25 Jan 2011 - Hari keempat (Selasa)
Program kami hari ini akan bermula dengan lawatan ke Summer Palace. Driver turunkan kami jauh sket dari tempat masuk. Jadi kami kena jalan kaki lebih kurang 100 m.
Buat liputan untuk TVp hehehehe (tv persendirian)
Kaunter untuk membeli tiket masuk. Tiket kami dah termasuk dalam pakej, jadi tak perlu bayar apa-apa. Kalau datang sendiri ke sini, harga tiket ialah 40yuan.
Tracy sedang bercerita tentang sejarah Summer Palace. Mengikut cerita Tracy, tempat ni dibina beratus tahun yang lalu sebagai tempat istirehat isteri maharaja ketika musim panas. Beliau yang dahulunya hanyalah perempuan simpanan (gundik) maharaja, kemudian menjadi isteri kedua maharaja kerana isteri pertama tidak dapat melahirkan zuriat. Apabila maharaja dah padam (meninggal), maka anak hasil perkahwinan kedua ini diangkat menjadi raja. Oleh kerana usia anak ini masih muda, beliau sentiasa dikawal oleh bondanya....iaitu isteri kedua maharaja. Semenjak dari itu, maharani yang menjadi pemerintah sebenar negara China dan raja muda itu sebagai boneka semata-mata. Maka, apabila kuasa memerintah diberikan kepada wanita..... hmm.... lu pikirlah sendiri!

Pintu yang menghubungkan istana dengan laluan ke tasik tempat rehat maharani.
Laluan ni menuju ke pintu keluar yang seterusnya. Jauh juga....kami tak jalan sampai ke sana pun. Cukuplah posing kat laluan ni je, tapi maharani tak ikut sini tau, dia ikut laluan berbumbung kat sebelah kiri aku. Tempat aku berdiri ni cuma laluan kuda pengawal je kot hihihihi Kat sebelah kanan ialah tasik untuk laluan perahu raja bersiar-siar. Kalau bukan musim sejuk beku ni, sesapa pun leh naik perahu untuk tengok persekitaran. Tapi masa ni tasik dah beku....kalau nak naik perahu, kena dayung dengan kaki jelah.
Tengok ni....air tasik yang dah jadi ais. Kalau tuang sirap dan susu cair, dah boleh jadi ais sagat (kata orang utara).
Lepas Summer Palace, kami dibawa ke Fresh Water Pearl Centre, tempat memproses mutiara. Si amoi ni dok korek tiram fresh tu sambil bagi penerangan bagaimana mutiara diproses.

Dalam seekor tiram ada berpuluh biji mutiara. Yang ni adalah tiram air tawar yang masih muda, sebab tu mutiara pun kecik-kecik je. Kalau mutiara kecik, tak bleh buat jewellery. Dorang akan proses mutiara kecik-kecik ni untuk dijadikan Pearl Cream atau Pearl Powder.
Lepas dengar penerangan bagi tiap-tiap produk yang dorang jual, si amoi ni offer la macam-macam kat kami. Setiap barang yang dijual tu akan lebih murah jika dibeli secara set. Bila dia bercakap, kami angguk-angguk je. Kami memang berminat nak beli Pearl Cream tu sorang satu, tapi si amoi ni dok sibuk soh beli berset-set, sebab dia nak bagi murah. Bila kami discuss sesama sendiri, amoi tu tambah lagi berset-set depan kami. Semakin banyak kotak, semakin murah harga. Bila kami setuju sesama sendiri nak beli, amoi yang tak faham cakap kami ni terus bungkus 8 set Pearl Cream (32 botol) dan 10 set Pearl Powder (60 botol). Semua kos dalam seribu lebih duit Malaysia. Terkejut beruk la kami! Kami tak decide lagi nak beli berapa botol, amoi dah siap bungkus dalam plastik besar. Pastu bila kami cakap tanak, dia nak marah lak. Dia mula ungkit hadiah-hadiah percuma yang dia bagi mula-mula tadi (krim jerawat, sun block). Apalagi....aku mula la naik angin.....aku kata kat dia amik la balik semua yang free tu, kami tak nak beli apa-apa langsung, then aku terus keluar dari tempat tu dan masuk dalam van. Bila aku dah bengang, tour guide p komplen kat manager tempat tu sebab pekerja dia buat pelanggan marah. So dorang minta maaf dan akhirnya kawan-kawan aku beli gak pearl cream tu 2 set (8 botol), bahagi sorang 2 botol. Sampai sekarang, aku langsung tak pakai cream tu, masih dalam kotak tak dibuka. Kalau ada sesapa nak beli, emel je kat aku. Aku jual dengan harga yang aku beli kat sana.
Inilah Pearl Cream yang kami beli. Dalam satu set ada 4 botol cream. Dalam sebotol cream, ada 60 biji putih ni....macam bentuk mutiara. Sebenarnya biji tu adalah hasil dari mutiara yang dijadikan serbuk (lembik je), kemudian dicampur dengan ginseng dan aloe vera untuk rawatan muka. Biji-biji putih tu boleh dipakai 2 kali sehari (sekali amik sebiji je), cedok dari botol menggunakan sudu kenit yang dibekalkan dalam kotak ni, kemudian sapu di seluruh muka kecuali mata. Khasiatnya boleh menjadikan kulit muka sehalus dan seputih mutiara. Di antara biji-biji putih tu ada cecair pekat warna putih jernih (cam agar-agar) yang boleh digunakan untuk menyegarkan kelopak mata. Sapu je di sekeliling mata dan korang akan rasa sejuk dan segar je..... pastu kelip-kelipkan sket mata tu.... baru la ada iras-iras Rani Mukherjee hehehehe
Inilah Pearl Powder....serbuk yang dihasilkan dari tiram yang tak cukup matang (muda ler tu). Serbuk ni boleh dijadikan scrub muka dan badan.

Selepas solat di masjid berdekatan, hati pun dah sejuk beku, kami dibawa pula ke Jewellery Shop yang terletak berhadapan dengan Bird Nest Stadium. Kena dengar taklimat pasal barang kemas pulakkkkk dah!!
Kedai-kedai government dorang ni menggunakan modus operandi yang sama setiap kali menerima pelawat. Nak tau apa? Bila kami sampai kat jewellery shop ni....kami diminta masuk ke dalam satu bilik taklimat dan dihidangkan dengan secawan kecik teh cina. Lebih kurang 5min datanglah sorang lelaki dengan rupa paras dan pakaian macam bos besar. Dia start perbualan dengan cakap melayu dan bagitau kami yang dia berasal dari Melaka dan merantau ke Beijing untuk buka kedai barang kemas. Dia suka Malaysia dan tak suka China sebab cuaca sejuk sangat. Bila dia abis cakap, aku pun tanya....tempat asal usul dia di Melaka. Tapi jawapan yang dia bagi ntah apa-apa, tak sebut langsung nama tempat di Melaka. Aku pun taktau Melaka mana yang dia maksudkan. Apek yang mendakwa dirinya tauke kedai ni cakap cam hafal skrip. Lancar betul berbahasa kita. Bila aku tanya je soalan lain, terus tak reti nak cakap melayu hehehehe
Inilah jade yang tauke barang kemas tu bagi percuma sorang satu. Aku pun taktau nak buat apa benda ni. Aku memang tak minat jade. Nak buat rantai untuk Lara Farhana (kucing aku), takut berat lak leher dia nanti. So, aku simpan je dalam almari. Mungkin jade ni boleh jadi harta peninggalan aku di akhir usia nanti hihihihi

Aku kat depan Bird Nest Stadium, berlatar belakang jalan raya Beijing yang sentiasa sibuk.
Cantik stadium olimpik ni kan? Nak masuk dalam pun boleh, kena bayar tiekt masuk, tapi dalam tu takda apa-apa kecuali tempat duduk stadium. Masa ni sejuk dan angin kuat sangat, tak bleh nak bercakap langsung. Jadi kami tak masuk ke dalam stadium, tak terdaya nak terus berjalan dalam sejuk.
Ada jualan di kaki lima jalan ke arah stadium. Harga dorang kat sini lebih mahal dari di acrobatic show. So takyah beli unless terdesak nak snow cap panda tu hehehehe

