Pagi ni kami hanya menjalankan aktiviti dalam bilik kursus saja. Aktiviti pertama adalah mengenalpasti masalan dan halangan yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti petang semalam. Kami dibahagi 4 orang dalam satu kumpulan.
Aktiviti kedua.....korang tengok macam mana kekuatan berkumpulan membolehkan semut mengangkat anak gajah dengan menggunakan 2 jari sahaja (ibu jari + telunjuk) hihihihihihihi
Aktiviti ketiga.... kerusi manusia. Aktiviti ni memerlukan kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain agar sama-sama teguh dan tak jatuh. Yang ni aku tak buat sebab saiz aku untuk sofa, bukan kerusi hehehehe
Aktiviti keempat.....mendirikan 12 batang paku di atas sebatang paku yang lain. Erm...macam mustahil kan? Tapi, memang boleh! Kumpulan aku yang pertama berjaya siapkan aktiviti ni ehem...ehem...
Ni hasilnya.....
Ni pulak....hasil kejayaan semua aktiviti pagi ni hahahahahaha
Aktiviti petang dimulakan dengan memasukkan lidi ke dalam belon tanpa memecahkannya. Ni adalah aktiviti individu tapi Noni terpaksa tolong sebab aku sorang je yang amik masa terlalu lama nak cucuk lidi ke dalam belon tu. Ini la dikatakan team building kan....
Seterusnya, kami kena turun dari tempat yang lebih tinggi dengan menggunakan tali. Ntah apa nama aktiviti ni, aku lupa lak.

Kami diberi penerangan sebelum memulakan aktiviti 'terbang' petang ni.
Yang pertama, kami kena buat flying fox. Aku takda masalah dengan aktiviti 'terbang' ni cuma sayangnya cameraman tak sempat amik gambar aku, maklumlah, cepat sangat terbang turun dari atas tu (had muatan lebih) hihihihihi
Yang pertama, kami kena buat flying fox. Aku takda masalah dengan aktiviti 'terbang' ni cuma sayangnya cameraman tak sempat amik gambar aku, maklumlah, cepat sangat terbang turun dari atas tu (had muatan lebih) hihihihihi
Seterusnya, kami kena turun dari tempat yang lebih tinggi dengan menggunakan tali. Ntah apa nama aktiviti ni, aku lupa lak.
Yehaaaaaaaaaaaa! Tindakan berani mati ni......sib baik muka tak pandang kamera, kalau tak, nescaya nampak kebiruan hehehehehe
No comments:
Post a Comment