09 June 2010

2010 : Kuching - Hari 2, 3 & 4

24 & 25 Mei 2010

Dua hari ni kami habiskan dengan bersiar-siar sekitar Kuching, beli sket cenderahati untuk family dan kawan-kawan. Yang paling utama, ikan terubuk masin dan kek lapis.

Gambar ni diambil ketika kami naik bot untuk bersiar-siar sekitar sungai berhadapan waterfront. Kami perlu bayar tambang RM18 seorang untuk bersiar-siar sekeliling sungai melihat pemandangan kampung dan pusat bandar. Bot ni bergerak ikut jadual. Kalau nak tengok matahari terbenam, pilihlah jadual terakhir iaitu kul 5.30 petang.

Anak-anak kampung memang dah biasa dengan sungai.... tak heran pun naik sampan senget tu... Lepas bersiar-siar dengan bot, kami pi seberang Kg Melayu sekali lagi. Kali ni kami nak makan malam dan beli ikan terubuk yang dijual kat tepi pelantar tu. Kat sini terubuk masin lebih murah dan kelihatan bersih dan segar. Pilih je yang mana, penjual tu akan bungkus secantik mungkin untuk dibawa balik ke semenanjung.






Dari tepi titi tu.... bleh tengok orang pancing ikan dan beberapa kumpulan orang yang sedang berlatih kayuh bot (bot ke sampan ni?).



Malam ni aku makan Nasi Ayam Penyet. Ingatkan kat Indonesia je famous nasi ni, rupanya kat Kuching pun banyak. Ada yang banjir, ada yang kering. Aku pilih yang paling simple. Harga? Erm... harga pelancong.... memang kena pancung ler.... nasi ni RM12. Ada ayam peha kecik tu.... sambal cicah yang manis dan sup rempah. Tak sedap!


Kesimpulannya....takda apa yang best di sini untuk aku ceritakan kat korang. Sebagai panduan, kalau korang nak ke Sarawak, pilih la pakej untuk aktiviti tertentu. Kalau sekadar nak berehat dan tenangkan diri..... Kuching Waterfront bukan tempatnya.


Hujan lebat sangat masa hari nak balik ke KL, menyebabkan flight delay 1 jam. Melahu je dalam flight huhuhuhu tapi aku tetap tabahkan hati sebab dah tak sabar nak balik umah.

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment