Jika diikutkan itinerary, kami perlu check-out hotel jam 8 pagi sebab ada dua lagi tempat untuk dilawati kat Tianjin. Tapi kami request untuk tak nak singgah mana-mana tempat di Tianjin sebab barang belian dah penuh beg. Bimbang terbeli apa-apa barang di Tianjin pulak nanti. So kami minta check-out lambat sket dari hotel, kira-kira jam 10 pagi. Taklah kelam kabut sangat nak berkemas.
Tepat pukul 10 pagi kami dah berada di kaunter hotel untuk check-out. Driver dan tour guide pun dah menunggu dengan senyum lebar, maklumlah.... duit tips kami tak bagi lagi hehhehe
Kalau ikut pakej tour yang ditetapkan, setiap pengunjung yang menggunakan khidmat driver dan tour guide perlu bayar duit tipping, bergantung kepada saiz trip. Kalau satu rombongan, bayaran tips lebih murah sebab boleh dikongsi dengan semua ahli rombongan. Tapi kalau special tour cam kami ni, kena bayar tips.......setiap orang kena bayar RM6 untuk tour guide dan RM4 untuk driver, bagi setiap hari. So, RM80 seorang (RM10 x 8 hari).
Tak banyak pun duit tipping ni jika dibandingkan dengan service dan bantuan yang dorang bagi kat kita. Kalau kat Malaysia, jangan harap nak dapat cari orang boleh buat kerja jadi tour guide cam kat China sebab upah yang sangat murah dan tugas yang meletihkan. Jadi, kalau korang p Beijing, bagi la tips lebih kat dorang.... sket pun takpa asalkan lebih dari yang ditetapkan. Bila check-out dari hotel, baru kami bagi duit tips kat Tracy dan driver. Dapat je envelope duit tu, Tracy terus buka dan bilang duit dalam tu......rakus betul dorang ni terima duit. Bila dah sure duit tips ada extra banyak, masing-masing tersenyum lebar la.
Kuar dari hotel, kami singgah ke restoran untuk tour guide amik pek makan tengahari untuk kami. Nasi dan lauk panas-panas, dipek dalam bekas yang cantik (bukan polysterine tau). Kami makan dalam van je.....sebab perjalanan ke Tianjin amik masa 2 jam.
Terima kasih buat semua kawan-kawan serombongan kerana bersama mencipta kenangan indah di Beijing.
Terima kasih juga buat travel agency Twin Travel & Tours kerana menyediakan pakej yang superb dengan harga yang best!
POST SEBELUM INI
I Laiiiikkk!
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi pengalaman manis semasa melancong ke Beijing..insyaAllah sy jg akan ke sana hujung bulan Oktober ni
ReplyDeletetq di atas info yang sangat berguna. memang nampak you all enjoy sesangat....
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi pengalaman yg sangat berharga,
ReplyDeleteterutamanya tentang paksaan utk beli jade ler, tea ler, pearl dll lg..
Saya mmg tercari2 tip mcm ni sbb 3/12/12 saya dn family akan bercuti ke beijing.
pergi dlm group kecil..sure akan menghadapi pengalaman yg puan hadapi..
Sekali lg...terima kasih...terima kasih...terima kasih...
Ada buat perkongsian juga tak
DeleteTq, kak bg tips dan kongsi pengalaman mcm ni, leh jadikan panduan jgk atas perkongsian ni, sy akan ke beijing oct 2013 dan in sha Allah, nak berkongsi pula pengalaman sy nanti..
ReplyDelete