08 October 2010

2010 : Bandung - Hari 2

Bangun pagi... breakfast di hotel. Makanan di hotel ni sama je dengan hotel 4 stars di tempat kita. Tapi lebih elok makan kat hotel dari makan kat warung di luar sana.

Dah kenyang makan, posing2 kt restoran hotel.

Sementara menunggu pak supir dtg amik kami, adik sempat posing di lobi hotel.


Hari ni kami meronda di kawasan pekan Bandung. Org Indonesia ni memang berbakat berniaga, ada je penjual di tepi, tengah, depan, belakang jalan.....masa berhenti di traffic light, ada kanak-kanak yang datang cuci habuk kereta kita dengan bulu ayam, pastu terserah kt driver nak bg upah atau nak jalan je buat tktau... sian kan? sorry la tak sempat nak amik gambar peristiwa tu, terharu sgt.

ni petanda bahawa kita dah memasuki zon jualan sepatu kulit hehe

Shopping di Rumah Tas. Beg-beg branded ada di sini tapi taklah byk pilihan sgt. Bukan design terkini, barang-barang pun berhabuk.

Beli emas, jual emas, di kaki lima jalan....
Toko 3... branded outlet menjual jeans.

Memang banyak pilihan jeans ikut brand yang kita minat, kebanyakan jeans Levis la, brand Renoma takda kat sini tau hehehehe
Kalau nak dibandingkan harga, aku rasa lebih kurang harga di butik Levis di Malaysia je, kalau ada yang murah pun kt sini, bukan yang original (tapi dorang bgtau semua ori). Buat penggemar barang original, tentu anda boleh menilai sendiri di sana.

Macam-macam brand berjenama yang ada di sini... tapi kualiti.... lebih kurang beli kat Padang Besar Perlis je.

Banyak gerai jualan di tepi-tepi jalan, tapi aku tak singgah pun, sesak sangat tengok pekan ni.

Haaa buat penggemar handphone, boleh pi kat situ. Shopping complex ni khas menjual handphone je. Banyak brand international dijual kt sini dengan harga yang menarik. Tapi awas! check semua function dulu sebelum membeli. Aku beli 'dual sim card' phone, balik sini rupa-rupanya bleh guna 1 je, yang 1 lagi untuk sim kad Indonesia huhuhu

Kat sebelah pasaraya handphone tu ada kedai kopi ni. Sesuai untuk ngopi doeloe (pekena kopi dulu).

Makan tengahari di Restoran Joglo Kita. Restoran ni di atas bukit, perjalanan ke sini macam nak p Cameron Highland ikut Tapah hihihihihi bila sampai sini, masing-masing dah pening-pening lalat.

Restoran ni cantik, rekabentuk klasik kayu dan ada beberapa jenis tempat makan. Anda boleh pilih nak makan cara bersila (meja jepun) atau makan tepi sawah ala-ala kat kampung aku di Aloq Staq tu, atau nak makan kt meja cam kami pilih ni. Tempat ni memang cantik, cuma cabaran dalam perjalanan je yang tak tahan.


Nasi bakar.... menu istimewa di restoran ni. Nasi putih dibakar dalam daun pisang dan ada beberapa biji cilipadi yang tak dipotong dalam tu. Nasi warna kehijauan sebab daun pisang tu. Ayam kampung ni goreng biasa je. Kat sebelah kiri ayam goreng tu adalah rendang daging lembu, ermmm memang sedap rendang ni. Sambal belacan di Indonesia ni lain sket dari di Malaysia. Depa punya sambal belacan dimasak terlebih dulu, so ada minyak sket la, tapi pedas tetap tahap gaban. Keseluruhannya, aku memang tak selera sangat dengan menu di Indonesia. Kalau tak cuba, tak tahu kan?

Pas makan tengahari, kami p ke kawasan branded outlet lagi. Kali ni di persekitaran Rumah Mode dan Terminal Tas. Ada banyak outlet kat sini tapi aku tak sempat nak rakam gambar. Dapat amik gambar notis kat kolam ikan di luar bangunannya aje.

Ikan kap kat sini memang obesiti.

Di kawasan persekitaran, ramai penjaja jalanan yang menjual rojak, kuih, air dan es duren (ais durian) ni. Rojak buah pun sedap.... kalau makan, siap sedia untuk ke toilet ye.

Terminal Tas... barangan di sini taklah sehebat nama...

Lepas dah penat shopping, kami makan malam di Restoran Baso Malang Karapitan. Pak Supir yang promote restoran ni, kami ikut jelah sebab dah keletihan dalam kesesakan jalanraya.

Restoran ni popular dengan Baso Granat. Tengok logo tu... gambar bom tangan tau. Bayangkan la cemana rasa baso tu....

Dalam menu ni ada macam-macam pilihan makanan. Yang malang ada... yang tak malang pun ada.. hehehehe kami pun tak faham sangat apa jenis makanan yang depa buat. Bakso pun ada 12 jenis, taktau la yang dijual kat Malaysia tu bakso jenis ke berapa. Kepada peminat bakso, boleh la mai ke restoran ni. Aku? Memang tak minat apa-apa pun makanan Indonesia.

Lepas makan, balik hotel dan rehat, sambil nonton American Idol versi Indonesia hehehe
Esok kita jenjalan lagi....

Kalau korang berminat nak dapatkan khidmat tukang urut yang datang ke bilik, boleh minta hotel tolong panggilkan. Untuk lelaki, tukang urut lelaki je, untuk perempuan, tukang urut perempuan. Tukang urut ni bukan pekerja hotel tau, dorang datang dari kawasan berdekatan je. Untuk urutan satu badan selama 1 jam, bayar RM40 saja.

2 comments:

  1. branded jeans at toko 3 are original, and the prices are much much cheaper than in KL. It seems you know nothing about jeans...:)

    ReplyDelete
  2. wtf.. sukati dia lahh.. seems u know nothing bout other's reviews on toko 3..

    ReplyDelete