Dalam itinerary....hari ini sepatutnya kami akan ke Tweed Heads menaiki bas no. 603 untuk ke tempat bot yang akan bawa kami untuk Crab Cathing Tour. Tapi cuaca tak mengizinkan....hujan lak. Bila hujan, susah la nak naik bot ke laut, ketam pun susah nak cari.....bangun lambat....sejuk hihihihi
Kami ikut plan B....iaitu....shopping di Harbour Town. Sebenarnya nak pi mana-mana pun takda masalah selagi kita ada map GC dan ada tiket bas yang takda limit tu hehehehe. Untuk ke HT, kita tak perlu bas khas sebab nak ke sini....kena ikut laluan jalanraya biasa. Refer kat jadual bas yang aku dah print awal-awal tu....kami kena naik bas no. 703 untuk ke HT. Tak susah pun.... kuar hotel, jalan lebih kurang 100m untuk ke bus stop bas berkenaan. Bila nampak bas 703, naik ler..... cuma nak turun je bimbang sket sebab kami semua taktau pun kat mana HT tu.... bila masa lak nak picit loceng bas nanti. Bila naik je bas tu.... ada ramai omputeh (yelah sebab bas dorang kan?). Apa lagi....aku minta tolong sorang mamat saleh ni tolong bagitau kami bila dah sampai HT la..... hihihihii
Kat sini banyak branded outlet. Kebetulan pulak time sales di sana....jadi boleh la kami nak shopping apa yang berhajat di hati. Antara favourite outlet....Levi's dan Polo. Harga murah 20% -30% dari Malaysia. Oklah untuk nak tunaikan keinginan beli barang original....
Kak Mazni terpaksa beli beg oren kotak ni.... senang nak letak baju-baju yang kami shopping tadi.
No comments:
Post a Comment