Kat belakang aku tu (bangunan bentuk paruh burung) adalah hotel yang terbengkalai. Kata tour guide, hotel ni dibina sempena olimpik 2008 dulu, dengan harapan kawasan ni akan meningkat popular. Semasa hampir siap sepenuhnya, owner hotel ni jatuh bankrap. Jadi hotel ni tak dapat mulakan perniagaan dan bangunan ni disewakan kepada stesen tv di Beijing.
Lepas bergambar di Bird Nest Stadium, kami dibawa ke Wangfujing Street dan Night Market. Tempat untuk bergambar je. Wangfujing Street ni macam kat Bkt Bintang KL, ada banyak butik-butik jenama antarabangsa dan harga di butik ni lebih mahal dari di Malaysia. So kalau nak beli yang original, beli je kat Pavillion negara kita.


Ketam yang obesiti....

Nampak tak kala jengking dan tapak sulaiman yang dah dicucuk lidi? Dah ready untuk dicelup dalam air rebusan stimbot tu....
Haaaa inilah yang unik di Beijing..... basikal bermotor. Jalanraya di Beijing telah memperuntukkan laluan khas bagi pengguna basikal bermotor ni. Memang kita boleh tengok pengguna basikal motor ni di mana-mana. Ada laluan sendiri, jadi taklah menyebok kat tepi-tepi kereta. Laju cam motor gak....cuma aku tak pasti berapa cc kelajuan benda ni. Aku memang minat sangat benda ni, ingat nak beli 1 bawak balik bagi mak p masjid hehehehe Harga tak mahal pun... 1500 yuan (RM750 je). Tapi kalau beli, takda kedai leh repair bila rosak kat sini nanti huhuhu
Program kami hari ini akan bermula dengan lawatan ke Summer Palace. Driver turunkan kami jauh sket dari tempat masuk. Jadi kami kena jalan kaki lebih kurang 100 m.
Pemandangan sepanjang laluan pejalan kaki menuju ke Summer Palace. Masa ni suhu -6c, kebas gak saluran pernafasan aku ni.
Kat belakang tu adalah pintu masuk ke tempat tinggal dayang-dayang maharani. Pintu ni dah lama ditutup, dah tak dibenarkan sesiapa masuk. Mungkin dayang pemalu kot.... hihihihi



Lepas dengar penerangan bagi tiap-tiap produk yang dorang jual, si amoi ni offer la macam-macam kat kami. Setiap barang yang dijual tu akan lebih murah jika dibeli secara set. Bila dia bercakap, kami angguk-angguk je. Kami memang berminat nak beli Pearl Cream tu sorang satu, tapi si amoi ni dok sibuk soh beli berset-set, sebab dia nak bagi murah. Bila kami discuss sesama sendiri, amoi tu tambah lagi berset-set depan kami. Semakin banyak kotak, semakin murah harga. Bila kami setuju sesama sendiri nak beli, amoi yang tak faham cakap kami ni terus bungkus 8 set Pearl Cream (32 botol) dan 10 set Pearl Powder (60 botol). Semua kos dalam seribu lebih duit Malaysia. Terkejut beruk la kami! Kami tak decide lagi nak beli berapa botol, amoi dah siap bungkus dalam plastik besar. Pastu bila kami cakap tanak, dia nak marah lak. Dia mula ungkit hadiah-hadiah percuma yang dia bagi mula-mula tadi (krim jerawat, sun block). Apalagi....aku mula la naik angin.....aku kata kat dia amik la balik semua yang free tu, kami tak nak beli apa-apa langsung, then aku terus keluar dari tempat tu dan masuk dalam van. Bila aku dah bengang, tour guide p komplen kat manager tempat tu sebab pekerja dia buat pelanggan marah. So dorang minta maaf dan akhirnya kawan-kawan aku beli gak pearl cream tu 2 set (8 botol), bahagi sorang 2 botol. Sampai sekarang, aku langsung tak pakai cream tu, masih dalam kotak tak dibuka. Kalau ada sesapa nak beli, emel je kat aku. Aku jual dengan harga yang aku beli kat sana.


Lepas insiden yang panas tu, kami terus dibawa ke restoran untuk lunch. Masa ni memang dah tak selera nak makan. Masakan berasaskan sos tiram dan minyak bijan yang sama, bercampur baur dengan hati yang panas angkara taktik kedai government di China yang suka memaksa.
Kedai-kedai government dorang ni menggunakan modus operandi yang sama setiap kali menerima pelawat. Nak tau apa? Bila kami sampai kat jewellery shop ni....kami diminta masuk ke dalam satu bilik taklimat dan dihidangkan dengan secawan kecik teh cina. Lebih kurang 5min datanglah sorang lelaki dengan rupa paras dan pakaian macam bos besar. Dia start perbualan dengan cakap melayu dan bagitau kami yang dia berasal dari Melaka dan merantau ke Beijing untuk buka kedai barang kemas. Dia suka Malaysia dan tak suka China sebab cuaca sejuk sangat. Bila dia abis cakap, aku pun tanya....tempat asal usul dia di Melaka. Tapi jawapan yang dia bagi ntah apa-apa, tak sebut langsung nama tempat di Melaka. Aku pun taktau Melaka mana yang dia maksudkan. Apek yang mendakwa dirinya tauke kedai ni cakap cam hafal skrip. Lancar betul berbahasa kita. Bila aku tanya je soalan lain, terus tak reti nak cakap melayu hehehehe
Actually aku dah tau mamat tu tipu tapi layan jelah sebab takleh nak kuar dari situ selagi tak cukup masa. Aku rasa sesapa yang pernah sampai sini, sure dengan cerita yang sama kan? Member aku pun pernah p sana dulu, bagitau aku cerita yang sama, tapi masa tu tauke ni bukan orang Melaka, dia jadi orang Sabah lak hihihihi Kalau ikut skrip yang dia hafal.....dia bagitau kami sangat bertuah hari ni sebab dapat jumpa tauke. Dia pulak sangat happy sebab kedai tu baru saja terima pelanggan dari Jepun 50 orang yang datang beli barang kemas. Dalam keadaan yang sangat gembira tu, dia pun hadiahkan kami jade macam buah rantai tu sorang satu. Dan dengan senang hati ......dia nak belanja kami dengan menjual barang2 kemas tu dengan harga kos (konon-kononnya). Dia suruh je kami pilih apa saja, dia akan bagi harga kos. Nak dipendekkan cerita, aku beli sebentuk cincin batu rubi (merah) untuk aku dan seutas gelang jade putih untuk mak. Lepas dah bayar, baru kami boleh kuar dari tempat tu dengan tenang.

Kami terus menyeberangi jalan menuju ke stadium sarang burung untuk sesi bergambar. Masa ni suhu -10c dan angin kuat betul. Aku rasa kalau sesapa yang pakai gigi palsu, boleh berterabur satu persatu tau.....sejuk sungguh!
Night Market ni pulak ala-ala pasar malam, tapi kat sini jual makanan je, 95% makanan yang tak halal. Jadi jangan nak cuba-cuba rasa kala jengking atau ular stimbot tau hihihihi
Selesai bergambar di kawasan Wangfujing Street, kami dibawa makan malam. Cam biasa...masakan berasaskan sos tiram dan minyak bijan lagi.....erkkkkkkk kali ni kami dah tak bleh telan nasi. Tak selera sangat dah. Balik hotel, pekena maggi jelah.

Sayur terung goreng ni sedap.....tapi disebabkan dah 4 hari makan masakan sos tiram, kami dah tak berselera.
POST SEBELUM INI
POST SEBELUM INI
wow bestnya....comeinya kamu....banyak soping2..
ReplyDelete-haslida teluk kechai-
ketam tu ka yang comeii?
ReplyDeleteglamer blog ni kat CARI..hehe
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletesaya silent reader kak..based pada apa cite kak kat tempat pearl, barang kemas memang sama mcm saya jugak.kat tmpt yg jual barang kemas tuh dia ckp dia dari cheras..hahah..mcm2..tp saya tak beli pon yg cream pearl tuh..diorang mmg suka paksa kita..kdg2 jadi sakit hati
hehehee.. wan mcm org jepun di china jerr.. :-)
ReplyDeletetp mamat bg pendant jade tu mesti kelentong story yg sama kan..