23 October 2012

2012 : Langkawi

Hai semua...

Kali ni aku nak cerita tentang percutian aku sekeluarga di Pulau Langkawi. Actually, dah lebih 15 kali kami pi Langkawi, maklumlah....umah kami taklah jauh sangat, cuma kena naik bot dalam sejam lebih untuk ke sana. Sebelum pindah Kedah, kami sekeluarga pernah dok Kuala Perlis beberapa tahun, jadi memang selalu jugak ke Langkawi tu. Dulu-dulu Langkawi memang terkenal dengan pantai, laut yang cantik dan barang-barang bebas cukai yang murah sangat. Tapi sekarang ni....banyak yang dah berubah. Meh aku nak cerita percutian pendek aku dengan keluarga kali ni.....



19 Oktober 2012 - Hari pertama

Abah, mak dan adik naik feri dari Kuala Kedah ke Langkawi lebih kurang kul 10 pagi. Sampai sana, abah amik kereta dan terus ke chalet di Pantai Chenang. Lupa lak chalet nama apa. Aku dah book chalet awal-awal lagi, so senang depa terus pi rehat dulu sementara aku sampai.  Aku dengan Kak Mazni bertolak ke sana dengan flight kul 8 mlm. Sampai airport, depa dah siap tunggu. Kami pi makan dan balik chalet untuk rehat dan sembang-sembang. Aku, kak Mazni dan adik dok satu bilik besar yang ada 2 katil queen, mak dengan abah lak dok satu bilik lain.

20 Oktober 2012 - Hari kedua

Kul 8 pagi kami keluar dari chalet untuk sarapan di Pekan Kuah. Bukannya takda kedai makan kat Pantai Chenang tu, tapi kami memang dah biasa sarapan pagi kat satu gerai di Pekan Kuah yang jual nasi dan gulai ikan bawal. Cari punya cari tak jumpa lak gerai tu, mungkin dah pindah ke tempat lain sebab dah banyak pembinaan kedai-kedai baru di situ. So, kami sarapan di restoran mamak je. Lepas sarapan, kami ronda semua tempat di sana, saja nak imbau balik kenangan dulu. Sampai kat Gunung Mat Cincang, kami singgah untuk naik Ducktours di Oriental Village. Ducktours ni adalah kenderaan yang bentuknya macam trak tetapi boleh berfungsi sebagai bot yang bergerak di atas air. Aku rasa syarikat yang buat bisnes ni tiru idea yang sama dengan syarikat yang mengoperasikan Aquaduck di Gold Coast, Australia. Atau, mungkin syarikat yang sama beroperasi di dua tempat ni? Yang aku tau, Ducktours ada juga di Melaka. 








Lepas naik ducktours, lepak jap kat tempat rehat depan cable car. Kami tak naik cable car pun sebab dah banyak kali naik sebelum ni. Cuma aku dengan kak Mazni try naik benda ni....lupa lak apa nama dia. Mula-mula rasa gayat gak sebab tak reti nak adjust badan ikut kelajuan, rasa macam nak terlentang pun ada gak. Actually benda ni laju tau, kita berdiri kt atas tu, pastu lembutkan badan ke belakang sket, dan benda tu pun bergerak ke depan. Kalau nak laju, rebahkan sket badan kita ke belakang. Bila nak stop, badan kena cepat-cepat ke depan. Tapi kalau salah adjust badan, memang terbang ke tanah la gamaknya hehehe


ada pelukis gak kat sini tau...

Lepas puas rehat, kami bergerak balik ke chalet. Dalam perjalanan, singgah pekena laksa dan cendok kat gerai berdekatan pagar airport. Lupa lak nak amik gambar. Gerai laksa ni memang popular terutama di kalangan ahli forum pelancongan Cari.com. Kalau korang pi Langkawi, boleh la singgah makan laksa kat sini. Nak cari gerai ni senang je sebab dorang berniaga guna van dan ada satu tempat je kat tepi pagar airport. Kalau ikut jalan dari airport ke Pantai Chenang, mesti jumpa. Kalau tak jumpa, mungkin dorang tak berniaga la hari yang korang pi situ hahahaha

Lepas asar, kami semua keluar ke Pekan Kuah untuk mak shopping kat idaman suri. Kali ni aku tak bawa kamera, so tak dapat amik gambar apa pun. Bila maghrib, kami balik ke chalet dan rehat. Kena rehat cukup sebab esok nak pi island hopping. Tiket untuk island hopping ni aku dah siap-siap beli kat travel agent kat Pantai Chenang dengan harga RM20 sorang. Dulu-dulu kami semua dah pernah pi ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pulau Singa dan tengok helang makan. Tapi dulu tu aku pun kecik molek lagi, dah hilang memori lama. Kali ni, kami nak gak pi tengok perubahan kat sana.

21 Oktober 2012 - hari ketiga

Kul 7 pagi, van datang jemput kami kat chalet untuk dibawa ke jeti naik bot kat hotel Awana. Nampak tak stiker hijau kat baju kami tu? Haaaa....itulah stiker yang travel agent bagi untuk membezakan group dalam trip ni. 




bentuk wanita hamil yang terbaring....inilah tasik dayang bunting



Kalau korang nak mandi kat tasik dayang bunting ni, boleh sewa life jacket dengan harga rm10. Tapi aku, abah dan kak Mazni confident je berenang tanpa life jacket. Masa turun ke tasik tu, rasa biasa je, macam kat kolam. Bila dah berenang ke tengah sket baru terasa macam nak tenggelam. Rasa macam berat ke bawah, susah nak kuak tangan untuk berenang.  Jadi, memang takleh berenang jauh sangat la, letih nak kuak tangan. Berenang dalam tasik ni, tak semudah yang kita nampak. Aku pun first time berenang dalam ni, memang rasa tanak ulang kali kedua tanpa life jacket hehehehe

Tasik ni menyimpan lagendanya tersendiri. Dari jauh kita boleh nampak bukit ni berbentuk seperti wanita hamil yang sedang baring. Ramai yang percaya, dengan minum air tasik ni boleh memberi zuriat kepada pasangan yang susah nak dapatkan anak. Tak pasti lak aku sejauh mana kebenarannya.


Lepas tasik dayang bunting, kami dibawa ke pulau beras basah untuk mandi manda dan makan-makan. Tapi makan tanggungan sendiri ye, tak termasuk dalam pakej.


Trip island hopping ni amik masa setengah hari je, lebih kurang kul 1 ptg, kami dah balik chalet. Lepas zohor, kami terus check-out dan menuju ke pekan kuah. Dalam perjalanan, singgah jap kat kilang minyak gamat Nusantara untuk beli apa yang patut sebelum balik.  



minyak gamat akan dimasak dalam kawah ni selama 3 hari sehingga pekat

Lepas ronda dan makan-makan, abah hantar aku dan kak ke airport untuk penerbangan balik ke KL. Mak, abah dan adik terus ke jeti untuk balik ke Telok Kechai.

Sekian saja percutian pendek kami di Langkawi.

No comments:

Post a Comment