16 February 2011

2011 : Beijing - Hari 7

28 Jan 2011 - Hari Ketujuh (Jumaat)

Hari terahir untuk shopping. Kami dibawa ke Silk Market. Hari ni kami ambil keputusan untuk tanak ada break di pertengahan waktu shopping. So kami minta tour guide dan driver untuk jangan ganggu kami shopping hari ini. Lepas driver antar kami ke Silk Market, kami soh driver balik rumah je. Petang nanti baru datang amik kami untuk dinner. Nak shopping punya pasal, kami skip lunch yang disediakan oleh pakej. Makanan tu soh driver bungkus dan bawak balik umah dia je. Bukan apa....Beijing ni memang sibuk dan jalan asyik jem. Buang masa dalam perjalanan. Sebab tu kami tanak p makan hari ni. Driver antar kami kul 10.40 pagi dan jemput kami semula pada jam 5.00 petang ngeh ngeh ngeh.... shopping sampai kejang tangan.




Kat Yashow Market atau Silk Market (Xiushui Market) memang berlambak-lambak barang branded yang tiruan. Ada pelbagai gred, gred AA, AAA atau super A. Hmm....semua A je kan, takda B hehehehe kalau nak yang mirip original, korang request gred super A. Yang super A ni biasanya tak dipamirkan kat kedai. Dorang simpan dalam almari atau drawer. Bila kita request yang original, dia akan bagi yang super A. Mana ada yang original kat sana....tipu je dorang ni. Tapi yang super A ni memang susah nak cari perbezaan dengan yang ori. Nampak sama je.



Harga? Memang dorang letak harga yang sembelih leher kita la. Kat sini jangan nak malu-malu meow untuk pancung harga. Petuanya senang aje....sebelum dia pancung kita, kita pancung dia dulu hehehehe sebagai contoh.... korang nak beli kemeja Polo Ralp Lauren, minta yang super A, kemudian baru tanya harga. Dia akan bagi harga RMB480 (RM240). Jangan pengsan lak! Bagi balik baju tu kat dia. Bila dia tanya HOW MUCH U WANT?...... cakap je 80yuan (RM40). Dia akan buat muka ketat....tapi korang buat tak faham jelah. Pastu korang jalan....beredar dari situ.

Bila dah jalan 3 @ 4 tapak.... dia akan panggil korang balik dan bagi harga tu, atau dia akan main harga lagi. Korang kena tetapkan pendirian, jangan takut-takut. Peniaga kat sini seboleh-bolehnya dia akan bagi harga yang kita nak sebab terlampau ramai yang berniaga. Bukan tiap-tiap hari orang pergi beli barang kt sana. In case kalau korang dah jalan...tapi peniaga tu tak panggil semula, maksudnya korang p cari kat kedai lain la. Mesti dapat harga yang korang nak. Sebelum tawar harga, pastikan kualiti barang yang kita nak tu. Kalau gred super A biasanya paling rendah pun boleh dapat dalam lingkungan harga RMB60 - RMB80. Tapi kalau gred double A, bleh dapat antara RMB20 - RMB50. Tengok gak jenis baju yang kita nak beli. Kalau jaket baldu Max Mara tu, mahal sket la sebab kat Malaysia pun harganya RM400 kan? Di sana leh dapat kurang 70%.

Bila dah setuju nak beli, bayar cepat-cepat. Pastikan barang yang korang terima dalam plastik tu adalah barang yang sama dengan apa yang dipilih tadi. Aku dah terkena pasal ni masa nak beli alas meja panjang. Tawar menawar bagai nak rak.... siap tawar harga untuk kawan-kawan sekali. Mula-mula memang dah check semua...pastu aku bagi peniaga tu bungkuskan alas meja yang kawan-kawan beli dulu, pastu baru uruskan aku punya.

Lepas check semua barang yang aku nak tadi (2 alas meja saiz 8 kerusi), aku letak dulu kat tepi meja cashier sebab aku nak tengok alas meja bulat lak. Bila tak berkenan design yang bulat, aku pun bayar barang yang aku beli tadi. Tak pulak aku check sekali lagi. Dah bawak balik ke kampung di Kedah, baru aku tau yang alas meja saiz 8 kerusi tu telah menjadi saiz 6 kerusi, sedangkan aku bayar untuk saiz 8. Apa lagi nak dikata.....terima jelah seadanya mak..... hehehehe konon-konon nak hadiah kat mak.
Bila dah tengahari, perut lapar lak. Sib baik kat Silk Market ni ada food court di tingkat 5. Kat food court ni ada 1 je kedai halal. Nak tanak kena makan nasi dan lauk pauk sos tiram gak hehehe tapi harga makanan halal mahal betul la. Aku amik nasi mangkuk kecik, 1 piring sayur dan 1 piring daging blackpepper. Harga 60 yuan.

Lepas makan, lepak kat dinding. Letih. Masa ni dah separuh hari shopping. Dah tak boleh bergerak ke mana-mana sangat sebab barang banyak, tak bleh nak angkut ke sana sini. Jadi, kami letak barang di kawasan lif, dan gilir-gilir jaga barang.

Kami ke Silk Market ni sehelai sepinggang je, tapi bila petang.....inilah hasil tangkapan kami hihihihi

Dah penat shopping....duit pun dah abis.....kami dijemput oleh driver dan tour guide untuk makan malam. Kebanyakan restoran yang kami p memang besar dan cantik. Restoran ni dihias macam restoran Arab. Khabarnya, kat restoran ni ada show tarian gelek selepas jam 7.30 malam. Tapi masa ni baru jam 5.45 petang, awal lagi, belum ada yang nak gelek.
Kalau nak diikutkan harga pakej kami, standard di Malaysia, boleh makan kat warung depan bus station je tau hihihihi tapi pakej yang murah ni bawak kami ke restoran yang besar-besar belaka, walaupun..........................



menunya tetap berasaskan sos tiram dan minyak bijan huhuhuhu. Menu malam ni....daging lembu masak kari. Daging dipotong dadu sama cam kentang. Sedap gak.....tapi rasa sos tiram tetap menikam kalbu erkkkkk

Lepas dinner, posing bergambar jap sebelum naik van untuk balik ke hotel. Masa ni jam baru pukul 6.30 petang tapi dah gelap malam kan? Kami tak sabar nak balik hotel untuk berkemas sebab esok pagi kena check-out awal.

POST SEBELUM INI

No comments:

Post a Comment