18 Jun 2011 (Sabtu)
Dah kerap sangat bercuti kat luar, kali ni kami beli pakej percutian sehari bersama gajah di Kuala Gandah, Pahang. Pakej ni kami beli dari Mydeal.com.my, yang dianjurkan oleh eZi World Travel & Tours Sdn. Bhd. berharga RM80 seorang termasuk pengangkutan pergi dan balik dari KL Sentral - Pahang, makan tengahari, tiket masuk ke Elephant Sanctuary Park dan Deer Land.
Kami dijemput dari KL Sentral oleh GM eZi World dan drivernya dengan van pelancong pada jam 8.00 pagi dan terus bertolak ke Kuala Gandah ikut highway Kuantan, exit ke Lanchang.

Tiba di Kuala Gandah pada jam 9.45pagi dan kami dibawa ke Deer Land. Kat sini macam mini zoo, tempatnya lebih kemas dan pengunjung boleh mendekati binatang-binatang yang dipelihara di sini.

Seiras tak?

Setiap pengunjung akan diberikan sebekas kentang mentah untuk diberi makan kepada rusa-rusa ni. Kita dinasihatkan untuk bagi makan dari luar pagar je sebab kalau dah masuk dalam pagar, memang sah kena serbu.

Lepas dah abis bagi makan kat luar pagar, baru bleh masuk dalam kawasan rusa. Kalau kita tak bawa makanan bersama, rusa-rusa ni pun tak selera nak pandang kita. Cuba tengok yang sekor kat sebelah aku tu.....eksen semacam je muka dia.
Kalau berani, boleh la bergambar dengan ular sawa ni. Tak bahaya....cuma terasa geli-geli gak time dia bergerak melengkar di tengkuk.......sejuk tau hihihihihi


Sun bear ni bernama 'Muda'. Dia ni ada mood gak nak jumpa orang. Kalau bernasib baik, kita dapat pegang dia camni, tapi kalau dia takda mood, korang boleh tengok dari luar pagar je.

Minum susu yang dicampur wafer.

Burung ni sangat cantik. Bulu dia berkilat dan menarik. Macam pakaian zaman Firaun dulu kan?
Lebih kurang sejam, kami keluar dari Deer Land dan menaiki van semula untuk ke tempat gajah. Tempatnya bersebelah je.....tapi disebabkan kaki kita jauh lebih kecik dari kaki gajah, terpaksa naik van ke sana gak hihihihihi

Ni tiket kami.....semua travel agent yang uruskan. Tiket ni ada pelbagai jenis, ada warna hijau, warna merah dan wana kuning. Yang aku tau, tiket warna kuning membolehkan kita buat semua aktiviti bersama gajah. Selain dari warna kuning, aktiviti tertakluk pada had tertentu saja.

Bila sampai di tempat gajah, kami dibawa untuk makan tengahari di kawasan berdekatan rumah kakitangan.

Oleh kerana kumpulan kami hanya 7 orang dan 2 orang travel agent, kami diberikan tempat makan yang istimewa sket, dok dalam rumah, memang selesa. Kalau rombongan yang ramai, makanan akan dihidangkan kat luar rumah.

Menu kami hari ini.... nasi goreng, telur dadar, ayam goreng, sambal belacan, ulam timun dan air sirap ais. Sedap ooooooooo

Yang 2 orang sebelah kiri tu adalah anak dan bapa yang beli pakej sama dengan kami. Jadi, gi mana-mana pun hari ini kami perlu bersama-sama. 1 Malaysia!

Lepas lunch, kami terus berjalan kaki ke tempat gajah. Dalam perjalanan ke sana, terjumpa lori yang merupakan pengangkutan utama gajah-gajah di sini. Lori ni khas untuk bawa gajah je, tak boleh disewa untuk pindah rumah tau.

Kami kena tukar pakaian dulu sebab aktiviti bersama gajah memerlukan kami untuk terkena lumpur dan air.

Kami dibawa ke tempat taklimat untuk menonton video tentang latar belakang pusat penjagaan gajah ni.

Di sinilah tempat tayangan video kepada semua pengunjung. Tayangan mengambil masa 1 jam. Memang best! Dari penerangan dalam tayangan video tu, baru kami tau bahawa tempat ni adalah serupa dengan rumah anak yatim, tapi sini hanya untuk gajah. Gajah-gajah yang ditemui berkeliaran dalam hutan atau yang dilaporkan mengganggu tanaman di kampung akan dibawa ke sini untuk penjagaan sepenuhnya. Seekor gajah memerlukan belanja sebanyak RM250 untuk makan sehari. Jadi, pusat ini sangat-sangat mengharapkan sumbangan dana dari individu atau syarikat korporat bagi memelihara lebih banyak lagi gajah-gajah yang terbiar. Untuk sesapa yang tak banyak duit macam aku, kita masih boleh bagi sumbangan dengan hanya membawa keluarga ke sini, melihat kehidupan gajah dan menderma seberapa yang boleh. Kesian tengok gajah-gajah ni..... mengharapkan belas ihsan anda untuk meneruskan kehidupan di dunia yang semakin musnah angkara manusia.

Kat sini kita boleh bagi gajah makan kacang. Kalau korang nak datang sini, elok bawa kacang siap-siap dari umah atau beli kat kedai. Kat sini memang ada jual, kacang Ngan Yin saja, harga lebih mahal dari luar.

Bila hulur makanan, dia terus sedut cam vacuum. Kalau takda makanan, jangan harap dia nak pandang. So, jangan kedekut bagi makanan kalau nak rasa pengalaman pegang belalai gajah.

Time ni gajah-gajah dewasa dibawa mandi oleh penjaga masing-masing.

Tempat untuk menonton adegan gajah mandi juga disediakan untuk pengunjung.
Pengunjung juga dibenarkan untuk menunggang gajah (eh, betul ke perkataan ni?)

Pengalaman naik gajah memang best, terutama kalau dapat peluang menunggang cara yang asli, tak guna bakul. Rasa cam duduk kat atas kerusi urut ogawa tu hehehehe Tapi, aku rasa kesian gak kat gajah ni. Mesti sakit tulang belakang dia.....

Inilah aktiviti kemuncak yang aku nanti-nantikan.....mandi dengan gajah....yahoooooooo!
Secara keseluruhan, pakej ni memang best untuk korang yang minat dengan binatang. Kalau berminat nak beli pakej ni, korang boleh contact En. Idrees Ismail 012-2971224 di eZi World Travel.
Pakej ini memang best - Thank You
ReplyDeletekalau nak menginap di lanchang.. hubungi AZFIED HOMESTAY 013-9124879 hanya 10 minit perjalanan ke kuala gandah . terletak di kg. bolok hilir. Kami juga menjual tebu rm 2.00 sebatang untuk di bagi kepada gajah.CUTI-CUTI MALAYSIA
ReplyDeleteBetul kata Azfied tu, dah banian penginapan di sana. Chalet Kuala Gandah cthnya, hanta di luar pagar Pusat Gajah tu...http://www.oniklan.com/business/hotel-resort/chalet-gandah-forest-park/
ReplyDelete