21 March 2012

2012 : Ho Chi Minh City - Hari 2

17 Mac 2012 - Hari Kedua

Bangun pagi terus mandi dan naik ke tingkat 5 untuk breakfast. Makanan kat sini tak banyak pilihan, takda ayam atau daging. Yang ada cuma telur dan seafood. Tapi aku tak kisah pun, janji halal dan mengenyangkan. Lagipun, kami memang bawak bekal nasi segera pak Brahim untuk lunch hehehehe 

Ruang makan di tingkat 5 hotel HHL2

Lepas breakfast, kami terus ke pasar ben thanh. Kedai-kedai kat sini dibuka seawal 8 pagi. Kalau pi awal-awal ni senang sket nak tawar menawar harga. Bila dah ramai orang nanti, peniaga mula eksen.....

Aku, Erena dan husband, tempah seluar dan kemeja di kedai ni. Semua tempahan boleh siap dalam masa sehari je. Tempah hari ni, siap esok. Harga? Aku tempah seluar kerja 2 helai, RM40 je sehelai. Kain dan design, boleh pilih. Semua yang kami tempah ni dibuat seeloknya, tak perlu ubah apa-apa lagi. Tapi sayangnya aku hanya tempah 2 helai. Keesokannya, dah terlambat untuk tambah tempahan sebab kami dah nak balik KL.
Ni pulak kedai jual kain cotton yang famous kat forum cari.com. Nama dia Lynn, fasih berbahasa melayu. Kebanyakkan peniaga kat dalam pasar ben thanh ni boleh cakap melayu, takda masalah nak communicate dengan dorang. Kain cotton kat sini dijual dengan harga USD15-USD30, bergantung kualiti dan corak. Kalau nak beli kain di Vietnam ni, cukup setakat 3.5 meter je sebab bidangnya 60'. Kalau kat tempat kita, bidang lebih kecik, sebab tu kita perlukan 4 meter untuk sepasang baju kurung.

Sebagai panduan, kalau korang nak beli kain di HCM, minta peniaga tu gunting kain depan korang. Jangan beli yang dah siap potong, bimbang tak cukup ukuran. Aku beli banyak gak untuk dijual kat Malaysia, aku tunggu pekerja Lynn potong setiap satu. Lepas bayar, dorang akan tolong bungkus dan hantar ke hotel secara percuma. Jadi korang takyah risau nak usung kain tu ke sana sini ye. 
Kalau korang peminat bagpacks brand terkenal macam Deuters, North Face, Samsonite, Crumpler....korang kena pilih betul-betul sebab beg-beg ni ada banyak kualiti. Kalau nak yang kualiti bagus, kena mintak peniaga amik yang dalam simpanan dorang. Tapi tak semua kedai ada simpan beg kualiti AAA ni. Kena pandai cari dan pilih. Aku ada jumpa satu kedai di luar pasar ben thanh, sederet dengan kedai-kedai jual kasut crocs. Kedai dia tersorok sket ke dalam. Dia memang banyak jual kualiti AAA dengan harga yang murah (kena tawar menawar). Peniaga ni muka seiras Shah Jazzle, so senang korang nak cam. Kat dalam forum cari.com memang forumers panggil kedai Shah Jazzle. Aku la yang bagi gelaran tu.
Kalau terjumpa peniaga kat luar pasar yang pakai uniform kemeja biru macam kat belakang aku tu, dorang ni sebenarnya pekerja yang bekerja dengan kedai hak milik kerajaan. Jadi harga yang dipamerkan adalah fixed price, takyah cuba nak tawar menawar ok. Buat kena marah je. 
Sebelah belakang pasar ben thanh ada jual barangan basah seperti sayur, buah-buahan dan juga bunga. Aku tertarikh dengan bunga-bunga segar ni, murah betul. Sejambak rose bentuk love ni cuma USD15. Murah kan? Walaupun murah, aku tak beli la.

Lepas letih ronda pasar ben thanh, aku dengan Kak Mazni balik hotel berehat. Lunch kami makan nasi goreng kampung pak Brahim. Rendam je dalam cerek masak air panas, pastu boleh makan. Sedap tau.....tak tipu. 
Lepas maghrib, kami keluar ke pasar malam lagi sekali. Kali ni baru boleh beli apa yang dah survey kelmarin. Kami bergerak bebas...masing-masing berpecah je. Senang nak shopping. Bukan ada apa nak ditakutkan. Kebanyakan yang kami jumpa adalah orang Malaysia, langsung tak terasa berada di Vietnam. Dah letih shopping, aku pi pekena kopi ais dan bihun sup kat kedai Hjh Basiroh. 
Dah kenyang makan, kami naik teksi ke rumah Hjh Basiroh untuk beli kain baju dan telekung. Rumah dia tak jauh dari kedai makan, bayar teksi USD10 saja. Sebenarnya kat kedai makan ni pun dia ada jual telekung dan kain pasang cuma tak banyak pilihan. Kat pasar malam pun ada banyak....cuma kena tgk kualiti. Walaupun telekung buatan Hjh Basiroh tak banyak corak dan warna, aku suka kualiti kain dan jahitan sulamnya. 

Kalau korang nak pi umah Hjh Basiroh, minta tolong pekerja kedai Hjh panggilkan teksi dan bagitau teksi destinasinya. Nanti dari umah Hjh, dorang juga tolong panggilkan teksi untuk kita balik ke hotel. Kat umah Hjh ada beratus-ratus kain telekung pelbagai gred dan baju kurung sulam serta jubah yang cantik-cantik. Aku beli kain telekung paling mahal yang dijual kat sini untuk Mak je, pastu beli yang murah sket untuk jual dan pakai sendiri. Kalau kat Malaysia ni dorang jual telekung vietnam dengan harga RM80-RM100, kat Vietnam RM30 saja. Memang la murah kan? Tapi korang kena amik kira kos perjalanan jauh dari Vietnam ke Malaysia gak tau.
Bergambar kenangan bersama Hjh Basiroh, juara tilawah Al-Quran yang mewakili Vietnam. Hjh memang baik, pandai cakap melayu dan mudah berurusniaga. Kalau korang nak beli sikit je pun takpa, boleh je pi umah Hjh, dorang sedia terima tetamu.


1 comment:

  1. kedai lyn tu kedai thuy duoc fashion kt ben thanh eh?

    ReplyDelete