24 Jan 2011 - Hari Ketiga (Isnin)
Hari ni dengan jaket baru.... merah mengancam kan?
Kami dibawa ke Burning Cream Centre di sebelah pagi. Sampai sana terus kena kurung dalam bilik taklimat. Taklimat diberikan dalam Bahasa Indonesia. Dorang ingat bahasa kita sama dengan Indonesia, tapi aku cuma boleh faham 5% je dari keseluruhan taklimat hampir 1 jam tu. Bila jurucakap tu dah start promote ubat-ubatan dorang dan tunjukkan aksi berani mati dengan memegang besi panas yang dibakar atas api, rasa teruja jap. Tapi bila dia bagi harga yang beratus-ratus ringgit tu..... mula rasa ubat tu tak berkesan (walaupun burning cream tu mmg bagus).

Lepas Burning Cream Centre, kami dibawa ke Pearl Centre. Dari nama.... mesti dah tau tempat ni jual apa kan? Kat sini pun kami tak beli apa-apa sebab kami tak minat jade atau aksesori yang berkaitan. So, kami buat muka kering jelah.
Gambar di atas ni kami sedang mengharapkan tuah dengan menyentuh bola jade merah yang dipercayai (oleh orang cina) akan memberi kekayaan dan umur panjang kepada sesiapa yang menyentuhnya. Rasanya kali ni tuah datang kat aku je kot sebab kawan-kawan yang lain pakai glove.... aku je yang sentuh dengan tangan hihihihihi

Time ni senyum dah tak ikhlas sebab kami dilarang keluar dari pusat jade ni selagi tak cukup masa yang ditetapkan oleh toke kedai. Rasanya dalam 40 min baru kami dilepaskan dengan muka masam penjual sebab kami tak beli apa-apa pun.

Kuar je dari Jade Centre kami terus dibawa untuk makan tengahari kat restoran berdekatan. Kali ni sedap sket sebab ada ikan goreng garing dan daging lada hitam tu (tak nampak apa sebab terlalu hitam). Restoran ni besar sangat macam kat dewan dan masa kami sampai tu jam kira-kira pukul 11 pagi, takda sorang pun pelanggan. Sebaik saja kami duduk, makanan pun dihidangkan panas-panas. Apa lagi....makan time. Tracy pesan kena makan banyak sebab lepas ni nak p panjat Great Wall dan main snow.

Tu dia.... dah menuju ke pintu masuk Great Wall. Kalau datang sendiri, kena bayar tiket masuk, tapi kalau dengan pakej, tour guide yang akan bayar. Nampak cahaya matahari macam panas je kan? Silau semacam.....sedangkan waktu ni suhu -10c dan angin kuat sangat.

Masa ni kami berposing di tempat yang disediakan oleh penjual album gambar Great Wall. Harga satu album RM50, dalam album tu ada sekeping je gambar kita kat sini dan selebihnya adalah maklumat dan gambar-gambar terindah yang dirakamkan oleh jurugambar profesional dorang. Mahal gak....tapi kena beli untuk kenangan. Tak dapat naik Great Wall sampai atas, dapat naik bangku tu pun ok la.

Nak mulakan pendakian....jeng...jeng...jeng....

Kenangan bersama di Great Wall .....

Sesi memanaskan badan sebelum mendaki....

Fuhhh.... susah gak nak mendaki tangga-tangga Great Wall ni dalam cuaca yang sangat sejuk. Memang tak terdaya nak naik dengan baju 4 lapisan dan seluar 3 lapisan tu. Aku mampu sampai ke tempat mangga kunci yang besar ni je. Di sinilah pasangan bercinta atau yang berumahtangga akan menggantung mangga kunci kebahagian masing-masing. Dorang percaya kasih sayang akan jadi seteguh tembok ini. Aku pegang mangga kunci orang lain je tu hehehehehe

Inilah program yang dinanti-nanti. Main snow..... tapi ini bukan snow yang original. Kami dibawa ke Ski Resort yang berdekatan Great Wall. Ada tempat ski yang ori tapi jauh dari sini. Kalau nak p sana kena amik pakej berasingan untuk main ski je. Bayaran masuk ke tempat ni memang dah termasuk dalam tour package kami. Jadi kami cuma perlu bayar sewa peralatan 150 yuan dan bayar instructor 60 yuan seorang. Bayaran peralatan takda had limit, guna je berapa lama pun takpa. Tapi bayaran instructor tu untuk 2 jam. Kalau korang tak perlukan instructor untuk ajar cara nak guna kaki kayu ni, jimat sket duit. Kami amik instructor dengan hajat besar di hati....moga dapat main ski cara profesional.

Semangat berkobar-kobar, tapi keupayaan terbatas. Licin sangat tempat ni. Dah pakai kaki kayu tu bertambah teruk la, tunduk je badan terus gelongsor.....Si mamat ni soh aku tunduk dan bengkok lutut. Bila aku ikut apa yang dia kata..... badan aku terus bergerak....cam kenderaan berat yang takda brek.

Setelah 4 kali jatuh terlentang, aku berjaya juga ski sendirian dari atas tu. Nak turun memang senang sebab berat badan akan tentukan had laju. Lagi berat, lagi laju..... apalagi.....aku turun cam peluru berpandu la. Berdesup ke bawah.....sampai penghujung.....aku terlentang....gedebuk!! gegar otak adussss sakit oooooo Dari mula sampai akhir, aku tak reti nak brek. Eeeeiiiii ngeri tul bila terkenangkan saat-saat ni.....kalau la ada barangan plastik kat tubuh badan aku ni, memang sah abis pecah hihihihihi
Masa untuk ski diperuntukan 2 jam tapi kami cuma mampu dok sana 50 min saja. Tak tahan sejuk sangat. Lubang idung dah jadi macam paip air yang bocor, meleleh tak henti-henti.

Bila kami semua dah surrender kat tempat ski tu, kami dibawa untuk dinner di restoran berdekatan dengan hotel. Masa ni dah tak selera nak makan.....walaupun restoran berlainan setiap kali makan, tapi masakannya lebih kurang sama je, sos tiram dan minyak bijan....arghhhh

Batang seleri goreng sos tiram dan fish cake goreng crispy...

Selesai dinner.....balik hotel dan makan ubat urat hehehehe malam ni aku dengan kak Mazni dapat tido dengan nyenyak sebab dah pandai adjust heater dan aircond hihihihi
POST SEBELUM INI
No comments:
Post a Comment