06 July 2012

2012 : Kuching - Hari 2

1 Julai 2012 - Hari Kedua

Selepas subuh kami terus bersiap untuk bertolak ke Pasar Serikin, merupakan antara tempat membeli-belah yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia dan berhampiran Kalimantan. Kalau nak ke sini, kita kena bertolak awal dari Kuching sebab perjalanan akan amik masa yang lama gak, rasanya lebih 2 jam (drive tahap makan angin). Dari Kuching, ikut je signboard ke Bau, pastu nampak signboard ke Serikin. Tapi sementara nak jumpa signboard tu semua, memang 2-3 kali menguap la jugak. Kalau korang tak berapa tau jalan, aku nasihatkan korang bawak gps atau sewa je dari company sewa kereta tu, RM15 je utk sehari semalam. Memang sah takkan sesat jalan.


Pasar Serikin memang menjadi tempat 'wajib lawat' untuk sesapa yang pi Kuching. Pasar ni hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad saja tau, suasana lebih kurang sama dengan Wang Kelian di Perlis. Tapi aku rasa kat pasar Serikin ni lagi meriah dan banyak barang berbanding Wang Kelian. Nak tau kenapa? Kat sini banyak barang dari Indonesia, peniaga pun mai dari sana. Kalau korang nak mai sini, kena sampai awal tau. Cuaca sangat panasssssss terik dan susah nak cari parking yang berdekatan gerai jualan. Sini bukan tempat shopping yang berbumbung, jadi kalau tak tahan panas, sila sediakan payung sebelum hangittttttt

Sebelum ke sana, kami singgah sarapan di restoran belakang bangunan hotel. Nak jalan kaki memang jauh gak menapak, jadi kami naik kereta dan buat satu pusingan ke belakang. Aku lupa lak nama restoran ni tapi ia betul-betul kat belakang hotel Pullman. Dibuka 24 jam setiap hari dan pelbagai jenis makanan ada dijual kat sini. 

Welcome to Serikin market!


helmet ni berharga RM10-20 satu

sepasang berharga RM60-150, kena tawar-menawar



udang kering memang terbaik!
Kami jalan dan shopping sket-sket je sebab susah nak bawak balik barang naik flight. Memang histeria tengok barang-barang murah kat sini. Baju kebaya dan telekung memang setanding kualiti di Bandung dan Bukit Tinggi. Akibat cuaca yang sangat panas terik, kami mampu berjalan sampai kul 12 je, pastu blah dari situ. Lebih kurang 10 min perjalanan, kami singgah di Wind Cave. Abah teringin nak tengok tempat ni.  

Dalam cuaca yang panas, nampak pulak air sungai yang mengalir deras dan bersih, aku terus basahkan muka, kepala dan badan. Kalau ikut hati nak je rendam satu badan tapi kesian lak mak dok tunggu dalam kereta. Aku, kalau dapat berendam dalam air, memang tak ingat apa dah. 
Lepas dah basahkan badan, kami menuju ke Tasik Biru. Abah dgn mak memang pernah mai sini dulu, honeymoon hehehehe tasik ni memang kelihatan biru dari jauh, mungkin dalam sangat kot. Ada jeti untuk kita turun bergambar tapi tangan tak dapat cecah air tasik pun, jeti tinggi. Lepas bergambar, kami balik ke waterfront.

Park kereta kat basement hotel, kami berjalan ke waterfront untuk naik bot ni. Kalau korang nak tengok sunset sambil menikmati minuman fresh orange dan tengok tarian tradisional Sarawak, korang boleh beli tiket untuk naik cruise waterfront dengan harga RM60 sorang. Aku dengan family tak amik pakej tu, rasa tak berbaloi nak bayar. Kami sewa bot pelancong yang kecik ni untuk ronda-ronda kawasan sekitar. Kalau tak silap, satu bot ni sewa RM80, dorang bawak ronda kawasan yang sama dengan cruise mahal tadi. 
mak memang saspen je sepanjang dalam bot ni hehehehe takut bot terbalik katanya

Kami charter satu bot tau. Best sangat! Dapat tengok sunset

Kami mintak abang bot ni hantar kami di seberang waterfront tu untuk dinner. Kat seberang tu ada Kampung Boyan, ada foodcourt dan perkampungan. Depan jeti ada jalan nak ke kampung ni, ikut je terus dan nampak Restoran My Village Barok (jgn salah sebut). Kat sini ada pelbagai menu dan tempat makan ala-ala kampung. Bila tengok nasi ayam bakar, aku terus lupa nak amik gambar. Sementara tunggu makanan, abah pi masjid kat kampung tu untuk solat maghrib. Kami balik solat jamak kat hotel je sebab tak selesa baju berpeluh.


Lepas makan, kami naik sampan untuk kembali ke seberang. Tambang sampan ni cuma RM1 seorang. Actually waterfront dan kampung boyan ni hanya bertentangan dan dipisahkan oleh sungai. Bukan jauh pun. Tapi kalau nak berenang untuk cross sungai tu, boleh lemas gak la heheehe







No comments:

Post a Comment