22 February 2013

Masalah Sinus

18 Februari 2013

Aku dimasukkan ke Hospital Pantai, Pandan Indah kerana ada infection dalam hidung. Pada mulanya, aku sangka hidung tersumbat sebab selsema, jadi aku abaikan saja la. Makin lama, makin tersumbat dan akhirnya lubang hidung sebelah kanan tak berfungsi. Macam biasa la....selagi tak sakit teruk, selagi tu aku tak pi klinik. Tapi bila dah teruk, klinik pun tak dapat tolong, kena pi hospital gak huhuhu


Sampai di hospital, aku jumpa doktor ENT, Dr Khairuzzana. Lepas pemeriksaan hidung dibuat dengan teliti, aku perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Dr Zana kata lubang hidung kanan dah tertimbus dengan bengkak yang besar dalam rongga hidung. Jadi, dia perlu kecutkan dulu bengkak tu untuk membolehkan dia nampak apa yang berlaku dalam lubang hidung tu. Adoiiiii dengar explaination doktor pun aku dah naik juling, tension nak dok hospital. Kalau tak masuk hospital, takut tersumbat lak kedua-dua lubang hidung....erkkkkkk


Selepas 2 hari di wad, bengkak dalam lubang hidung mula berkurang. Bila diperiksa, rupa-rupanya ada bisul dalam lubang tu adoiiiiiiiiiiiiiiiiii tension la aku dengan doktor cakap perkataan 'B' tu. Rasa trauma. Punya banyak tempat yang ada, boleh lak dia naik dalam lubang hidung aku yang sempit tu. So, lepas dah hilang sket bengkak, baru la Dr Zana boleh masukkan alat untuk pecahkan bisul dan cuci. Perghhhhhhhh sakitnya taktau nak cerita. 3 kali sehari nurse akan datang dan cuci lubang hidung aku dan sapu ubat. Adoiiiiiiiiii

Masuk hari ke-4, aku dah rasa stress teramat dok kat wad. Apa pun terjadi, aku tetap nak kuar gak hari ni. Walaupun dalam bilik yang selesa, bukannya boleh tido pun. Rasa bangang la dok dalam wad. Nak tanak, Dr Zana kena lepaskan aku balik umah. Tapi, untuk 3 hari selepas keluar wad, aku perlu ke hospital untuk cuci lubang hidung dan sapu ubat. 


No comments:

Post a Comment