2 Mei 2010 (Ahad)
Hari ni kami ke Seaworld. Dari nama pun dah tau tempat apa kan? Hmm... nak masuk sini ada rumit sket. Banyak prosedur untuk org luar cam kami ni. Kalau bukan orang Islam, boleh tunjuk tiket je, terus bleh masuk. Tapi kami... dok kat pintu masuk hampir 30min, kena isi maklumat diri dalam borang. Pas isi borang, kena soal siasat kat kaunter tiket lak (padahal kami dah beli tiket awal-awal). Pas jawab soalan-soalan minah salleh dalam kotak tiket tu, kena amik gambar lak. Setiap sorang kena sengeh kat depan kaunter tu untuk diambil gambar, lepas gambar dicetak, minah salleh tu akan lekatkan gambar kami kat tiket masing-masing. Kami kena simpan tiket yang ada gambar tu untuk pengesahan identiti di Sea World dan Movie World esok. Orang lain takda pun yang kena buat proses macam ni. Heran tul..... takkan rupa paras kami semua ada iras geng Taliban? Bila berlaku camni, baru aku tau... orang Islam (pakai tudung) tak dialu-alukan di sini, mat salleh kat sana memang tak suka orang Islam. Patutlah kebanyakan orang Islam yang pi sana terus jadi omputeh..... mungkin takut nak mengaku Islam. Moral of the story, kalau korang nak pi negara mat saleh, pakai la cam mat saleh, suar pendek dan roundneck tshirt yg macam tak basuh 2 bulan tu. Mesti korang leh masuk ke tempat macam ni tanpa banyak soal hihihihihi (nasihat ke ajaran sesat ni?).

Kat sini ada bermacam-macam hidupan laut. Ada beruang kutub yg tembam, jerung kekenyangan, penguin, dan banyak lagi yang takda di negara kita. Seaworld ni taklah luas sangat cam Dreamworld, tapi tetap dilengkapi semua fasiliti yang diperlukan.
Menuju ke lokasi pilihan masing-masing, ada yang ke akuarium, ada yang ke pertunjukan anjing laut, ada juga yang ke kawasan permainan.
Show pertama yang kami tengok.....dolphin show. Memang best sangat!
Lepas letih berjalan tengok ikan, kami lunch kat Domino Pizza. Kat Sea World ni takda satu pun kedai yang ada halal certificate. Kalau tak makan, sah tak larat nak jalan ke mana-mana lagi. Nak tanak, kena makan gak kat sini, tapi pilihan makanan yang limited. Kami makan pizza mini udang je dan kentang goreng. Lepas lunch, kami ke kawasan permainan yang mencabar....

Tepat jam 5.20 petang....kami dah menuju ke pintu keluar.... sebab bas akan datang pada jam 5.30 petang. Dalam perjalanan keluar, sempatlah kami beli souveniers. Aku beli bantal dolphin (sebesar aku) dengan harga AUS$25 dan tuala mandi gambar Sea World berharga AUS$10.
POST SEBELUM INI
No comments:
Post a Comment