23 March 2012

2012 : Ho Chi Minh City - Hari 3

18 Mac 2012 - Hari ketiga

Pagi ni kami breakfast awal sket sebab dah buat appointment nak ikut trip ke sungai Mekong. Lepas makan, kami terus tunggu bas kat tempat yang dijanjikan. Perjalanan ke sungai Mekong amik masa lebih kurang 1 jam setengah. Sepanjang perjalanan kami diberi taklimat oleh pemandu pelancong syarikat berkenaan. Best gak dengar cerita dia tentang sejarah Vietnam dan Sg Mekong.



Tour guide kami untuk trip ni
Sebelum sampai Sg Mekong, kami dibawa ke kilang kulit siput. Kilang ni menghasilkan barangan hiasan yang unik dan cantik menggunakan kulit siput/cengkerang. 

Lepas melawat kilang kraftangan ni dalam 30 minit, kami dibawa ke Sg Mekong. Tiba di jeti, kami terus bergerak berkumpulan ke tempat naik bot. Kat jeti ni ada ramai peniaga jual topi dan souveniers HCM. Sementara tunggu bot sampai, kami beli topi sorang satu hehehehe  

Bot yang kami naik
Destinasi pertama yang dituju adalah pusat membuat gula-gula kelapa (coconut candy). Kat sini dorang buat candy secara tradisional tanpa mesin yang canggih.  

Ada pelbagai perisa gula-gula ni selain dari rasa original kelapa. Untuk orang yang sukakan kelainan, boleh la try gula-gula kelapa perisa durian, pandan, strawberry, coklat. Aku taktau nak cerita macam mana rasa gula-gula ni sebab aku tak try langsung. Tapi ada gak beli beberapa paket untuk mak abah.

Lepas tengok cara-cara gula kelapa dibuat, kami naik bot semula untuk ke hentian seterusnya. Ntah apa nama tempat ni aku pun tak ingat. Tapi kat sini macam satu kampung yang khas untuk pelancong. Ada restoran (tak halal), kolam buaya dan beberapa buah rumah penduduk. Kami dibenarkan naik basikal percuma untuk ronda-ronda seluruh kampung tu. Kalau korang taktau berbasikal, tolong jaga beg kengkawan jelah ye hehehehehe
Dah letih kayuh basikal, kami buka bekal masing-masing. Ni bekalan aku dengan Kak Mazni. Kami bawak nasi tomato pak Brahim gak tapi dah habis makan...tak sempat nak amik gambar. Pakej kami ni memang disediakan makan tengahari tapi bukan dari pembekal yang halal. Jadi, pelancong beragama Islam kena bawak bekal sendiri ye. Tapi, untuk minuman takyah risau, ada kedai jual air kelapa dan jus buah-buahan kat sini.

Sarang lebah

Korang berani?

Lepas turun dari bot tadi, kami kena naik perahu ni plak untuk menyusuri sungai di perkampungan orang tempatan. Sungai dorang memang bersih, sebab tu boleh jadi tempat pelancongan, tak macam tempat kita huhuhu 
Inilah pendayung perahu kami. Orangnya masih muda, cantik dan bertenaga tau. Bayangkan la dia kayuh perahu yang memuatkan 5 orang dewasa. Sungai ni menuju ke satu hentian lain dan kita takkan kembali ke tempat yang kita naik perahu tadi. Turun je dari perahu ni, boleh tengok show kebudayaan dorang dan pelancong dihidangkan dengan buah-buahan segar. Lepas tengok show, kami berjalan kaki menuju ke bot yang kami naik mula-mula tadi. Bila ahli rombongan dah cukup, bot bergerak balik ke darat. Maka berakhirlah sudah lawatan kami ke Sg Mekong.

No comments:

Post a Comment