07 July 2012

2012 : Kuching - Hari 3

2 Julai 2012 - Hari ketiga

Hari ni kami pi sarapan kat restoran semalam gak. Kalau dah sedap dan puas hati, buat apa nak cari yang lain kan? Lepas sarapan kami terus bergerak ke Sarawak Cultural Village (Kampung Budaya).  Tempat ni salah satu lokasi wajib dikunjungi oleh sesapa yang baru datang ke Sarawak. SCV ni terletak di kaki gunung Santubong dan jarak ke sana lebih kurang 35km dari Kuching. Kalau nak datang sini, korang boleh beli pakej (tiket masuk + transport) dari mana-mana travel agency di sana atau nak beli tiket saja pun boleh. SCV ni kena pi awal tau, sebab kalau pi lambat, terlepas segala show yang ada. Kalau tak silap, show ada 2 kali sehari, kul 11.30pg dan kul 4ptg.


Kami dah beli tiket kat kaunter travel agent di lobi hotel. Tapi dorang tak bagi tiket lagi, cuma dapat resit dan voucher je. Kena bawa voucher ke kaunter tiket di SCV nanti. Beli untuk 5 orang, dapatlah diskaun sikit. Kalau beli kat SCV, harga dewasa RM60 seorang, RM30 warga emas, RM15 untuk pelajar. Aku dengan adik memang dapat murah la sebab kami ada kad pelajar (walaupun muka tua hehehe). Jom kita pi SCV....

travel agent di lobi hotel




passport SCV dan tiket

Bila hulur je voucher yang travel agent bagi tu, petugas kaunter kat SCV akan bagi tiket. Tapi untuk tiket warga emas dan pelajar, kena tunjuk IC dan kad pelajar, baru dia bagi tiket dan stiker bulat yang dicop SCV untuk dilekatkan kat baju kita. Tak pasti plak pasai apa depa soh lekatkan stiker tu kat baju....Passport tu sebenarnya untuk korang dapatkan cop di setiap tempat yang korang kunjungi, rumah melayu, rumah melanau, rumah iban, rumah cina, rumah bidayuh dan macam-macam rumah lagi. Tiap-tiap rumah ni ada orang yang bertugas untuk cop passport. Sebagai kenangan di masa akan datang je.

Ni tangga tradisional untuk naik ke dewan pertunjukkan. Kalau lutut tak kuat, takyah nak try naik ok? Ada tangga yang cantik kat sebelah kanan (berbumbung) tu. Untuk korang yang tak sempat makan, jangan risau ye. Sini ada kafeteria dan juga foodcout, tapi foodcourtnya kat luar SCV. Kalau nak pi foodcourt atau surau, boleh keluar dulu dan masuk semula ke SCV.
kafeteria depan dewan



Kalau tak silap aku, persembahan budaya ni amik masa sejam gak. Memang best! Dapatlah kita tengok tarian budaya orang di sana secara dekat. Selepas show, penari-penari ni semua akan ke rumah masing-masing untuk bertugas di sana pulak. So, walaupun show dorang ni ada 2 kali je sehari, dorang tetap tak berhenti bekerja sehingga tempat ni ditutup jam 6 petang.

Habis je show, kami mulakan langkah dengan melawat ke rumah melayu. Kat depan ni terjumpa lak dengan Dr Ezany dan Wahidan masterchef Malaysia. Dorang ada rakaman masak-masak kat SCV ni. Dorang ni memang baik, walaupun nampak letih sangat dan sedang kejar masa, dorang tetap layan kami.


pekerja di rumah melayu yg sedang buat kuih tradisional untuk dijual kpd pengunjung




kat belakang ni ada kawasan foodcout, kedai dan surau
erkkk gitar ni tinggi sgt ke aku yg p*nd*k?

boleh try sumpit belon, singgit untuk 3 kali sumpit

pakcik ni time bergambar dgn kak mazni, bkn main menyenget sebelah




sumber: laman web SCV
Kalau nak cerita setiap satu yang ada dalam ni, memang panjang berjela entri ni nanti. Sebagai panduan ringkas, tengok je map kat atas tu kalau nak tau apa yang ada kat sana. Map nampak kecik, tapi sebenarnya tempat ni besar......memang jalan kaki seharian dalam ni. 

Lebih kurang kul 5 ptg, kami balik ke Kuching. Letih oooooo



No comments:

Post a Comment