24 July 2018

Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Nampak Nombor Telefon

Nak ada link whatsapp sendiri?

Korang mesti selalu nampak kat fb dan ig orang berniaga. Di hujung iklan menjual produk atau servis dorang, ada arahan minta korang klik pautan (link) yang dorang bagi. Lepas klik, kita akan dibawa terus ke Whatsapp. Kadang dah siap-siap ada ayat untuk kita hantar. Hanya perlu tekan 'send' sahaja. Mudah kan.

Itu adalah arahan lembut untuk korang whatsapp terus ke henfon dorang tanpa memerlukan kita save nombor orang berkenaan. Yelah, kadang kita malas nak save nombor orang yang kita tak kenal. Setakat nak tanya 1-2 soalan pasal produk, lepas tu berhubung lagi. 

Okay. Untuk korang yang nak buat link macam tu, boleh ikut step kat bawah ni. Nanti boleh guna link tu untuk iklankan produk atau apa saja entri yang kita nak.

Dengan kemudahan yang disediakan oleh Wasap.my , ia bukan saja memudahkan orang yang berniaga, tapi ia juga menjaga keselamatan nombor telefon kita dari disalah guna oleh scammer.


Ikuti langkah yang ada di bawah ya.


=================================


LANGKAH 1:
Untuk yang belum daftar, klik 'Daftar Percuma Sekarang'.



LANGKAH 2:
Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, no telefon bimbit, alamat emel, dan password. Kemudian tekan 'Submit'.




LANGKAH 3:
Tekan 'Add Link'.



LANGKAH 4:
Masukkan nama 'sub domain' pilihan anda. Apa saja nama yang ingin digunakan, nama produk, jenama, atau nama peribadi anda. Jika nama pilihan anda telah digunakan oleh orang lain, sistem ini akan meminta anda menukar nama lain.

Masukkan juga nombor telefon bimbit yang anda ingin gunakan untuk menerima whatsapp dari customer.

Kemudian, tekan 'Submit'.




LANGKAH 5:
Nama sub domain pilihan anda akan dipaparkan seperti dalam gambar. Gunakan alamat URL ini untuk iklan produk anda di fesbuk.


Cara ini akan memudahkan customer whatsapp anda tanpa perlu mendapatkan nombor telefon bimbit anda terlebih dulu.


Selamat mencuba! Jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan anda yang berbisnes online ya.

No comments:

Post a Comment