Pagi ni dimulakan dengan aktiviti menguruskan kilang belon. Banyak pengajaran yang kami perolehi dari semua aktiviti team building dan aku yakin, sikit sebanyak dapat merubah tingkah laku dan persepsi setiap peserta. Cuma taktau untuk berapa lama......?


Aktiviti kedua....kami diminta untuk membentuk kelopak bunga yang kembang kuncup tanpa memutuskan pertalian antara satu sama lain.
Hasil dari ujian personaliti setiap individu......V=visionary, C=commander, N=neutral dan A=analytical. Siapa yang buat ujian ni dengan ikhlas, hasilnya boleh dipercaya, tapi kalau jawab soalan tak ikhlas, kita gagal kenali diri sendiri.



No comments:
Post a Comment