16 Mei 2011 - Hari terakhir
Pagi ni dimulakan dengan aktiviti menguruskan kilang belon. Banyak pengajaran yang kami perolehi dari semua aktiviti team building dan aku yakin, sikit sebanyak dapat merubah tingkah laku dan persepsi setiap peserta. Cuma taktau untuk berapa lama......?

Aktiviti kedua....kami diminta untuk membentuk kelopak bunga yang kembang kuncup tanpa memutuskan pertalian antara satu sama lain.

Nak buat kelopak bunga.....geng yang tak cukup tinggi kena kuncup dulu hehehehe

Hasil dari ujian personaliti setiap individu......V=visionary, C=commander, N=neutral dan A=analytical. Siapa yang buat ujian ni dengan ikhlas, hasilnya boleh dipercaya, tapi kalau jawab soalan tak ikhlas, kita gagal kenali diri sendiri.

Acara penutup.....pemberian sijil penyertaan dan sebiji coklat ferraro roche dari Pengarah Bgn Korporat yang mewakili SPAN.

Dah nak bertolak balik ke Cyberjaya. Selamat tinggal Trolak......
POST SEBELUM INI
No comments:
Post a Comment