09 June 2010

2010 : Kuching - Hari 1

23 Mei 2010

Baru je balik dari GC, aku gi Kuching lak dari 23-26 Mei 2010. Pakej percutian ni aku beli last year, masa tu lum beli pakej ke GC. So, walaupun baru balik GC dan tak berapa excited nak pi Kuching, kena pi gak sebab semua dah bayar. Pakej ni aku beli murah sgt, bayar flight + hotel dlm RM112 utk 4 hari 3 mlm. Murah kan? Walaupun murah, sayang gak kalau nak ignore je. Jom aku cerita sket pasal Kuching.... Aku bertolak dari LCCT ke Kuching kul 8.25 pagi. Perjalanan amik masa dalam 2 jam. Taklah lama sgt dalam flight. Walaupun tak lama.... aku beli gak makanan dalam flight ni (secara online) hehehehe kali ni aku makan Nasi Lemak Pak Naser. Member yang lain pun beli makanan.... ikut citarasa masing-masing. Bagi aku, Nasi Lemak Pak Naser ni sedap gak. Harga pun tak mahal sangat, RM8 sekali dengan sebotol air mineral. Berbaloi beli, bukan mahal sangat pun kalau beli secara online. Dihidang panas-panas tau. Kalau dah bayar murah, takkan la kita nak expect lebih dari ni kan?



Sampai di airport Kuching lebih kurang kul 10.20 pg. Aku terus gi ke kaunter shuttle van untuk ke Tune Hotel Waterfront. Tiket shuttle RM7.99 seorang, utk sehala. Pas beli tiket, terus naik van. Dalam 15 min dah sampai di Tune Hotel. Awal la pulokkkk


Tune Hotel ni ada disediakan perkhidmatan free internet untuk pelanggan. Tapi kena guna kat lobi jelah. Kalau nak guna wifi dalam bilik hotel, kena bayar. Kita kena faham, untuk hotel jenis budget ni, kalau nak guna apa-apa perkhidmatan tambahan, mesti kena bayar berasingan. Kalau nak hotel yang serba serbi dapat kemudahan percuma, kena lak bayar harga bilik beratus-ratus ringgit kan?


Oleh kerana check-in time hanya dibenarkan kul 2.00 ptg ke atas, aku and the gang terpaksa gi ronda-ronda kawasan sekitar. Kami gi lepak kat waterfront je. Tu yg paling dekat dgn hotel. Cantik gak kawasan waterfront ni, ada sungai yg luas, nampak perahu-perahu kecil di sana sini, dan gerai-gerai jualan yg cuma berniaga di malam hari. Kawasan ni sentiasa diawasi oleh polis bantuan. Dorang kata, kat sini ada byk kes ragut dan curi. Takut gak la..... kami pun dok kat bangku-bangku di tepi tu je, tak gi mana-mana.


Sini ada banyak bot penumpang (cam sampan) untuk kita ke seberang. Bayaran 50 sen untuk seorang penumpang.


Kami lunch kat restoran di belakang hotel ni je. Staf kat hotel ni yang bagitau ada restoran kat belakang. Mula-mula tengok... takut gak nak masuk sebab restoran cina. Bila dah masuk dalam, baru nampak gerai melayu. Rupa-rupanya dorang kongsi berniaga dalam satu kedai, cuma bahagian tengah kedai dibahagi dua supaya dapat bezakan masakan cina dan masakan melayu hihihihiAku makan Nasi Goreng Ayam. Harga RM3.50. Tengok cam pucat je nasi goreng tu... tapi sedappppp! Murah lak tu.... Lepas check-in, kami berehat di bilik. Lepas maghrib baru keluar jalan-jalan cari makan. Dari waterfront boleh nampak bangunan ni. Rasanya ni Dewan Negeri kot... aku pun tak pasti. Malam ni kami naik sampan ke Kampung Melayu seberang waterfront. Aku tak dapat amik gambar atas sampan ni sebab bila aku bergerak sket je, sampan dah bergoyang hihihihihi tak berani arrrrr....
Turun je dari sampan, kita leh nampak kedai ni. Al-Fayad Bamboo Chicken. Orang-orang kat sini cakap, ni menu istimewa yang boleh didapati kat sini je. Ayam yang dimasak dalam buluh dan dihidang bersama nasi. Kami tak singgah pun, sebab lebih tertarik nak makan kat food court depan ni. Ada banyak pilihan.... Ni la rupa mee kolok Pak Lah. Harga mahal sket.... RM6 sepinggan (mungkin harga pelancong ni). Rasa cam megi yang digoreng dengan kicap. Sedap gak la.... tapi untuk tekak aku.... cukuplah sekali ni je hehehehe

No comments:

Post a Comment