29 September 2011

2011 : Kedah & Hatyai - Hari 4

Hari kedua di Hatyai. Bangun pagi kami siap-siap kemas beg supaya senang nak check-out nanti. Dah siap kemas semua, kami keluar untuk breakfast dan shopping. Kelmarin, kami dah buat appointment minta Bang Ya (driver yang antar kami dari BKH ke Hatyai) untuk jemput kami di hotel kul 2 ptg (waktu Thai). So, ada banyak masa lagi untuk abiskan duit bath hehehehe
Kat Pink Lady Complex ni ada banyak kedai jual pakaian. Yang branded tiruan pun banyak, pelbagai gred. Yang takda gred pun masih lawa, bukan macam kualiti kat pasar malam tempat kita. Semuanya trend terkini. Harga boleh tawar-menawar kat tiap-tiap kedai. Kalau pandai tawar, memang boleh dapat harga murah, tapi kena tawar-menawar sampai tahap gaduh la. Ada berani?
Sini pun ada banyak jual pakaian dan souveniers. Tempat ni berdekatan Pink Lady, jalan kaki je nak ke kedua-dua tempat ni. Tapi kat sini kualiti barangan sama macam kat pasar malam tempat kita.
Selain dari kedai, ada juga peniaga yang jual barangan cenderahati ni menggunakan keta sorong dan bergerak sana sini (macam orang jual rojak). Dorang ni jual mahal sket dari harga di kedai, mungkin dorang kira kos tolak keta sorong tu kot hehehehe



Utusan Malaysia pun ada jual kat Hatyai....so takyah risau kalau nak cuti lama kat sana ye, kita masih boleh dapat tau berita di Malaysia.

Lepas shopping di Pink Lady, kami naik tuk-tuk ke restoran muslim untuk bekfes. Kami soh je driver tuk-tuk tu hantar ke tempat makanan Islam dan dia bawak kami ke Restoran Tamrab. Restoran ni taklah besar sangat tapi setakat nak alas perut di waktu pagi, boleh la. Ada jual roti canai, nasi putih berlauk dan bihun/koteow sup.





Ini bihun sup....aku yang punya..... hehehehe sedap wooooo (kuah sup ni asalnya warna putih, tapi aku dah tuang kicap sampai itam). Rasa dia macam bihun sup celup kat restoran siam di Malaysia.

Masa kami sampai kat sini, ada ramai gak orang Malaysia yang dok jamu selera. Aku senyum kat dorang...tapi hampeh.... orang Malaysia di luar negara lebih sombong dari orang luar sendiri. Heran.....

Ni gerai yang jual bihun/koteow sup. Semangkuk berharga 50THB.

Lepas makan, kami naik tuk-tuk untuk ke Pasar Besar Hatyai. Pasar ni memang tempat shopping orang tempatan, tak ramai pelancong ke sana. Tempat ni besar sangat.... ada macam-macam kedai dan segala macam benda ada dijual. Barang basah, barang dapur, periuk belanga, kain baju, makanan basah dan kering, dan macam-macam lagi. Aku rasa, di sini ada segala yang kita perlukan. Memang best! Cuma tempat ni agak sesak dan mudah tersesat jalan kalau korang pergi beramai-ramai. Barang-barang yang dijual kat sini memang murah dan boleh tawar-menawar lagi untuk dapat harga yang paling murah. Fuhhhh..... memang tak cukup masa sejam dua kat sini. Sayangnya kami takda masa yang panjang untuk berhabis-habisan kat pasar ni huhuhuhu Inilah hasil pembelian aku.... penuh plastik laundry bag ni hehehehehe dah macam beg santa claus kan?Sementara menunggu Bang Ya jemput di hotel, kami pi beli beras pulut kat kedai sebelah hotel ni. Jadi kalau korang menginap kat hotel ni, takyah la susah-susah nak angkut beras pulut dari pasar Hatyai, kat sebelah ni ada kedai borong beras yang jual pelbagai jenis beras siam dan beras pulut. Harga sama je dengan yang dijual kat pasar tu. Tapi jangan beli banyak lak, nanti jenuh nak bayar cukai kat imigresen Malaysia. Aku beli beras pulut susu gred AA 2kg saja untuk mak.

Tepat kul 3 petang (waktu Malaysia), Bang Ya sampai dan bawak kami balik ke BKH. Sampai kat BKH, kami pun bergerak keluar dari kompleks bebas cukai untuk balik ke Aloq Staq. Bila tiba pemeriksaan imigresen Malaysia, kami kena bayar cukai RM300. Alasan yang imigresen bagi....kalau tak bermalam di Hatyai melebihi 3 malam, semua barang kena cukai. Nayaaaaaa!!! Aku memang bengang dengan mamat imigresen tu, nak soh org bayar cukai, gaya kekwat betoi, tamau dengar penjelasan apa, soh bayar saja.  Aku memang tak setuju untuk bayar cukai sebianyak tu, lagipun kami beli barang yang murah-murah saja. Setakat tshirt ' I Love Hatyai' sorang 2 helai, tuala mandi sorang sehelai, baju tido sorang sehelai, pastu beras pulut sorang 1 kg. Cukai yang dikenakan memang melampau sedangkan dia tak check nilai barang yang kami beli pun. Dorang cuma buka bonet keta dan selak-selak dua tiga plastik bag, pastu terus bagitau berapa cukai kami kena bayar. Penilaian dibuat berdasarkan apa? Nilai brg atau jumlah plastik? Bila dah hangat hati, aku mula naik hangin. Aku nak bagi saja semua barang-barang yang kami beli ni kat imigresen dan biar kami balik tanpa barang, takyah bayar apa-apa. Bila aku punggah barang-barang bawak keluar, dengan gaya penuh kuasa si mamat poyo ni cakap.... "kita boleh kurangkan lagi cukai tu".  Kenapa awal2 tak cakap?  Geram tul! Lepas selesai pertikaian, kami bersetuju untuk bayar RM40 je. Jauh beza cukai tu kan?  Nampak sgt dorang boleh suka hati tetapkan nilai! Lepas bayar, aku terus pecut keta balik ke Aloq Staq. Plan asal nak singgah makan cendol pulut Jo pun dah terbatal akibat hangat hati.......

Insiden kat atas ni berlaku kat aku dan kawan2 masa pada berkenaan. Kalau ada staf imigresen atau sedara maranya yg tak setuju statement aku, minta maaflah. Aku tak takut nak bagitau kebenaran. Mungkin korang takkan hadapi pengalaman yg sama sebab bukan semua org yg diberi kuasa akan ada sikap mcm tu. Apa2 pun, korang kena bersiap sedia utk 'berunding' setiap kali masuk ke Malaysia, tak kira dari negara mana.  


Baca post sebelum ini

3 comments:

  1. Tak semua imigresen mcm tu. Ikut nasib kita nk kena yg mana...

    ReplyDelete
  2. bukan dia mintak duit tu untuk dia..masuk akaun kerajaan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous...
      Memang la kita semua tau yg duit kastam mintak tu adalah untuk kerajaan, tp klau nk buat kerja tu biarlah betul-betul. kena buat penilaian brg2 yg dibeli dulu, bkn senang lenang saja nk kenakan cukai. ni main hentam kormo saja nak caj berapa pun. cukai plak yg lg mahal dr harga brg yg kami beli, apa kes?

      Delete