06 October 2011

Krabi - Hari 3

Pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk kemas beg. Pastu kami naik motor untuk pi breakfast. Hari ni kami pi beli bungkus makanan dan makan kat tepi pantai je sebab nak nikmati pemandangan laut sebelum balik ke Malaysia.




Daging goreng madu ni dimakan dengan pulut.

Arini cuaca mendung dan sesekali hujan gerimis. Sib baik kami dah nak balik ke Malaysia. Habis semua tempat kami dah teroka.

Teh ais sedap....

Lepas breakfast, kami ronda kawasan sekitar dengan motor dan singgah bergambar di beberapa tempat menarik.

Pasangan honeymoon mengabadikan kenangan di Aonang Beach. Lepas puas bergambar, kami balik ke hotel untuk check-out. Barang semua dah kemas, lepas mandi, kul 11.30 Thai, kami dijemput oleh teksi untuk ke airport. Kalau amik teksi dari syarikat sewa kenderaan di sekitar pantai tu, bayaran sebuah teksi cuma 600THB dari Aonang ke airport, lebih murah dari bayaran yang dicaj oleh hotel. Teksi-teksi kat sini memang cantik, lebih cantik dari keta aku sendiri hehehehe. Dengan Toyota Harrier, kami cuma perlukan 30 minit untuk sampai di airport.

Krabi International Airport..... senyap sunyi macam takda pelancong. Masuk je pintu tu, terus pemeriksaan polis Thailand.

Oleh kerana kami dah siap buat web check-in untuk perjalanan pergi balik, jadi kami ada banyak masa lepak di airport sementara nak tunggu masa penerbangan. Airport ni kecik je, tak banyak kedai jualan. Lepas posing sana sini, kami terus daftar masuk dan lepak kat dalam je.

Kat dalam ni kami jumpa ramai gak pelancong dari Malaysia. Nampak macam students yang datang bersama pasangan masing-masing. Gedik semacam je semuanya. Aku senyum kat dorang, dorang buat taktau je. Ingat nak gak borak-borak apa yang patut. Tapi aku lupa.... orang Malaysia yang pi luar negara memang lebih sombong berbanding orang negara tu sendiri. Dah hilang budi bahasa gamaknya....

Rasa tak best nak balik ke Malaysia sebab kami tak puas lagi berada di Krabi. Tak puas makan pancake nutella, dan tak puas merempit dengan skuter Honda yang kiut miut tu. Lagi bertambah tak best bila teringat....esok keja! huhuhuhu Sesungguhnya yang indah hanyalah sementara.....



Selamat tinggal Krabi..... kami pasti datang lagi..... untuk tempah baju dan makan pancake nutella!


Lebih kurang 2 jam perjalanan....kami tiba di LCCT. Masing-masing berpecah ikut haluan yang berbeza. Sya dengan Anas balik ke Sri Kembangan manakala aku dengan Kak Mazni terus beli tiket bas dan ERL untuk ke Putrajaya. Sampai di sana kami terus ke parking kereta untuk drive balik ke umah. Bayaran parking kereta berbumbung di Putrajaya Sentral ialah RM16 untuk 3 hari 2 malam.

Sekian dulu cerita aku tentang percutian di Krabi.

Ada masa, ada idea, aku akan terus bercerita apa yang ada di fikiran.......

POST SEBELUM INI

2 comments:

  1. betul kata awk..org mesia klu jmpa kt oversea sombong nk mampus..xtau nape ntah..plg xleh blah msa gi saigon..dh le org vietnam ni kurag ajor..jmpa org mesia plak berlagak bagus..errrr..

    ReplyDelete
  2. berapa kos utk seorang ke krabi utk 3h 2m + flight

    ReplyDelete