06 June 2010

2009 : Pulau Redang - Hari 3

10 Julai 2009 Hari terakhir di Pulau Redang.... aku dah bangun seawal 6.30 pagi untuk merakamkan gambar matahari terbit.... Gambar di atas diambil ketika jam 6.42 pagi.... dan gambar di bawah ni ketika jam 7.02 pagi


Kami dah bersiap untuk check-out.... sempat bersarapan dulu sebelum bot sampai....

Kenangan di Redang Pelangi Resort....


Semua pakat usung beg.... nak naik bot untuk ke jeti Merang...


Kami pilih tingkat atas bahagian luar bot.... leh tengok pemandangan laut yang cantik...


Bergambar bersama penumpang lain yang menginap di resort yang sama dengan kami.... Dorang ni orang tempatan Terengganu, datang berehat di hujung minggu saja....


Kami akan bertolak balik ke KL dengan penerbangan MAS jam 9.10 malam. Oleh kerana masa masih panjang....kami amik pakej bersiar-siar di bandar KT yang ada dijual kat resort. Tak mahal pun.... dan berbaloi. Bas akan bawa kita sekitar bandar untuk singgah di beberapa tempat popular seperti tempat jual keropok losong, pusat batik, Masjid Kristal, pasar malam, dan akhirnya antar kami terus ke airport.



Berakhirlah percutian kami di Pulau Redang..... moga pulau ini akan dipelihara dengan baik agar kami dapat menikmati keindahannya sekali lagi.....

Selamat tinggal kenangan yang indah.....

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment