16 February 2011

2011 : Beijing - Hari 5

26 Jan 2011 - Hari kelima (Rabu)

Lepas sarapan di hotel, kami dikunjungi oleh seorang kawan, Jia namanya, orang Beijing. Jia merupakan isteri kepada Adi, rakan sepejabat kami. Jia datang ke hotel kejap je, nak kirim barang untuk suami tersayang hehehehe sempatlah kami berborak kejap....sebelum program lawatan bermula.


Program hari ini bermula dengan lawatan ke Medicine Centre. Kat sini ada jual segala ubat-ubatan cina. Di sini juga kami dipaksa urut kaki. Walaupun percuma, sifat memaksa tetap diamalkan.

Ni poster kat tempat urut kaki tu. Doktor cina ni soh kami amik gambar tapak tangan dan tapak kaki untuk rujukan kami bila nak beli ubat nanti.


Mazni & Atikah kat kerusi menunggu tukang urut sampai. Kami diminta duduk di sofa dan rendam kaki dalam besen berisi air suam dan koyok buang toksin. Tak boleh tanak! Dorang paksa kita buat apa yang dorang suruh. Kalau korang semua p dalam rombongan, mungkin boleh terselamat dari bencana ni. Tapi kalau p dalam group kecik cam kami, sure kena paksa serba-serbi.

Lepas rendam kaki seketika (sambil dgr taklimat), datanglah tukang urut kaki bersama pembantu masing-masing. Sambil urut kaki....pembantu akan bagitau fungsi ubat-ubat yang dorang jual dan akan suruh kita beli. Lepas tu datang pulak doktor cina (yg langsung tak reti ckp inggeris) dan pegang tapak tangan kita untuk 30 saat. Pastu terus bagitau segala penyakit kronik yang ada dalam badan kita hahahahaha memang handal betul doktor dorang ni, tak sampai seminit, dah boleh diagnos penyakit kritikal.

Nak tau penyakit yang aku hidap? Dari saiz badan dan parut jerawat di muka, doktor ni kata aku hidap diabetis dan toksin banyak. So dia soh aku beli koyok kaki buang toksin yang berharga 300yuan sekotak. Minyak angin pulak harga 200yuan. Katanya penyakit aku akan bertambah kritikal dan aku tak akan dapat kuruskan badan selagi tak guna koyok buang toksin. Kalau masa ni aku bawak laptop, nak je aku jual kat dorang koyok kaki yang Cik Montel jual dalam blog untuk detox toksin brand Jun Gong.

Time ni si tukang urut semakin kuat picit kaki dan betis aku. Aku cuba tarik tapi dia pegang lagi kuat. Geram betul! Bila dah geram, aku cakap je kat dorang yang aku memang suka gemuk dan berjerawat! So aku tanak beli apa-apa ubat. Pastu doktor cina tu terus blah keluar. Tapi si tukang urut tak lepaskan kaki aku gak. Rasa nak sepak terajang je si minah cina ni. Sakit betul kaki aku dipicitnya sebab paksa beli ubat. At last, aku hulur duit 20 yuan kat dia. Bila dia nak amik duit, aku cepat-cepat tarik kaki dan terus pakai stokin dan kasut. Terus bangun dan aku ajak kawan-kawan blah dari bilik tu. Tapi sebelum dilepaskan, dorang semua kena bagi duit kat tukang urut. Inilah tempat yang paling teruk aku jumpa sepanjang lawatan ke China (selain dari Pearl Centre). Eeeeiiiiii geram sungguh.

Moral of the story.... if korang nak p Beijing, pastikan dalam group korang ada warga emas. Biasanya orang tua-tua ni mudah percaya bab terkena penyakit dan mesti akan beli ubat yang disarankan hehehehehe if ada sorang yang beli, anda semua terselamat.
Lepas semua insiden ni, kami dibawa untuk makan tengahari di restoran berdekatan.

Kali ni lauk berbeza sket (kami request untuk tanak ayam sos tiram lagi). Berselera sket nak makan nasi dengan ayam goreng cili kering ni, eh silap lak, lauk cili goreng dicampur ayam hehe

Ni agak unik. Rasanya takda kat negara kita. Ikan bunga hehehehe badan ikan ni dibentukkan seperti kelopak bunga dan digoreng garing. Sos merah tu manis sket....tapi sedap gak la (China memang takda apa yang pedas kecuali cili kering).

Ni sup isi ayam dan sayur. Dari warnanya tentu korang dah tau....dicampur sos tiram hehehehe
Lepas lunch, kami ke masjid untuk solat.

Lepas solat.....tibalah masa yang ditunggu-tunggu.....shopping!! Petang ni kami ke Yashow Market & Tianya Hongqiao Market.
Yashow market dah nak tutup untuk renovation, so tak banyak kedai yang berniaga. Kat sini aku beli pakaian sukan dan beg samsonite gred super A dari butik samsonite di tingkat 2.
Beg ni ada trolley dan boleh juga digunakan sebagai backpack. Cantik sangat, harga pun 70% lebih murah dari Mid Valley hehehehe Kami beli 7 biji beg ni.
Gambar ni aku dapat dari internet, bukan dari kamera aku. Teruja sangat tengok barang-barang jualan kat sini, sampai aku langsung terlupa nak guna kamera.

Ni Tianya Hongqiao Market, bersebelahan Yashow Market. Kat sini ada jual electronic items dan jewellery. Baju-baju pun ada tapi tak banyak.

Peminat electronic gadget sure tak keruan bila sampai sini. Mana tidaknya....barang-barang berteknologi terkini dijual dengan harga yang luar biasa rendah. Hehehehe dah sah la bukan original. Tapi kalau kita minta yang gred A, kualitinya hampir sama dengan barang original. Malah, keluaran China ni ada yang lebih advance dari barang original, cam handphone....keluaran China boleh guna 2 sim kad.

Di sini aku beli Iphone 4, 2 thumbdrive saiz 128gb, PSP dan 3 Android Apad saiz 7". Duit yuan aku habis langsung, sampai sekeping pun tak tinggal huhuhuhu alamatnya....balik hotel nanti kena tekan kat atm la....
Ni la Android Apad yang kami beli. Semua 5 unit. Sampai Malaysia, 3 charger rosak dan 2 lagi takda masalah. Tapi tablet pc ni memang superb.....canggih.....fungsinya lebih kurang Apple Ipad cuma bersaiz lebih kecil.

Kesemua Apad yang kami beli takda masalah apa-apa setakat hari ni cuma terbantut penggunaan disebabkan charger takda (rosak).

Aku pi cari charger Apad ni merata-rata termasuklah Plaza Low Yat. Tiap-tiap kedai aku tanya, semua cakap takda model ni. Ada yang cakap... Apad ni belum ada di pasaran Malaysia sebab sini baru nak popularkan Ipad tapi China dah buat Apad pulak. Jadi, kena tunggu 6 @ 7 bulan lagi baru barang-barang Apad akan sampai ke Malaysia huhuhuhu
Nak tak nak....aku simpan jelah barang ni dalam kotak asalnya. Tunggu masa nak kirim charger kat sesapa yang nak ke Beijing nanti hehehehehe

POST SEBELUM INI

5 comments:

  1. nk tanya harga APAD tu berapa..?
    dan harga beg samsonite tu?

    -NASH from CARI-

    ReplyDelete
  2. Boleh saya dapatkan ur email address, pls email at n_aidawati@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. assalam...kalau nak jual samsonite tu pls sms me 0123501402... many thanks

    ReplyDelete
  4. try cari charger dr www.ioffer.com ...sana tu pun banyak buatan dr china..i pernah beli dress karen millen dr sana...kain jenis mahal..satin tebal...

    ReplyDelete
  5. Salam...PSP kat sana ok tak? Berapa RM?

    ReplyDelete