg sye akn mnghadapi penyakit ni. Sekarang sye tak dapat nk fokus dlm pelajaran lansung sbb selalu sakit perut belah kanan, rasa loya nk muntahlh. 😔

      Delete
  26. assalamualaikum AOB,

    adakah petua untuk membuang batu dari hempedu tanpa perlu operation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aalailumsalam suzy.

      Seeloknya kena jumpa doktor hospital terlebih dulu untuk pastikan jenis dan saiz batu dlm hempedu tu. Doktor akan nasihatkan apa yg terbaik. Kalau batu sebesar akak punya, mmg kena operate je. Batu besar takleh guna cara laser. Tapi kalau saiz batu kecil2, boleh guna kaedah laser atau makan ubat hospital.

      Bila sakit, akak tak biasa amalkan petua. Tapi ada doktor pernah bgtau, makan sayur lobak putih boleh membantu pecahkan batu2 saiz kecil dalam hempedu.

      Moga cepat sembuh ya.

      Delete
  27. Kalau guna kaedah laser sakit x. Batu sy masih kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembedahan laser lebih kurang sama dgn Laparoskopik, cuma tak perlu buang hempedu. Hanya buang batu kecil. Fungsi hempedu masih boleh berjalan macam normal.

      Masa operate, tak rasa apa-apa sebab bius. Tapi lepas dah habis ubat bius tu mestilah rasa sakit sikit. Alaaaahh sikit saja. Kalau dok simpan batu karang tu lama-lama lagi sakit banyak tau.

      Delete
  28. Sy pun bru buang hempedu dgn dr.mani jgk , tp selepas operate kenpa ya kaki sy kdg2 jd lemah ? Adkah kesan ubt bius??

    ReplyDelete
  29. Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

    ReplyDelete
  30. Sya 11.8 buat operation buang hempedu sekali dgn apendix...dah sebln operate tpi kdg2 masih ada rasa x sedap bdn...seram sejuk..kepala pening..dkt kaki mcm sejuk2....rasa mcm simptom sblm operate...napa yerrr...mohon pencerahan yg ada pengalaman sama...mudah2an kita semua diberi kesembuhan..

    ReplyDelete
  31. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  32. Salam dear... Sy baru jalani open cholesystetomi.. Betui ke idak ejanya tu.. Hehe.. Baru 4 hari kedah bedah. Mula2 nk buat lubang ja mcm awak.. Tp x boleh sbb batu besar n hempedu jauh trsembunyi.. Terpaksa potong besar.. Sakitnya.. Tuhan sj yg tahu. Hari k 4 ni pun jln tunduk n slow2 lg. Berhuhu je la.

    ReplyDelete
  33. Pembedahan buang hempedu ni risko kematian tinggi tak?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum...info yg sgt² berguna tuk sy...sy dlm berpantang nie...baru 10 hari operation buang hempedu...doa kan sy sihat seperti sediakala...aamiin....

    ReplyDelete
  35. salam saya nk tanya..hempedu saya da sampai 10cm...jika operate membahayakan kesihatan atau tidak.

    ReplyDelete
  36. Salam...boleh bg anggaran tak Kos untuk buang Batu hempedu

    ReplyDelete