23 September 2012

Pembedahan : Bisul

Hai semua...

Dari tajuk atas tu mesti korang dah tau aku nak cerita pasal apa kan? Hmm... mungkin bagi kebanyakan orang, bisul bukanlah satu penyakit yang ditakuti. Selama ini, aku langsung tak pernah amik tau pasal bisul. Tak pernah kena bisul pun. Tup-tup terkena kat diri sendiri...adoiiiiii sekali dapat, yang besar sekali mak!

Pada mulanya aku ingat naik jerawat kat bawah lengan. Nampak macam bintik kecik je, bila dah seminggu, ada air lak. Bila lengan bergeser dengan baju, bintik air ni pun pecah. Aku buat taktau jelah. Lepas beberapa hari, bintik yang pecah tadi tu bengkak dan membesar hari demi hari. Masa ni, memang sakit sepanjang masa. Rasa berdenyut-denyut siang dan malam. Aku ingat, spesies jerawat gak, jadi aku tak pi klinik pun. Bila dibiar...makin lama...makin besar dan makin sakit. Rasa lengan pun dah bengkak sangat. Tunjuk kat kengkawan...baru depa agak bisul. Aku tanya nak buat cemana, depa kata tunggu pecah sendiri. Kalau tanak tunggu pecah, pi klinik, doktor akan toreh bagi pecah dan picit sampai kuar semua nanah. Erkkkkk memang mengerikan.... Jadi aku amik keputusan untuk biar dia pecah sendiri.


14 September 2012

Hari ni aku memang dah tak boleh tahan lagi. Rasa sakit sebelah badan. So aku pi Klinik Medinur kat Puchong untuk minta doktor toreh bagi pecah. Bila jumpa doktor, dia pun terkejut sebab bisul ni besar sangat dan 'takda mata' katanya. Adoiiiiii mana lak pi mata bisul ni? Pastu aku tanya nak buat cemana ni doktor? Dia soh aku pi hospital segera sebab bimbang nanah bisul tu akan merebak kuman. Hahhhhh hospital?????? Adoiiiiiii nak tanak aku kena amik surat klinik rujuk ke hospital. Oleh kerana hari ni dah Jumaat, aku mintak Dr Noor refer aku ke Kedah Medical Centre. Korang ingat tak KMC...hospital yang aku operate hempedu? Haaaa aku minta doktor refer kat sana. Dr Noor kata kejap je hospital toreh bisul tu dan tak perlu masuk wad. Jadi takda masalah aku nak buat kat mana-mana pun. Lepas balik klinik, aku terus beli tiket AA untuk balik Aloq Staq esok pagi. Oleh kerana risau aku balik sorang, kak Mazni temankan aku balik Kedah. 

15 September 2012

Kami naik flight kul 7.05pg, sampai Aloq Staq kul 8pg, mak, abah dan adik dah siap menunggu. Dari airport kami terus ke KMC, memang jalan yang sama nak balik ke umah. Aku ingat, singgah KMC dan toreh dulu bisul tu kemudian boleh balik rehat kat umah dan makan nasi daging yang mak dah siap masak untuk kami. Sampai KMC, kami terus ke bahagian kecemasan dan tunjukkan surat dari klinik. Lepas doktor check, dia bagitau kena masuk wad sebab bisul ni perlu dibedah. Hahhhhhhhhhhhhh!!! Dr Noor kata boleh toreh saja, tapi kenapa KMC soh masuk wad pulak? Adoiiiiiiii rupa-rupanya bisul aku ni terlalu besar dan 'takda mata', jadi tak boleh toreh, bimbang kuman merebak nanti. Fuhhhhhhh 

Pada mulanya aku ingat tak jadi nak masuk KMC dan ajak abah pi mana-mana klinik yang boleh toreh je bisul tu, tapi mak kata bimbang luka tak berhenti lak nanti atau nanah tak habis keluar. Adoiiiiiiiii nak tanak aku sign surat untuk masuk wad. Tapi aku mintak kebenaran doktor untuk balik umah dulu, nak mandi dan makan. Doktor benarkan tapi kena mai balik hospital sebelum kul 4 petang. Dia kata nak operate kul 5. Ok dok, aku ikut arahan. Lepas dah kenyang, abah hantar aku ke KMC semula dan terus masuk wad. 




Lebih kurang kul 6ptg, Dr Syed Muhamad sampai. Dr Syed ni memang terkenal kat KMC tu sebagai doktor bedah. Soalan pertama yang dia tanya, bila last you makan? Aku jawab, baru sejam tadi dok. Alamakkkkk doktor kata kalau baru lepas makan, tak boleh operate. Kena posa 4-5 jam sebelum. Adoiiiiiii tadi doktor kat kecemasan tu tak bagitau lak jangan makan. Ayooyooooo kena tangguh operation esok pagi plak. Tido kat hospital la aku malam tu. Takda siapa temankan sebab aku boleh bergerak sana sini, cuma sakit kat tangan tu je. Nurse asyik bagi ubat tahan sakit je supaya aku tido lena. Setitik air pun dia tak kasi minum. Kena posa. Sib baik dah belasah makan nasi daging dan dalca mak siang tadi hehehehehe

16 September 2012 (cuti Hari Malaysia)

Mak, abah, adik dan kak Mazni sampai ke wad dalam kul 7pg. Awai betoi. Tapi tak bawa makanan la sebab aku posa. Kalau tak posa pun memang dah tak selera nak makan apa, dok takut nak kena bedah. Dulu masa operate buang hempedu, aku harap sangat itulah yang terakhir kali masuk ke dewan bedah, tup-tup kena bedah bisul plak. Kalau cerita kat orang, mesti orang gelak kan? Ramai orang tak sangka yang bisul pun boleh jadi teruk macam ni tau. Kengkawan ofis ingat aku saja-saja nak pi hospital. Depa kata bisul ni biasa saja, boleh pecah sendiri. Hmmmm....korang dapat bisul yang kecik, boleh la cakap camtu. Kalau diberi pilihan, ada ke orang yang suka dok hospital?
terlampau bengkak sampai terkoyak lapisan kulit yang luar tu

