05 July 2012

2012: Kuching - Hari 1

30 Jun 2012 - Hari Pertama

Kami bertolak dari umah aku di Puchong lebih kurang kul 6.30 pagi terus ke LCCT. Lepas turunkan semua penumpang, aku pi parking kat zon D (berhampiran Tune Hotel). Susah gak nak cari parking kosong kat tempat murah ni, ramai yang pilih zon D walaupun jauh sekali dari balai pelepasan. Lepas dah dapat parking, kelam kabut jalan kaki ke airport, mandi peluh la. Sampai kat balai berlepas, kami terus masuk ke balai berlepas. Mak abah memang dah siap drop baggage kat kaunter dan aku pun dah siap buat web check-in untuk semua. So, takyah buang masa dok melangak-langak kat dalam tu.

Bonda tersayang....superwoman di hati kami
Kami bertolak dari LCCT jam 8.30 pagi dan sampai di Kuching lebih kurang 2 jam selepas tu. Tiba di airport Kuching, kami terus ke tempat tuntutan bagasi untuk amik beg mak dan abah. Aku, adik dan kak Mazni galas beg masing-masing je (hand carry). 
tunggu beg

di depan balai ketibaan
Selepas amik beg, aku terus ke kaunter van Tune Hotel untuk sahkan kehadiran. Actually, aku dah book pick-up service dari Tune Hotel awal-awal lagi. Booking takyah bayar, cuma perlu call dorang bagitau tarikh dan bilangan penumpang je. Sampai kat airport, baru buat bayaran. Untuk pick-up service, Tune caj seorang RM10 untuk sehala. Kalau tak silap aku, pick-up service ada setiap 30min, so takyah tunggu lama. 

Untuk percutian kali ni, aku memang dah siap-siap booking kereta sewa dari website http://www.keretasewadikuching.com.my/.  2 bulan sebelum tarikh bercuti, aku dah siap-siap book dan buat bayaran. Kami sewa untuk 2 hari je dan syarikat akan hantar kereta tu terus ke hotel kita. Kalau nak dorang hantar ke airport pun boleh juga tapi sengaja aku mintak dorang hantar terus ke hotel pada sebelah petangnya. Lagipun, baru je sampai Kuching, memang blur lagi nak drive di tempat orang. 

Sampai hotel, kami terus check-in. Aku memang dah siap-siap booking untuk early check-in satu bilik iaitu untuk kami letak beg dan bagi mak abah berehat dulu. Aku, kak Mazni dan adik lepak kat lobi hotel, tengok tv dan guna internet kat pc yang disediakan percuma. Kat lobi hotel ada mini kafe, boleh la setakat nak minum air sejuk/panas atau makan snacks. Bagi aku dan kak Mazni yang dah 2 kali stay situ, kami terus pi restoran kat belakang hotel tu la, pekena nasi goreng sorang sepinggan dan bungkus untuk mak abah.  Tepat kul 2 petang baru kami bleh check-in. Ketiga-tiga bilik yang aku amik ni lengkap dengan siaran tv, air-cond untuk 2 hari dan toiletries (tuala dan sabun). Kalau nak semua ni, semestinya kena tambah duit sket la hehehehe 
single bedroom (aku dok sorang huhu)


Lebih kurang kul 5 petang, Cik Ain dari syarikat sewa kereta datang hantar kereta untuk kami. Lepas semua dah puas rehat, mandi, solat, kami keluar untuk jalan-jalan. Korang tau kan, Sarawak dan Sabah, cuacanya lebih cepat gelap berbanding semenanjung. Kul 6 pun dah macam kul 7 di semenanjung dan solat maghrib pada kul 6.30ptg. Sebab tu la tiap kali tiba bulan puasa, adik sibuk la nak pi dok Sarawak, nak bukak posa awal katanya hehehe

Oleh kerana cuaca dah mula gelap, kami hanya dapat pi ke pasar malam satok. Kat sini, lebih terkenal dengan pasar siangnya tapi malam minggu, ada juga pasar malam. Pasar malam kat sini sama je dengan di semenanjung, cuma yang membezakan hanyalah jenis makanannya. Aku tengok kat sini rata-rata kedai jual mee kolok dan ayam bakar (peberet aku ni).
mat kedai belakang tu siap nak enterframe gak


Sedang leka berjalan-jalan, aku terpandang kat satu gerai ni. Orang punya ramai macam dok tengok free show. Aku pun menyibuk sekali la. Bila sampai kat gerai ni, baru aku tau rupa-rupanya orang ramai tu dok tunggu giliran untuk beli kuih wadeh (biasanya dibuat oleh orang India). 

dorang ni memang fokus dan cekap berniaga

inilah rupa kuih wadeh yang aku dah beli
Kuih wadeh ni memang tersangat sedap, rangup dan semua rasa sempurna! Tapi sayangnya aku beli RM5 je (ada 15 ketul kot). Nak beli lagi................memang kena beratur lagi 30min la huhuhu

Bila orang dah makin ramai, rasa sesak gak nak berjalan, tak selesa. So kami amik keputusan untuk isi perut dan balik ke hotel. 
ayam bakar yang sedap!




Abah order mee kolok sup

cer teka....siapa punya order ni? hehehe sedap wooooooo!!!
Lepas makan, kami plan nak balik hotel dan rehat. On the way nak sampai hotel, ada karnival usahawan dan kraf Malaysia kat Kuching Waterfront. Apa lagi, mak excited nak singgah la, dah terbayang-bayang baju kaftan batik hehehe 
30/6 adalah hari terakhir karnival, meriah sangat

Lepas ronda-ronda dalam ni lebih kurang 2 jam, kami balik ke hotel.


No comments:

Post a Comment