19 September 2011

2011 : Kedah & Hatyai - Hari 1 & 2

Hai semua....

Sorry dah lama aku tak update blog AOB ni. Alasannya? Cam biasa ler..... sibuk hehehehe. Bulan 7 sibuk nak siapkan assignment, bulan 8 lak exam. Klip pok klip pok.... dah hampir ke hujung September. Fuhhhhh.... bertambah lagi tempoh 'andalusia' aku ngeh..ngeh.. ngeh...


Ni nak citer pasal trip aku yang terbaru. Kali ni... aku ajak kengkawan pi kampung aku di Aloq Staq. Kebetulan aku memang nak balik kampung, jadi aku ajak la depa pi sana bercuti di pondok aku di bendang. Kami bertolak dari ofis pada 22/7/11 (Jumaat) lebih kurang jam 8.30 malam. Depa semua park keta kat ofis dan kami bertolak balik Kedah dengan keta aku 'the black warrior' wakaka

Ahli rombongan kali ni mcm biasa la....bff aku....Kak Mazni, kengkawan holiday aku, Mazni Alina, Nor Atikhah dan si comel Batrisyia.  Dari Cyberjaya.....kami singgah di RnR Bkt Gantang jap beli buah-buahan, pastu terus drive ke Aloq Staq. Kalau korang nak tau, umah aku ni kat Jln Kuala Kedah, sama jalan nak ke jeti pi Langkawi. Kalau sesapa pernah singgah makan Laksa Telok Kechai yang popular di kalangan orang luar, memang kedai laksa ni dekat sangat dengan umah. Tapi dari jalan utama memang tak nampak rumah sebab pondok kecik kat tengah bendang, memang tak nampak la kan.....hehehe

Sampai di umah lebih kurang kul 2.30 pagi, lepas angkut semua beg, bersihkan diri, kami terus tidoq. Bagi menghormati tetamu, bilik bujang aku tu kena bagi kat tetamu sebab lebih selesa untuk depa bertiga. Esoknya.... 23/7/11, kami rehat di rumah saja dan penuhkan ruang dalam perut dengan segala macam makanan kegemaran masing-masing. Mak masak penuh meja, abah lak dok angkut beli buah durian untuk kami makan kat pondok.

Baca post selepas ini

No comments:

Post a Comment