30 November 2012

Hospital Veterinar UPM

Ni aku nak cerita sket pasal hospital veterinar UPM kat Serdang atau dikenali sebagai University Verterinary Hospital (UVH). Pada 25 November 2012, aku terpaksa bawa anak kesayanganku...Lara Farhana ke hospital sebab masalah kesihatan. Dah 4 hari dia tanak makan, dok termenung saja dan badan panas sangat. Aku memang risau la kalau lara sakit sebab dia bukan bleh cakap cemana sakit yang dia rasa tu, kesian sangat. 



First time aku pi UVH ni, rasa bangga dengan UPM sebab mempunyai sebuah hospital veterinar yang besar dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi sebagai sebuah hospital. UVH ni besar tau, ada beberapa bahagian termasuklah wad untuk pesakit. Haaaaa....korang mesti tergelak bila baca pasal UVH ni kan? Jangan tak percaya....hospital ni setanding dengan hospital untuk manusia tau, perkhidmatan yang diberikan, layanan kakitangan di hospital ni, memang hampir sama dengan hospital kita.

Sampai je kat hospital, kena daftar maklumat pesakit kat kaunter pendaftaran. Lepas tu, amik nombor giliran dan tunggu di tempat yang disediakan. Tempat menunggu pun selesa dan ada juga disediakan sangkar untuk kucing yang agresif. Masa aku kat situ, ada ramai gak orang, ada yang bawa kucing, arnab, tupai dan anjing. Tapi anjing diasingkan tempat pendaftaran dan rawatan. Korang takyah risau, dari pintu masuk ke hospital ni telah disediakan dua pintu, anjing perlu ke pintu lain dan binatang kecil yang lain di pintu sebelahnya. Kalau korang bawa kuda atau gajah, kena guna pintu masuk yang lain lak di sebelah hujung bangunan ni ye.

Bila nombor giliran dipanggil, aku pun bawa lara masuk ke bilik rawatan. Kat dalam ni ada banyak bilik rawatan, rasanya lebih dari 10 (anjing kat bilik lain lak tau). Aku berjumpa dengan Dr Lim, doktor muda yang akan merawat lara. Lepas doktor check, dorang suspect lara sakit buah pinggang. Alamakkkkkkkkkk
kaunter pendaftaran

pintu masuk ke bilik rawatan

Lara ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut. Alaaaaa kesian sungguh, dia dah la takut dengan semua orang, kena dok dalam wad pulak. Aku memang tak senang hati la selama lara di hospital. Tiap-tiap hari aku pi melawat dia. Nak lawat pun kena buat appointment dulu tau, tak boleh suka hati datang, ada waktu tertentu yang ditetapkan, bukan main redah je. Sistem kat hospital ni memang terbaik, setanding hospital swasta kita.
keadaan lara di wad

Lepas 3 hari di wad, aku tengok keadaan lara makin teruk lak. Nampak dia lembik sangat. Doktor kata dia tanak makan dan minum. Tapi nasib baik la dorang pasang drip kat tangan dia tu, ada tenaga sket. Lepas doktor explain semua pemeriksaan yang telah dibuat, alhamdulillah.....buah pinggang lara ok. Cuma doktor kata dia kena keracunan. Doktor tanya gak apa yang lara makan sampai keracunan, aku pun heran. Dia makan whiskas tuna je. Bila aku tengok keadaan lara yang ketakutan kat sana, aku terus mintak kebenaran doktor untuk bawa lara balik. Pada mulanya memang doktor tak bagi sebab keadaan lara yang sangat lemah, perlu pasang drip lebih lama kat wad. Tapi aku dah tak sanggup nak tengok keadaan dia yang takut dengan semua orang, cemana dia nak makan. Pihak hospital minta aku sign satu borang persetujuan untuk tanggung risiko bawa lara balik sebelum selesai rawatan. Aku tawakal jelah....lebih baik aku balik jaga dia kat umah.

Selepas beberapa hari, lara semakin sembuh dan mula makan sket. Sejak keluar wad, doktor minta aku tukar makanan lara kepada brand yang lebih sesuai. Bukannya whiskas dan friskies tu tak sesuai, tapi untuk kucing baka seperti lara, dia perlukan makanan yang boleh jaga perut yang sensitif dan bulu yang cantik. So, berdasarkan recommendation hospital dan pet shop, aku tukar makana lara kepada brand Science Plan, keluaran luar negara. Sejak bertukar makanan, lara kembali sihat sehingga sekarang....alhamdulillah.....

Kebanyakan kawan-kawan yang dengan cerita ni mesti gelakkan aku sebab layan kucing macam manusia. Salahkah? Binatang pun sebahagian dari penghuni alam ciptaan Allah, layak untuk dilayan seadilnya. Biar apa pun anggapan orang, aku akan tetap menghargai kucing, ayam, lembu, kambing....sebab dorang pasti takkan menyakitkan hati sesiapa.

3 comments:

  1. Salam Bro. Saya pernah dengar pasal makanan kucing yg boleh bagi masalah buah pinggang kat kucing tu. Dulu vet suruh saya elakan bg kucing makan pet food kaler ungu and kuning. saya bagi makan prodiet sekarang. Ari ni dapat lagi sekor anak kucing.

    ReplyDelete
  2. Berapa ye kos rawatan? Tak cerita pulak.

    ReplyDelete