04 October 2011

Krabi - Hari 2

Hari ni...awal pagi kami dah bagun.... masing-masing excited sangat nak pi island tour. Kami dah beli pakej ni dari travel agent malam tadi masa merayau-rayau kat kedai-kedai sepanjang pantai Aonang. Kalau korang nak dapatkan pakej murah, kena pi survey harga kat banyak tempat sket sebab harga pakej agak berbeza ikut agent. Tapi, walau kat agent mana pun kita beli, kita akan berjumpa di tempat yang sama gak kat pulau nanti hehehehehe



Lebih kurang kul 8.00 pagi Thailand, kami naik motor pi cari tempat breakfast. Kali ni kami menghala ke kawasan kampung penduduk tempatan dan nampak ada banyak gerai makanan Islam di kiri kanan jalan. Lepas beberapa pemerhatian dibuat, kami pilih kedai ni...... nak tau sebab apa?.......... sebab orang ramai kat dalam kedai hihihihihihi (biasanya kalau orang ramai maksudnya sedap kan?) Kedai ni ada jual bermacam-macam jenis makanan. Ada laksa Thai, sup panas, nasi putih dan lauk pauk yang pelbagai, kuih-muih dan nasi kuning. Sebagai orang kampung asli.... aku mesti pilih breakfast nasi putih dan lauk hehehe (sini takda nasi lemak tau) Kalau korang datang sini, jangan lupa try teh ais dia tau..... terangkattttttttttt!!!

Ni nama kedai dia......korang translate sendiri ye...

Depan kedai ni ada orang jual pisang, keledek dan ayam goreng panas-panas. Pisang goreng dia.....memang sedap gila! Lum pernah aku jumpa pisang goreng macam ni kat tempat kita, takda tandingannya!! Tengoklah kat bawah ni..... pisangnya crispy, manis dan wangi (sebab ada hirisan daun pandan yang digoreng bersama tepung).



Ayam goreng ni dijual panas-panas dengan pulut. Aku beli ayam je, pastu makan dengan nasi kat dalam kedai.

Peniaga kat sini mementingkan kebersihan, kuali, meja, pisau, bekas letak makanan, semuanya bersih dan berkilat lagi. Boleh dibeli tanpa was-was!


Lepas dah kembang perut....kami terus balik ke hotel untuk tunggu pick-up ke pulau. Sementara tu, bleh berposing dulu......


Lebih kurang 40 minit menunggu.... ada van pick-up datang jemput kami dari hotel untuk dibawa ke jeti. Perjalanan dari hotel ke jeti tu dalam 5 minit je....dekat sangat.



Perjalanan dari hotel ke jeti.....senyap sunyi je jalanraya dorang kan? Memang time low season ni takda ramai pengunjung ke Aonang Beach.

Yeahhhhh dah sampai tempat yang dituju.




Semua pengunjung yang nak sertai pakej ni akan diberi taklimat ringkas oleh tour guide sebelum ke tempat bot. Tour guide kami yang pakai topi oren berbaju biru tu.

Lepas taklimat, kami semua kena berjalan kaki lebih kurang 100meter untuk naik bot. Time ni ada penghendap curi yang akan snap gambar kita setiap sorang. Masa berjalan tu kena senyum je sana sini. Bila balik dari pulau nanti, siap sedia untuk bayar duit ye.....hehehehe

Ni speedboat yang kami naik. Pakej yang kami amik ni adalah pakej untuk pi 7 pulau dengan speed boat (4 tempat snorkelling dan 3 tempat sight seeing). Kalau korang takut naik bot laju, korang bleh beli pakej ke pulau dengan long tail boat, lebih murah dan lebih lambat sampai hihihihi

Semua orang kena buka kasut dan masukkan dalam bakul ni sebelum naik ke bot. Mungkin ini salah satu ciri keselamatan, takut licin kalau pakai kasut atas bot.

Yang pakai tshirt biru tu semua tour guide yang escot kami ke pulau. Yang baju hitam tu pelancong dari negara mana ntah.....

Inilah long tail boat.... untuk mereka yang tak sukakan cabaran di laut hehehehe

Cantik tak? Ntah apa nama tempat ni...aku dah lupa. Tapi ini adalah salah satu tempat yang termasuk dalam pakej. Air jernih macam kat swimming pool je kan?



Pemandangan di sini memang cantik sangat. Rasa tenang jiwa bila tengok keindahan alam kejadian Tuhan. Kami berempat memang amik tempat depan sekali, jadi memang puas tengok pemandangan di sini. Kalau dok kat belakang, dapat tengok kiri dan kanan kawasan je.

Dapat berdiri atas bot yang sedang bergerak.....dengan latar belakang yang indah sangat...... memang menakjubkan!

Yang guna bot kecik ni adalah orang yang tempah khas untuk private tour. Kalau korang nak pergi bersendirian dengan pasangan ataupun ada niat nak jadi cam siput sedut, eloklah tempat private tour ni.....takyah ganggu penglihatan orang lain yang suci murni hehehehe

Aku teringin nak snorkelling kat bawah gua ni....tapi tour guide tak bagi lak.

Yang ni Maya Bay....tempat lokasi pengambaran filem The Beach lakonan Leonardo D caprio (betul ke eja nama dia ni?)

Kat pulau ni memang takda orang tinggal. Ni adalah pulau jagaan sepenuhnya kerajaan Thai. Bot hanya boleh singgah untuk masa yang ditetapkan saja. Jadi, pulau ni memang bersih dan tidak tercemar langsung.

Cantik sangatttttttttt Ada gaya macam dalam filem Ka Ho Na Pyar Hai tak?

Cuaca memang panas terik time ni. Tengok tu....semua dah jadi cam tarzan....tak pakai baju.


Lepas mandi lebih kurang 45 minit kat sini, kami naik bot untuk ke destinasi seterusnya. Air mineral sejuk akan disediakan oleh tour guide untuk menghilangkan rasa masin tertelan air laut hehehehe

Ini pulak...monkey beach.... ada banyak monkey kat pulau ni. Tour guide cuma bagi kami tengok dari jauh je, takleh singgah kat pantai ni. Katanya bahaya.... sebab pernah terjadi ada pengunjung yang diserang oleh monyet. Jadi kami hanya boleh tengok monyet dari jauh jelah. Tapi kalau nak tengok beruk.... atas bot pun ada hehehehehehe

Destinasi seterusnya....ke Phi-phi Island. Di sini ada tempat tinggal manusia, macam sebuah pulau kecik yang ada penduduk tak ramai. Ada juga resort disediakan untuk pelancong yang nak dok kat pulau ni je.....atau yang amik pakej diving.

Kat pulau ni kami dibenarkan berehat selama sejam untuk lunch dan bersiar-siar.

Lunch untuk kami disediakan secara buffet. Ada nasi putih, ikan masak masam manis, sayur campur, sayur kacang, ayam masak lemak serai, ayam goreng, sotong masak sos tiram, fish ball masak sos dan ulam-ulaman. Memang masakan kampung dan halal. Tapi kalau korang nak amik pakej ke pulau-pulau ni, mesti kena bagitau tour guide yang korang nak pakej makanan halal ye. Kalau tak bagitau, dorang mungkin masukkan korang ke pakej biasa.


Yang setimbun dalam pinggan ni...... nasi aku ler....hihihihihi lapar sungguh tau lepas penat snorkelling. Ayam masak lemak putih serai ni memang sedap! Macam masakan mak....yang bawah ni pulak...ayam goreng crispy dicicah sos cili Thai.....fuhhhhh sedapppp

Masing-masing tekun menjamu selera. Lapar sangat....




Lepas makan, kami jalan ronda-ronda pulau. Kalau tak larat nak jalan, korang boleh sewa basikal, boleh la jalan jauh sket. Tapi kami jalan kaki je.... saja nak bakar lemak hihihihihi

Kat sini ada banyak dive centre. Semuanya sediakan PADI certificate. Kalau ada rezeki lenkali aku akan datang tempat ni lagi untuk amik pakej diving. Mesti lagi best.


Ada banyak gerai yang jual macam-macam barangan cenderahati dan keperluan lain macam kedai runcit. Sayangnya kami hanya boleh tengok dan tak boleh beli..... sebab tak bawak duit langsung hihihihihihi taktau lak ada pulau yang ada kedai.... so kami tinggal beg duit kat dalam safe box bilik hotel.







Otai pulau ni..... hihihihihi


Inilah tour guide yang bawak kami ke semua pulau-pulau dalam pakej tu. Dia sentiasa ada dengan kami dan perhatikan setiap orang untuk jamin keselamatan sepanjang tempoh pakej. Dia ni boleh cakap english dengan fasih, so takda masalah kita nak bersoal jawab.

Dah hampir tempoh sejam, kami semua berkumpul kat tempat makan tadi sebelum bergerak beramai-ramai ke bot untuk ke destinasi seterusnya.

Time ni kami bergerak bersama-sama ke tempat perhentian bot.





Naik atas bot, dorang bagi air coke sejuk, kek potong dan buah-buahan ni. Makan lagi.....

Lebih kurang 40min terhentak-hentak atas bot, kami pun sampai di jeti. Masing-masing dah macam penguin.... abis semua urat saraf sakit disebabkan ombak kuat masa balik tadi huhuhu

Naik trak balik ke hotel.