Kul 9 pg nurse mai bawak baju untuk dipakai ke dewan bedah. Adoiiiiii pakai baju takda butang ni lagi. Lepas siap tukar baju dan apa saja yang ada di badan (gelang, cincin, rantai), nurse akan bagi penerangan apa yang doktor akan buat kat aku nanti. Time ni aku tak dengar apa dah, telinga macam dah pekak sebab terlalu takut. Nurse bagi aku bagi ubat 4 biji untuk tahan sakit dan muntah. Kul 9.45, aku disorong masuk ke bilik bedah. Mak aiiiiiiiiiii rupa-rupanya...........bilik yang sama yang aku operate hempedu dulu. 

di pintu bilik bedah
Aku ingat bedah bisul ni dorang bius kat tangan je, rupa-rupanya bius satu badan gak. Aku buat perkara yang sama masa nak buang hempedu dulu. Lepas nurse sorong aku ke pintu masuk bilik bedah, nurse kat dalam bilik tu pulak yang ambil alih. Nurse yang kat luar dah tak boleh masuk. Masuk je dalam bilik tu, dorang tanya beberapa soalan dan check tekanan darah. Kalau time ni aku stress atau tekanan darah naik, memang tak boleh operate lagi la, kena bertenang dulu. Sib baik tekanan darah aku ok, so, dorang terus hantar ke bilik bedah yang banyak spotlight tu. Time ni aku tengok dorang kelam kabut siapkan kelengkapan untuk aku. Ishhhhh.... bila tengok depa macam tu, aku rasa macam susah gak operation ni kot. Tak sempat nak kata apa, pakar bius pun datang dan perkenalkan dirinya kat aku. Dia kata, dia akan bagi 2 suntikan bius. Aku mengaku jelah, dah boleh agak cemana rasa kena suntik ubat bius tu sebab dulu pun sama gak. Lepas beberapa saat diberikan bius, aku pun lena ghaib, tak sedar apa langsung.

Mak kata lebih kurang sejam lebih, nurse dah sorong aku keluar bilik bedah dan hantar ke wad. Masa ni memang aku tak sedar apa lagi. Lepas 2 jam tido, baru tersedar. Kak Mazni dengan adik yang ada dengan aku, mak dengan abah balik mandi dan solat dulu. Lepas maghrib, depa mai semula. Masa ni aku tak boleh makan apa-apa lagi kecuali minum air kosong saja. Bila dah habis ubat bius, baru la terasa sakit sangat tempat yang dorang operate ni. Rasa macam dihiris pisau. Walaupun nurse bagi ubat tahan sakit, aku tetap tak boleh tahan rasa sakit ni. At last, nurse bagi injection untuk tahan sakit, baru ok sket. Malam ni, kak Mazni dengan adik yang tunggu aku kat bilik. 

17 September 2012

Pagi-pagi lagi mak dah sampai dengan bekalan makanan untuk depa yang tunggu aku. Sian kat depa, terpaksa makan dalam wad. Tido pun tak lena huhuhu

Kul 8.30pg Dr Syed pun sampai. Dia buka balutan untuk tengok keadaan lubang bisul tu. Sakitnya....Tuhan saja yang tau. Dia soh nurse cungkil-cungkil lak isi yang terkoyak lepas operate tu dan tuang saline untuk cuci sebelum nak sapu ubat. Adoiiiiiiii rasa nak terajang nurse yang buat ni, sib baik ada lak 2 orang lagi nurse yang dok pegang kaki. Kalau tak, gerenti aku tolak dia sampai bilik bedah tau.

Aku dibenarkan discharge dari wad pada kul 2 petang. Terus balik umah. Tapi, aku kena pi KMC setiap pagi selama seminggu untuk cuci luka dan sapu ubat. Erkkkkkkkkkkk
gambar ni diambil selepas 9 hari dicuci
Nampak putih lagi kat lubang tu kan? Tu bukan nanah tapi isi. Doktor kata nanti lama kelamaan akan tumbuh isi baru. Tapi untuk 3 minggu, lubang ni perlu ditampal dengan plaster berubat. Lepas seminggu mc, aku balik ke KL semula untuk bekerja seperti biasa. Tapi luka masih ditampal dan perlu dicuci setiap hari sebab lubang ni masih keluar air.

Lepas 2 bulan, ini la rupa lubang bisul tu.


Pengajaran dari kisah aku ni, kalau korang terkena bisul, janga sesekali amik mudah je tau. Bila amik mudah dan buat taktau je, kemungkinan akan jadi teruk macam keadaan aku ni. Nak masuk bilik bedah ke? Erkkkk... 

Kos bedah bisul = RM2,400. 
Terima kasih kepada majikan yang sediakan faedah perubatan untuk pekerja ya!




5 comments:

  1. Best baca..sama mcm pengalaman sy..tp bisul sy kat tempat lg sulit..he3..azabbb

    ReplyDelete
  2. Bertuah dapat majikan sediakan faedah perubatan untuk pekerja tempat saya klu masuk hospital bayar sendiri la dan tanggung sendiri......

    ReplyDelete
  3. Nak tanya..sy dah 2 minggu lebih buat operation...tapi air bisa kekuningan masih keluar..adakah itu normal?

    ReplyDelete
  4. Salam, I pun kena operate macam ni... you ada guna krim apa2 ke biar isi tu cepat tumbuh?

    ReplyDelete