08 July 2012

2012 : Kuching - Hari 4

3  Julai 2012 - Hari terakhir

Lepas sarapan, kami naik kereta menuju ke kampung boyan. Ingat tak masa hari pertama kami pi sana untuk dinner kan? Masa tu pi dengan bot kecik tu. Hari ni kami naik kereta je. Kalau dengan kereta, jauh gak la nak sampai sana sebab kena ikut jambatan dan kawasan situ sibuk gak. Actually kat kampung ni ada ramai orang jual kek lapis, kat tepi-tepi sungai tu pun banyak, tapi dah Dayang Salhah paling famous dengan kek lapisnya, kami tuju ke kedai ni jelah.


yang ni untuk dirasa




Keluar dari kedai kek lapis, ada satu gerai jual ikan terubuk masin. Ikan terubuk kat sini memang nampak segar dan bersih. Ada banyak saiz dan harga. Pilih la ikut bajet ye. Ikan-ikan yang kita beli ni akan dibalut dengan kertas, kemudian masuk plastik, dibungkus rapi, pastu masuk kotak dan dibalut dengan sempurna. So takda masalah langsung nak bimbit bawa naik flight. Tapi korang jangan lupa lak, kalau naik AA, kotak ikan masin bimbit ni pun dikira hand carry gak tau, so takleh bawa handbag la.



Mak beli banyak gak ikan ni untuk sedara mara dan kawan-kawan mak. Nasib baik la aku dah awal-awal beli had muatan yang maksimum dari AA, jadi takda masalah nak beli banyak kan. Lepas beli ikan, kami jenjalan kat kedai-kedai souveniers di sepanjang sungai kat waterfront. Terlampau banyak kedai, kami hanya mampu singgah 2 je hehehe 



Lepas letih shopping, kami balik ke hotel untuk mandi dan check out. Korang jangan heran lak kenapa aku check-out lambat. Aku dah siap-siap bayar untuk late check-out tau.

Bila dah siap-siap semua, kami keluar hotel dan terus ke airport untuk balik KL. Kereta pun bawa terus ke airport je dan dorang akan amik kat sana. So, selamat tinggal Kuching.....



No comments:

Post a Comment