Semua pelancong yang nak ke pulau akan berhenti di sini. Kalau korang bawak keta sendiri pun kena parking kat sini gak, takleh masuk sampai ke depan bot. Dah sampai hotel, kami mandi dan rehat seketika sebelum keluar semula untuk jalan-jalan sekitar Aonang Beach.


Bila dah hilang letih....adegan merempit pun bermula......

Mula-mula kami pi kedai ni untuk dinner. Kedai ni berada di tengah-tengah deretan kedai kat tepi pantai. Bila tengok harga.... mak aiiiiii....mahal tul! Patutlah orang takda dalam kedai. So, kami membatalkan niat untuk dinner di sini. Perjalanan geng rempit pun diteruskan..... untuk mencari kedai makan di sekitar kawasan kampung penduduk tempatan dan akhirnya kami jumpa banyak kedai makanan Islam di situ. Yang menarik minat kami adalah kedai ni.... Sarifah Kitchen sebab tempat duduk dibuat dalam pondok-pondok kecil berasingan dan ada penjual teh tarik Carnation di luar kedai.


Gaya muka yang merah jambu...... dalam hujan gerimis.....sambil menunggu tomyam dan ayam masam manis...

Ni haaaaa.... tomyam kung! Sedap tau! Kuahnya kekuningan dan rasa lemak macam letak susu cair. Rasanya pedas sampai takleh tutup mulut.Morning glory with soya sauce..... bukan main glamour nama dia dalam menu. Sebenarnya...kangkung goreng dengan sos tiram aje. Nampak biasa....tapi sedap! Ada kacang soya dalam tu.


Sotong masak pedas rempah asli tempatan.....

Ayam masam manis.....sesuai dimakan bersama masakan pedas. Fuhhh.... lepas dah abis makan, kami bergerak balik ke kawasan pantai yang ada banyak kedai-kedai jualan. Time malam memang happening! Meriah dengan jualan. Tapi takda pulak aku nampak tempat berfoya-foya macam disko atau karaoke. Agaknya dorang buat tempat ni kat kawasan tersorok sket kot.....


Oleh kerana malam masih muda, kami pun singgah di kedai-kedai untuk beli baju dan souvenier. Pastu, kami singgah massage kat salah satu kedai depan pantai tu. Ntah apa nama dia aku pun tak ingat. Kedai massage ni mengadap pintu restoran seafood yang jual lobster paling besar aku pernah tengok. Harga massage kat sini pun murah, jauh lebih murah dari negara kita. Apa lagi.... inilah peluang untuk kami membetulkan segala urat saraf yang tersimpul akibat hentakan atas speed boat petang tadi. Kami berempat massage pada masa yang sama gak tapi amik urutan yang berbeza. Aku dengan Sya amik oil massage dengan harga 300THB seorang. Kak Mazni amik milk massage dengan harga 400THB dan Anas pulak amik oil + thai massage. Proses urut mengurut ni amik masa dalam 1 jam. Kalau nak lebih masa, boleh bayar extra. Semua orang berpuas hati dengan service tempat ni kecuali aku. Tukang urut aku tu tak best langsung (pompuan muda). Dia tak urut sangat, dia gosok minyak kat tengah belakang aku je pastu sibuk nak urut kat tempat yang aku tak kasi. Tempat yang aku suruh, dia gosok sket je, tempat yang no entry, dia sibuk nak urut. Geram tul! Bila aku asyik jerit marah..... dia pulak tergelak-gelak. Dia tak faham english, aku tak faham thai. At last, aku belasah marah dia cakap bahasa kedah. Padan muka aku.... hihihihihihi


Lepas massage, kami ronda-ronda lagi cari pancake. Walaupun perut dah kenyang, kami nak kena makan pancake gak sebab ini malam terakhir di Krabi. Kedai pancake yang kami pi malam pertama aritu tutup sebab hujan. Jadi kami singgah di gerai lain kat kawasan yang ada banyak money changer. Gerai ni pancake tak sedap sangat. Aku dengan Kak Mazni share makan pancake nutella dan Sya dengan Anas makan pancake mangga. Dia letak sebiji mangga masak dalam pancake ni sampai tersentil keluar semua isi mangga tu. Untuk sesapa penggemar mangga masak, sure terliur tengok gambar ni......

Lepas makan pancake....kami singgah amik kemeja dan seluar yang aku dan Anas tempah kat tailor depan pantai tu. Pastu kami balik hotel dan tido.....

POST SEBELUM INI

1 comment:

  1. salam
    sis, tumpang tanya. if pergi berdua shj (gurls) bahaya x kat krabi ni?

    ReplyDelete