06 June 2010

2009 : Kota Kinabalu - Hari 2

5 Julai 2009

Jam 8.30 pagi kami dah kuar hotel untuk ke Ranau dan kawasan Gunung Kinabalu. Perjalanan ke sana jauh gak... amik masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Ranau. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah bersarapan di restoran member aku, Salma Rafie atau nama yang aku suka panggil....'moma'. Dia ni orang Kedah tapi berkahwin dengan orang Sabah dan menetap di sana. Restoran ni menyediakan nasi campur, masakan panas ala-carte dan juga kuih muih.






Dari kiri..... aku, Kak Zaliza (dukung anak moma), Moma dan suami.



Kami dah sampai di kaki Gunung Kinabalu. Kat sini ada banyak gerai jual sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Sama cam kat Cameron Highland.

Lepas berposing di kaki Gunung Kinabalu....kami meneruskan perjalanan ke Ranau untuk ke Sungai Tagal, Kg. Luanti, yang terkenal dengan ikan untuk massage kaki tu. Perjalanan ke sini memang jauh gak.... bergegar keta kancil yang kami sewa tu.... hihihihi

Ikan kat sini memang besar betul! Masa kami sampai, takda sesapa yang mandi dalam sungai ni. Kebanyakan orang cuma celup kaki kat tepi sungai dan bagi ikan makan (makanan ada dijual dengan harga RM2 sebungkus). Aku memang pantang tul tengok sungai atau laut.... menggeletis je hati nak terjun. Apa lagi..... tukar baju kat surau berdekatan.... pastu terjun!

Sungai ni dalamnya paras leher aku (sebab aku tak tinggi mana). Air sungai tak jernih, tapi sejuk dan bersih (takda sampah sarap). Kalau nak ikan datang berkerumun camni.... genggam makanan yang kita beli tu dalam tangan. Hmm.... boleh rasa love bite ikan ni tau hihihihihi ikan gigit tak sakit....cuma kalau yang besar sangat tu, terasa mulut dia menyedut kulit kita....kalau ikan sedut lemak.... bleh la aku kurus sket hik hik hik
Adegan berkucupan.....antara aku dengan ikan. Hukumnya haram ke ni....sebab kami bukan muhrim.....?

Lepas balik dari Ranau....kami terus ke bandar KK untuk bersiar-siar dan singgah di Pasar Filipina yang popular kat sini.


Pasar yang berselerak....ada pelbagai jualan makanan basah dan kering. Kami makan malam di sini. Saja nak try ikan, sotong, udang bakar yang popular sangat ni. Kalau tak cuba, taktau lak rasanya kan? Semua makanan laut yang dibakar ni akan dihidangkan dengan nasi putih dan kuah cicah yang kena buat sendiri.... Dorang bagi cili padi, kicap botol, limau dan beberapa jenis rumpai laut. Tergamam gak seketika taktau nak buat apa dengan benda-benda ni. Pastu aku usha orang sekeliling, tengok cara dorang buat, then kami buat benda yang sama. Makanan laut kat sini lebih mahal jika dibandingkan kat Bagan Lalang. Dengan tempat yang berselerak.... orang sekeliling yang ramai sangat.... suara penjual yang jerit sana sini, memang tak selesa. Tapi untuk yang nak cuba pengalaman ni....silakan mencuba... mungkin korang seronok kat sini....

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment